Pages

Sunday, January 6, 2019

Birthday treat di Emira Residence, Shah Alam

 Emira Residence dilihat dari tepi highway.
Cari port dekat2 je untuk celebrate birthday ibu dan Iman.
Ayah book apartment... Cik.Baya bawak kek.. killing 2 birds with 1 stone🤣🤣 kekdahnya.

 Sampai2.. kami rehat sekejap.. tunggu Cik Ami dan kami ke Aeon cari lunch.. lapar😅

 Apartment ni betul2 berhadapan Aeon Shah Alam. Walking distance je.
Sambil tu beli bahan untuk dinner.

 Ni pic malam... get ready utk potong kek dan dinner.
 Petang lepas solat Asar semua turun ke pool. Nenek berkasut tumit tinggi😂😂
Sori mak... ai pinjam selipar u.. selipar ai dlm kereta malas nak ambil😁

 Kids pool.

 Mandi tak ingat dunia.

 Paras ketinggian dan leluasan yang sangat sesuai.

 Dinner malam tadi.. ayam black pepper, telur dadar, sayur campur, pizza, sambal belacan dan ikan sumbat yang Cik Elis bawa.

 Kahkah.. adriana.. fefeeling sorang2.

 Semua tak sabar nak potong kek.

 Masing2 tertunggu2 Cik Ujang bawak apa😀😀

 Dah potong kek
.. kita sweet2.. suap2😁

 Ni pasang lilin dulu.. tapi Iman dah teruja sangat.

 Wahhh... Iman plak suap makngah.

 Sesi tetima hadiah.. yeayyyy

Sesi makan2 dan sembang2.

Jam 9.30 pm masing2 berundur diri.
Tinggallah kami beserta Ain Adnin dan Adam.

Kol 10.30 pm masing2 dah tidur.. penat.

Sambung mandi lepas sarapan pagi ni.
Layankan je lah..  bagi puas.. nanti jam 12 dah lena check out.

Terima kasih pada seluruh keluarga yang sudi meluangkan masa memeriahkan sambutan harijadi malam tadi.

Ada rezeki kita get together untuk next birthday celebration.

Saturday, January 5, 2019

Terengganu 2018 : Day 2 - Barbeque dan tukar-tukar hadiah

Balik dari Pantai Batu Buruk masing2 sediakan makan malam. Kita buat barbeque dan stimbot.

 Bakar ayam kampung.. ke ini udang.. adeh.. seoesen je. Ada juga bakar ikan, sotong dan sosej.

 Air asam tu.ibu yang buat..1st time... sedap😁

Lepas makan acara bertukar2 hadiah.
Kanak2 dan dewasa lain hadiah.
Min RM2 untuk kanak2 dan RM20 untuk dewasa.

 Wafi dapat dari Isyraf.

 Wafi bagi Izzatun plak.. adehh.. adik beradik🤣🤣

 Ayah dapat dan beri pada Cik.Otin.. cabutan.last.

 Sama gak... cabutan last😂😂
Ibu bagi perfume Enchanteur dan dapat pula Tupperware dan kuali.

 Kumpulkan hadiah dulu.

 Makan berselerak je... masing2 sedap menikmati oden😁

Hadiah Wafi beri.pada Ali... tunggu Ali sekolah baru boleh guna😄😄

Ok.. dah malam..
Tunggu aktiviti esok hari pula.

Friday, January 4, 2019

46 tahun ❤

Tetiba hari ni teringin nak berswafoto😂 sempena ulangtahun kelahiran yang ke 46
Adeh... berkurangan setahun usia dalam hidup ini.


Tq Inche Jalan Rebung atas hadiah yang diberi.
Katanya tiap2 tahun nak bagi hadiah handbag.
Boleh tak tahun depan nak rekues 💍💎
Tukar2 lah kan.. baru hidup ini lebih sempurna🤣🤣🤣

Tiada yang lebih membahagiakan bila dikelilingi insan2 yang tersayang.

Semoga Allah berikan kesihatan yang baik kepadaku, suami, anak2 dan seluruh keluarga. Tak lupa juga untuk seluruh umat Islam di dunia ini.
Aamiin...

Wednesday, January 2, 2019

Hari pertama sesi persekolahan 2019

 Seawal jam 5 am Kawi dah bangun.. sebelum alarm berbunyi. Kawi memang senang sangat bangun awal walau tidur lewat.. karang balik skul fengsan🤣🤣

 Adeh.... jam 6am van dah sampai. Hari pertama nak testing katanya. Sepatutnya 6.10 am. Bolehlah Kawi solat di rumah dulu. Kalau awal kena solat subuh di sekolah.

Tahun ni van tukar... final year pulak tukar😥😥. Tu yang jadual van tukar.. kalau tak jam 6.30 am.
Takpelah Kawi, cabaran 2019
Semoga semua dipermudahkan.

 Jam 6.30 baru Wafi bangun.
Macam biasa kena kejutkan.
Alhamdulillah... semangat baru. Bangun pun okay.

Kan tahun ni sebagai pengawas SRA.

Ini testing pakaian sekolah beberapa hari lepas😀

Wafi macam biasa pagi ayah hantar. Balik baru van setel sebelum ke SK di sesi petang.

Abang Mi pula petang semalam dah balik Poli.

Semoga anak2 ibu istiqomah menuntut ilmu untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Oh ya... ibu cuti hari ni.. nak tengok Kawi balik nanti..
Hah.. alasan.. padahal Kawi dah boleh berdikari😁😁😁

Tuesday, January 1, 2019

Terengganu 2018 : Day 2 - Pantai Batu Buruk

Lepas lunch kita lepak2 kat tepi pantai.
Cuaca sungguh nyaman dengan tiupan angin.
Kalau dapat tidur mesti best kat tepi pantai ni.
Kanak2 sibuk mandi pantai.. tepi2 je sebab ombak agak kuat.

 Tak plan pun nak mandi tapi bila dah nampak air semua meronta2.. kunun nak basuh kaki.. last2 satu badan basah.

 Kanak2 riang.

Ada aktiviti naik motor ni.
RM25 tujuh kali pusingan.
Sorang ambik satu pusingan.
Ngeri gak sebab jalan kat pasir dan permukaan tak rata.

Ibu masih tak paham, nape ibu dukung si Ali guli ni😂😂😂
Ali pun like🤔🤔🤔🤔

 Foto solo.

Cantik pantai ni.
Diorang cakap dulu ada buaian..
Tak nampak pun. Mungkin di area lain.
Cik Ami dan Cik Nora lepak di tempat lain sebab sukar dapatkan parking.

 Kawi bawa Wafi.
Sekali bawak dah mahir.

Kali ke dua bawak Iman dan ummi.

Kami di sini sehingga jam 6 pm.
Nak balik homestay buat persiapan barbeque dan tukar2 hadiah.

Terengganu 2018 : Day 2 - Masjid Kristal

Lepas habis lawatan Muzium Negeri kami bertolak ke Masjid Kristal untuk solat Zohor.
Sampai sana... adeh... "Sedang dalam penyelenggaraan".
Ada disediakan bilik solat tapi ramai pula orang. Kami ambil peluang untuk bergambar sahaja.. akan bersolat di masjid berdekatan.

 Panas litlit.

 Family Cik Ujang. Bumbung masjid pun sedang dibaiki.

 Insyaallah lain kali boleh datang bersolat di sini.

 Cantik sangat kristal yang berkilauan.

Masjid terletak di tepi sungai.

Sebelah masjid ni ada Taman Tamadun Islam. Memandangkan cuaca yang sangat panas dan ramai anak2 kecil kami tangguhkan hasrat untuk meneroka taman ini.

Begitu pula, kami mencari tempat2 yang boleh dimasuki secara percuma atau kos yang paling minima.

Seterusnya, selepas solat jamak Zohor dan Asar, kami lunch di gerai makan di tepi Pantai Batu Buruk. Mungkin kami datang secara berkumpulan yang agak besar dan dari luar Terengganu, caj yang dikenakan kami agak terlalu tinggi... tidak berbaloi dengan makanan yang diambil. Contohnya nasi dan telur mata dicaj RM4😥😥

Mujur lunch hanya sekali diluar.

Entry seterusnya.... jalan2 tepi pantai.

Penutup tirai 2018

31.12.2018, hari terakhir tahun 2018 ibu bekerja macam biasa.
Anak2 dengan ayah di rumah.

 Wafi plak jumpa dentist. Ayah bawak.

 Settlekan gigi geraham kecil yang rosak dan goyang. Mengaduh sikit bila selesai cabut.
Anak ibu yang kuat💪💪

Lepas tu dapat upah aiskrim green tea dari Family Mart... utk surutkan bengkak.

 Lepas maghrib, dinner set kambing bakar di Tri Sahara. Ibu teringin .
Kemudian ke Jaya Grocer di Eco Ardence Lab.
Otw balik, ibu sakit kepala yang teramat sangat. Telan panadol 2 biji.. tak lama lepas tu muntah plak. Lega sikit.

Balik rumah tukar baju terus tidur.
Jam 3 am terjaga dan solat isyak. Tak boleh tidur plak. Tu yang update blog.

Semoga tahun 2019 dan seterusnya kami diberi kesihatan dan kesejahteraan.

Widad akan menjalani exam SPM. Semoga kakak terus sukses dan dipermudahkan urusan.

Aamiin...