Pages

Saturday, October 21, 2023

Terima Kasih Mak Ngah Shila

Sebelum pergi rumah Makngah Shila Wafi dah senaraikan aktiviti dan barang yang nak dibeli. 
Ibu tak dapat consentrate pada Wafi kali ni sebab nak uruskan hal Kakak Widad sebelum gerak ke Terengganu.
Gambar ni hari Jumaat Makngah hantar. Shafwan duduk meja asing sebab malu nak buat homework dengan Kakak Wafi.

Lepas solat Zohor, makngah bawa Wafi pergi beli barang.
Kemain happy dia tu.

Bahagian stationery yang wajib dikunjungi. Ibu ingat Wafi cari correction tape tapi beli pembaris. Padahal ibu ada beli yang sepeket 5 batang tapi Wafi kata tak ingat letak mana. Hurrmmm...
Correction tape tu setiap kali outing atau PB mesti beli. Ibu rasa Wafi belit kat badan kot.. banyak betul guna!

Tudung, baju dan kain semua pinjam 🤦‍♀️


Sabtu lepas solat Zohor makngah hantar Wafi balik sekolah.
Nak sampai awal jadi boleh kemas barang apa yang patut.

Terima kasih makngah tolong jaga Wafi 🥰
 

2 comments:

  1. terima kasih Mak Ngah layan Wafi kan...alahai anak dara kita sama la correction tape asyik habis je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok gamaknya diorang ni rolling correction tape tu. Mujur bukan jenis liquid yang macam dulu2.

      Delete