Pages

Saturday, August 1, 2026

Habis Dah Cuti Wafi 2 Malam

Pagi ni ibu, ayah dan kakak hantar Wafi ke Stesen KTM. Kak Widad balik dari briskwalk nak tolong drive ke Sungai Buloh.

Terubat rindu kat budak kecil ni, dapatlah peluk² dua malam.

Luggage Wafi dah bersarung kali ni. Sayang betul pada luggage dia tu.. takut tercalar. Haaa elok lah tu jaga betul².. boleh pakai sampai uni.

Teropong dari jauh..  tak sure dia sembang dengan siapa tapi macam bertanya sesuatu. Lepastu beliau terus beredar ke tempat duduk koc yang lain.

Pagi ni ibu bekalkan Wafi ayam masak kicap resepi Ezzah Harris, enoki dan shitake goreng tepung. Cekodok nasi dan karipap sardin untuk sarapan. Bungkuskan juga 2 ketul karipap untuk makan dalam tren.

Lepas ETS Wafi bertolak jam 10.22 am, ibu dan mak Najlaa berbual² dulu berkenaan hal persekolahan anak². 

Kemudian kami terus beredar dan singgah di Salam Noodles, Alam Budiman untuk bersarapan. Sedang elok waktu kami sampai sebab restoren baru buka.

Beef Soup Noodles kongsi bertiga. Minta extra mangkuk. Sedap betul makan hari ni. Kali keempat kami datang tapi Kak Widad pertama kali.

Xinjiang Mutton Roast. Macam dah wajib menu ni. Suka betul ibu dengan menu yang satu ini, dagingnya lembut berlemak namun chewy.
 
Asyikkk menikmati hidangan.

Air free flow pelbagai jenis, kami hanya ambil Chinese Tea sahaja.

Harga sarapan pagi ini.
4 kali datang Salam Noodles memang akan order menu yang sama je.

Hari ni takde plan nak ke mana, duduk rumah layan The Auditors sementara tunggu Wafi sampai sekolah.
 

No comments:

Post a Comment