Pages

Wednesday, June 27, 2012

Atuk admitted di wad HTAR

Semalam jam 1.30 pm, Kawi call dengan perasaan yang cemas.
Katanya atuk sakit, mintak bawak ke hospital.
Kat rumah takde orang, nenek ikut nenek Ina.
Dengar atuk mengah-mengah.
Ibu cepat2 apply EL and pesan kat collegue mtk bagitau boss.
Sampai kat rumah, atuk tengah siap2 isi barang masuk dalam beg (cam tau2 jer kena tahan).
Sempat lagi tu makan lepas ibu masakkan sket lauk, (dah nenek belum masak lagi!)
Jam 2 lebih baru bawak atuk ke HTAR.
Ibu just relax jer lahhh (kalau dulu gelabah jer bila bwk atuk gi sepital) and after 1/2 jam sampai lah ker HTAR. Byk kenderaan gak kat jalanraya.
Sampai2, lepas turunkan atuk kat Emergency bay, alhamdulillah banyak pulak parkir kat depan unit emergency tu. Kalau tak jgnlah mengharap nak dpt parking kat HTAR kalau tak pusing 3-4 kali.
Atuk masuk ker zone kuning (separa kritikal) dan walaupun emergency kena gak tunggu check sana sinun.
Sempat lagi ibu layan kopi ais kat kantin sebelah tu dan jalan2 window shopping.
Jam 5.20 tu ibu balik dulu sebab nak tengok anak2 dan atuk pun boleh ditinggalkan.
Katanya kalau dah masuk wad baru tepon rumah balik.
Jam 9.00 cik wada cakap atuk baru dapat naik wad.. cepat pulak.. kalau tahun lepas jam 11.00 mlm baru leh naik.
Atuk demam dan katanya dada rasa sakit.
Semalam waktu ibu nak balik tu, atuk kata kena wat x-ray.
Pagi tadi atuk tepon, doktor tanyakan salur dialis tu wat kat mana.. aduhh... 8 tahun lepas.. nasib baik ingat2 lupa.
Suara atuk pun macam dah sehat sket and harap2 leh discharge cepat.
Tapikan yang peliknya.. semalam atuk cakap biarlah atuk lama sket kat hostpital (cakap dalam keadaan menangis).
Apa ni... ibu tak suka lahh atuk cakap camtu.. ibu just diamkan aje.

Ya Allah, Kau berilah kesihatan yang baik pada abah..
Jauhilah dari kesakitan dunia dan akhirat.
Peliharalah abah.. sesungguhnya kami masih memerlukan kasih sayangnya..
Amin...

Tuesday, June 26, 2012

ABC..... Z

Lepas solat maghrib semalam, Wafi dok sibuk ajak main wooden toys dia.
Dah seminggu tak melepak kat dia punya 'territory'.
Lepas main kiub2, letak sendiri (cehhhh.... bagus2.. dah main letak balik tau!)
Wafi ambik papan alphabet & numbers pulak.
Duduk meriba dia punya papan. Ibu dok tunggu kat sebelah, yang si kakak sibuk soh bukak dia punya plastik. Biarlah dulu.. karang berterabur nak kena kemas lagi.. lagipun bentuk2 dia kecik2.
Tetiba dengar Wafi nyanyikan lagu ABC sampai Z.
Terkedu ibu sekejap.
Pastu ibu soh Wafi pegi bilik mintak dia nyanyikan untuk kakak ngan ayah.
2 kali round.
Alhamdulillah... ok sebutan dia cuma ada beberapa yang agak bunyi tapi pelik sket hahaha...
Sebenarnya kalau boleh, ibu tak nak kenalkan Wafi dengan huruf tapi nak dia bunyikan huruf (phonic) tu dulu macam dalam buku 'Bacalah Anakku'.
Tapi mungkin kat sekolah ummi nyanyikan bersama kanak2 lain, tu yang dia turut serta.
Takkan nak halang ummi kan yang kita nak pendekatan berbeza.
Kalau ikut banner yang kat sekolah tu, pendekatan yang diajar, ada phonic, ada sukukata... dah bercampur2 pulak.
Ibu cuba buat yang terbaiklah kat rumah.. pelan2.. nak laju2 tak terbuat pulak.





Friday, June 22, 2012

Kebosanan dan cepatlah sembuh intan payung..

Malam tadi Bami cakap dia bosan. Bosan sebab tak dapat kacau2 Wafi. Bosan sebab takleh usik2 Wafi sampai nanges.
Dah beberapa hari ni asal balik dari school, main sket kat luar pastu mintak masuk buai.
Since Wafi batuk dekat seminggu ni, nampak macam tak ceria.
Petang semalam jer gelak2 sket.. Kalau tak muka stone jer.
Malam tidur plak nak berbuai. Cuma malam sebelum ni jer tidur sebelah ibu.

Kalau Wafi sehat memang dia akan bergayut jer. Tapi ibu takde lah kisah sangat cuma letih ler sebab tidur tak boleh melasak :-)
Alhamdulillah, beberapa hari ni makan ubat mudah... mungkin perasa sedap kot.
Kalau sebelum ni, ubat dari klinik lain tu, meronta2 dia nak makan.

Ya Allah, jauhkanlah anak2ku dari segala musibah.
Berilah kesejahteraan pada mereka..Amin..

Tak sabar nak dengar Wafi menyanyi!!!!!!!

Thursday, June 21, 2012

Imi, lenkali takyah bohong... diorang tau punya!

Imi : Imi taktau ler macamana nurse tu tau imi suka minum air teh.

Ibu : Nape plak.

Imi : Iyerlah... tadi kat sekolah nurse tu tanya camtu. Imi cakap taklah. Pastu nurse tu pesan
kurangkan minum teh sejuk.

Ibu : Alaa Bami, nurse tu dah beribu2 check murid sekolah.. taulah dia apa murid tu suka minum atau tak. Lenkali takyah lah bohong2.. Mengaku jelah.. Lagi pun nurse tu tak paksa Bami cakap yer kan sebab dia tau haha.. kan dah kantoi.

Imi : Pastu nurse tu suruh Imi makan daging sebab muka imi pucat. Imi cakaplah tak suka. Nurse tu tanya nape. Imi jawab sebab daging liat. err.. ibu tengok muka imi pucat ker?

Ibu : alamakkks... tak perasan lah plak sebab imi kan gelap jadi ibu tak boleh lah nak bezakan hehe..

Imi : Agaknya muka imi pucat sebab takut kena cucuk.. hari tu nurse cakap kalau takde parut kat lengan ken cucuk tapi tak jadi sebab imi takde penyakit lain.

Ibu : ermmmm... mungkin jugak.

Imi... imi.. selalu cuak.


Wednesday, June 20, 2012

Pelbagai makanan citarasa Malaysia.

Kalau sebelum ni, Kawi & Bami akan order nasi pataya.. takpun maggi goreng takmo bawang takmo sayur.
Kemudian up sket nasi paprik tapi takmo sayur.
Bila ayah order mee kungfu, diorang dah suka.
Sekarang ni more variety la makanan diorang.
Haritu masa kat Kelantan, order laksam.. Kawi cakap sedap.
Maka malam tadi beli kat pasar malam, beli dua, satu untuk Wafi.
Kawi makan tak cukup sebungkus... alamak.. lenkali ibu beli lebih la Kawi.
Bami dengan khusyuknya makan nasi dagang lauk ayam kari.
Campuran pulut dan warna dia menarik.
Tu pun ala2 tak cukup katanya padahal banyak ibu tengok.. pulut pulak tu.
Lapar pun yer kot.
Sebelum ni asyik beli nasi kerabu.
Kalau kat pasar pagi Shah Alam, memang tu ler bekfes yg ibu ambik.
Ibu memang suka kalau anak2 makan pelbagai jenis makanan.
Dan everytime pegi mana2 negeri kat Malaysia ni, memang ibu galakkan anak2 cuba masakan famous mereka.
Kat Melaka dulu, ada nasi ayam bebola. Menarik selain dari asam pedas mereka yang pekat.
Ke Johor, mee bandung Muar takpun nasi beriyani.
Ke Penang pasembor la jawabnya takpun nasi kandar.
Aaaaarrr kalau balik kampung ayah diorang suka laksa takpun mee kuah..
Tu tak lagi juadah halal kaum lain yang sekarang ni merata tempat boleh kita jumpa.
Chinese style, indian style, western style, timur tengah dsb.
Seronok kan dok kat Malaysia ni.. pelbagai juadah boleh kita rasa.
Sambil2 makan tu ingatkan kat anak2 bertuahnya kita dapat makan macam sedangkan ada anak2 diluar sana kebuluran dek ancaman semulajadi, pergolakan, dsb.
Wallahua'lam.

Tuesday, June 19, 2012

Pertama kalinya Wafi nangis bila ke taska.

Wafi ni dah dok taska hampir 22 bulan.
Since sebulan 3 minggu dah dihantar ke sana sebab ibu nak keje, 1 week trial.
Selama tu lah bila ke school (instead we panggil taska) sangat behave and sangat mengerti kenapa perlu dihantar ke school.
Pag tadi bawak Wafi untuk nebulizer since malam tadi asyik batuk tak berenti.
Berkahak sampai batuk nak muntah tapi cam ditahan2.
Tu yang asyik batuk jer.
Time neb tu, Wafi sangat behave.. tak sempat ibu habis nyanyikan lagi AOTA, mintak ibu baca Alhamdulillah... (zikir).
Terasa sekejap neb pagi tadi and after Dr. Ghandi check, sudah ada kurang kahak dan bunyi whistling tu.
Dalam kereta dah mula merengek... sian anak ibu.
Tu yang tak berapa gemar kalau ayah tak dapat hantar.
Sampai school, menangis2 sampai terbatuk2.
Sian anak ibu... sorry yang... hari ni ibu kena work sebab ada presentation ngan dato'.
Seems takleh excuse.
Ummi Anis pun ada cakap, semalam Wafi duduk jer takmo join kawan2 main.
Selalu dia lah antara yang ligat.
Cepat sembuh ye sayang... pasni boleh main ngan frens.
Makan ubat tau.. takmo susahkan Ummi Linda bila makan ubat.
nanak... pedas..
takpun
Wafi penat... alasan baik punya.
@ Wafi kenyang... cam-cam la Wafi ni.
Pandai nau bagi alasan.

Saturday, June 16, 2012

Bila Wafi mula tak sihat

Dah 2 malam Wafi tidur mengerang2.
Waktu mengerang tu badan takde panas.
Jumaat malam tu.. dah pagi dlm jam 5, masa menyusu baru terasa badan panas.
Gegas ibu bagi paracetamol.
Malam tadi bila ibu nak tidur dlm kul 12 pun bunyi mengerang.
Jam 2 pagi demam.
Bagi ubat, alhamdulillah pagi dah kebah.
Tapi pagi ni hantar ke school ada batuk2 pulak.
Hurmmmm... ibu ni paling takut kalau Wafi batuk & selsema.
Sebabnya mesti ada bunyi cam doktor kata saluran pernafasan jadi sempit.
Nebulizer ler jawabnya.
Tengok petang ni kalau bunyi gak ke kliniklah jawabnya.
Leceh bila ayah takde sebab nak kena drive sendiri dengan anak yang tak sihat.