Lepas keluar dari homestay adik beradik lain terus ke Port Dickson tapi kami nak singgah dulu di Rumah Alam di Sungai Mati, Johor.
Rumah Alam ni rumah peninggalan kedua ibu bapa Zainal Alam Kadir (ZAK). Beliau yang dikenali sebagai seorang wartawan dan pengkritik hiburan di Malaysia, khususnya melalui akhbar New Straits Times pada era 1990-an dan awal 2000-an. Beliau banyak menulis ulasan album, konsert dan perkembangan industri muzik tempatan.
Ayah kenal beliau melalui grup SBP.
Untuk ke sini, ayah buat dulu reservation sebab ia belum dibuka untuk umum. Hanya kawan-kawan yang mengenali beliau. Itu sebab kami datang berlima sahaja. Bila kami bagitau kalau kami datang sampai 50 orang, terus ZAK kata boleh pengsan nak sediakan makanan 😁
Kami decide makan di meja sebelah kiri.
Belakang tu dapur, ada pintu besar.
Belakang Kak Widad ada tangga untuk naik ke ruang atas.
Sementara menunggu hidangan sampai, ibu ambil gambar dulu. Malah ZAK mengalu-alukan kami untuk melihat-lihat kawasan sekitar rumah luar dan dalam.
Setup begini pun dah nampak aesthetic.
Tangga kecil untuk ke ruang atas.
Ibu suka sangat kalau lantai kayu begini.
Teringat dulu rumah arwah nenek ibu ada katil besi camni... padu betul besinya.
Nak minum air kosong ada mesin Coway/Cuckoo (tak ingat) disediakan.
Air kopi atau teh boleh dipesan tapi yang tu kena bayar.
Hanya ada 2 resepi sahaja yang disediakan iaitu :-
- Mee Bandung resepi ibu ZAK
- Nasi Lemak Rendang Daging
Abang Imi ambil set nasi lemak tapi tak ada pulak ibu ambil gambar.
Mula-mula kami order 2 je mee Bandung sebab masih belum berapa lapar disebabkan makan nasi lemak di homestay. Ayah dan Wafi nak share. Sekali Wafi makan kata sedap, terpaksa lah ayah order yang lain. Ibu share dengan Kak Widad.
Tak ingat pulak lah berapa harga makanan dan minuman di sini sebab dah sebulan berlalu.
Macam lama lagi gayanya, at the same time Zainal juga perlu melayan pelanggan lain.
Sementara mereka masih bersembang kami jalan-jalan kat luar.
Sementara mereka masih bersembang kami jalan-jalan kat luar.
Terus ZAK hulurkan kami plastik minta ambil buah kuinin.
Ada banyak lah yang luruh, kat dalam parit pun ada. Tapi parit kering lah, hanya ada rumput.
Ibu ambil dalam 10 biji... karang ibu sorang yang makan.
Sampai rumah kesal, patut ambil lebih sebab boleh buat sambal belacan kuinin.
Google image
Rumah Alam ni terletak di tepi jalan je cuma tak ada signboard sebab masa tu pun tak open to public lagi. Tak sure lah sekarang.
Semoga business ZAK akan terus sukses.
Hampir jam 2 pm baru kami meninggalkan Rumah Alam.



















Cantiknya rumah dia. Rumah kampung lama yang belah atas tu. Macam pernah dijadikan lokasi drama melayu je, yang bilik ada katil besi lama tu.
ReplyDeleteLaaaa kita org muo pun tak tahu ada rumah Alam. Kakak zainal alam tu senior akak masa zaman sekolah. Hari tu kak zakiah buat majlis kahwin anak bungsu dia. Meriah majlis ya. Ada kawan yg geng sekolah rendah dengan zainal alam tu.
ReplyDeleteSambal belacan kuinin sedap x terkata... favourite saya Tu...makan ngan ikan goreng pun dah cukup..
ReplyDeleteMenarik juga tu rumah kampung dijadikan kedai. Memang jadi tarikan la nanti kalau dibuka kepada umum. Sambal kuini sedapnya.
ReplyDeleteLawa nya rumah tu...
ReplyDeleteBuah kuini memang kena ambik yang luruh, kalau dapat yang takde orang dekat dalam, memang puas hati la makan..tak buat sambal belacan dah..makan macam tu je
Katil besi tu ada ka rumah mak wak.
ReplyDeleteKatil hantaran kahwin pada tahun awal 50an. Kata mak masa tu harganya 30 ringgit aje.