Pages

Wednesday, November 5, 2025

Osaka, Japan 2025 : Osaka Museum of Housing & Living

Destinasi yang kita nak pergi adalah Osaka Museum of Housing and Living terletak di kawasan Tenjinbashi, Daerah Kita, Osaka, Jepun.

Dari Shinsaibashi Station ke Osaka Museum of Housing and Living, turun di Tenjimbashisuji Station. Perjalanan hanya sekitar 16 minit sahaja.

Muzium ni dalam bangunan, kiranya turun stesen dah boleh nampak laluan dan lift ke muzium. Naik ke tingkat 8.

Keluar lift terus nampak kaunter tiket.

Harga tiket ¥600

Di sini boleh sewa kimono/yukata tapi kami tak nak lah sebab rasa badan berlengas. Kalau dapat mandi memang sedap. Beg boleh tinggalkan dalam locker secara percuma yang pihak muzium sediakan.

Jom masuk.

Pandangan dari bumbung rumah.


Muzium ini memaparkan reka bentuk bandar dan rumah-rumah Osaka dari era Edo hingga moden, termasuk jalan-jalan rekontruksi berskala sebenar di dalam bangunan, memberikan pengunjung pengalaman menyusuri kehidupan harian zaman dahulu di Osaka.

Masuk kat sini.
Boleh masuk kat rumah-rumah di kiri kanan. Setiap rumah disambung ke bahagian lain pula.
Beginilah kehidupan di zaman Edo.
ehh.. tiba-tiba teringat cerita Oshin.

Antara ruangan dalam rumah.

Ayu je Nenek Ina duduk style Jepun😘

Ibu tak banyak ambil gambar dalam muzium ni. Hanya melihat-lihat di sekeliling sahaja dan membaca info yang ditulis.


Era moden. Comel je kerusi dan meja kayu. Sama macam zaman ibu sekolah dulu.



Replika rumah di Japan.

Dah macam SMEG pula bentuknya.
Ke SMEG ambil ilham dari ini?

Kalau di Japan ada pasti di Malaysia sama juga kan.
Dulu rumah atuk ada TV camni. Ada pintu boleh tutup dan buka.

Rasa ini je lah gambar-gambar yang ada. Betul-betul exhausted hehe.. orang lain relax je jalan-jalan dalam ni.

Jam 3.40 pm gerak ke tempat lain.

Sementara tunggu train nampak gambar polis comel ni.. ehhh macam Cik Fatin lah.

" Please, cooperate in lining up to ride"

Sila Beratur 😁

Dari Tenjinbashi terus ke Station Shin-Imamiya.

Singgah dulu ke Maruhan Mall.





 

12 comments:

  1. senibina bandar dan rumah Jepun antara yang unik di dunia , kan. Ia ada identitinya yang tersendiri .

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa.. betul kak.. dia ada identiti sendiri. Kecil tanpa banyak perabot. Lebih praktikal.

      Delete
  2. Menariklah muzium ni... Dulu² meja kerusi kayu kan. Habis kelas cikgu suruh kemas kelas kena angkat kerusi letak atas meja adoi berat la 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang nak sapu bawah meja.
      Bila naik kelas, kadang dapat kerusi goyang-goyang.. cepat-cepat tukar ambik dari meja orang lain 😆

      Delete
  3. menariknya muzium ni. siap ada rumah real n boleh jalan2 dalam tu. dah macam set filem pulak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. macam set filem. Ada rumah.. ada kedai.

      Delete
  4. Cerita Oshin menggamit memori. Maklumlah dulu bukan banyak drama, bolehlah fokus menonton.

    ReplyDelete
  5. ye la teringat citer oshin....best citer tu..kalau nak tengokbalik kena cari kat Youtube..

    ReplyDelete
  6. Penah tak peha terkepit masa duduk kat kosi? Masa sekolah rendah ammi pakai pinafore tu jd selaluuuu je tersepit peha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha.... adoiii.. dia ada jarak eh papan duduk tu.. Ingatkan rapat-rapat.

      Delete