Pages

Tuesday, October 24, 2023

Minum Petang di Pantai Kuala Ibai dan Ambil Gambar Masjid Terapung

Cik Yah beritahu kalau nak makan di restoren Kuala Ibai boleh cari di area jambatan. Bila kami guna google map dibawa terus ke pantai. 

Kat sini ada gerai-gerai jualan. 
Banyak kenderaan yang drive thru sahaja di sini kemudian mereka makan di tepi pantai bawah pohon rhu.

Disebabkan makan kat sini impromptu je dan dalam kereta tak ada tikar jadi kita decide makan di gazebo yang disediakan.
Redup bawah ni.

Santai-santai dipukul angin bayu yang dingin.

Ini antara makanan yang kami beli : pisang goreng cheese, tongmo, begedil tauhu, laksam dan cucur udang.
Sedap cucur udang tu, udang besar dan sekeping RM2. Kami beli 2 keping je. Sos pencicah juga sedap.
Harga kat sini lebih murah berbanding tempat sendiri. Tongmo tu RM10, kat sini RM15.

Lepas makan ibu ambil gambar sekitar pantai Kuala Ibai.

Pasir putih dan sangat halus.







Pantai kat sini bersih dan dijaga rapi.
Toilet bersih. Dalam toilet ada shower juga. 
Masuk ke dalam disediakan selipar jadi pasir tidak masuk sama.
Macam ni barulah berbaloi dengan bayaran yang dibuat.

Laluan untuk ke tepi pantai dan berkelah di bawah pokok rhu.

Masa nak keluar dari kawasan pantai singgah ambil gambar di Masjid Terapung dulu. Kami tidak masuk ke masjid sebab sudah menjamakkan solat.
Gambar gelap sebab angle yang diambil ke arah matahari.








Dari pantai Kuala Ibai kami menuju pula ke pantai Kampung Jambu Bongkok yang terletak di Marang.
 

5 comments:

  1. Putih bersih je pantainya.. x masuk ke masjid terapung tu kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak masuk KM, ambil gambar di luar je.
      Insyaallah lainkali nak tunaikan solat fardhu kat situ.

      Delete
  2. Cantik bersih aje pemandangan..eh rasanya SA x pernah sampai lagi la kat sini..kena pi la macam ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya semua pantai di Terengganu yang kami singgah memang cantik dan bersih.
      Bila-bila boleh bercuti ke sana SA. Memang dagu jatuh lah nengok pemandangan kat sana. Subhanallah.

      Delete
  3. Cantiknya pemandangan masjid terapung berlatarbelakangkan lanagit biiru dan awan putih, disempurnakan dengan warna air jernih di sekelilingnya. Masya Allah. Tabarakallah.

    ReplyDelete