Pages

Thursday, November 27, 2025

Dinner Berempat Dan Makan Sup Panas²

Hari ni Wafi pulang bermalam hingga Sabtu. Abang Imi ambil di KTM Sungai Buloh. Tren sampai 6.18 pm tapi mereka lewat sikit sampai dalam 7.45 pm sebab otw balik tu hujan sepanjang jalan. Abang Imi terus ke gerai makan di area rumah. Ibu dan kakak baru menyusul. Plan asal nak makan kat satu gerai lain tapi depan jalan tu naik air. 

Memang dah plan nak makan kat luar cuma tak cukup quorum. Ayah pagi tadi dah gerak ke Kulim sebab nak bawa tokwan appoinment hospital.

Hari ni je lah dapat mereka berkumpul 3 beradik. Esok Bami akan ke JB rumah Cik Fatin. Ahad nak bercuti ke Singapore dengan abang² sepupu.

Isnin gerak ke KT. Selasa bertolak dari Unisza ke KLIA2 untuk ke Kuching pula. Ada program U di Sarikei, 3 hari. Kemudian menginap 2 malam di Kuching. Adalah tu program jalan².

Bami dan Kawi dah seminggu cuti mid-sem. Kak Widad patut balik Sabtu ni tapi dapat notis dari Jabatan Informatik dan Perkomputeran yang pelajar akan kuliah secara online dari 30 Nov hingga 6 Dis. Pihak fakulti mengambil kira keadaan fenomena angin monsun serta hujan lebat yang meningkatkan risiko banjir.

Wafi dah kelaparan. Dalam tren tidur je padahal ibu beli seat coach C paling dekat dengan cafe. Malas nak makan katanya.

Itu yang macam² dia order. Nasi putih, tomyam ayam, telur dadar dan sotong celup tepung.

Bami makan Nasi Goreng USA dan sotong goreng tepung. Kelaparan juga sebab siang tak makan. Kak Widad masih setia dengan koayteow kungfu. Ibu add on kailan goreng biasa.

Ibu order sup ekor sebab nak hirup kuah panas². Seharian kesejukan dapat makan sup barulah sedap perut. Masa kami makan pun hujan masih lebat lagi.

Taknak nasi jadi ibu ambil kerabu campur.

Sekarang ibu lebih suka sup ekor sebab dagingnya lebih lembut berbanding kalau ambil sup daging.

Dulu ngeri nak makan sebab bentuk ekor tu 🫣
 

No comments:

Post a Comment