Kalau sebelum ni, Kawi & Bami akan order nasi pataya.. takpun maggi goreng takmo bawang takmo sayur.
Kemudian up sket nasi paprik tapi takmo sayur.
Bila ayah order mee kungfu, diorang dah suka.
Sekarang ni more variety la makanan diorang.
Haritu masa kat Kelantan, order laksam.. Kawi cakap sedap.
Maka malam tadi beli kat pasar malam, beli dua, satu untuk Wafi.
Kawi makan tak cukup sebungkus... alamak.. lenkali ibu beli lebih la Kawi.
Bami dengan khusyuknya makan nasi dagang lauk ayam kari.
Campuran pulut dan warna dia menarik.
Tu pun ala2 tak cukup katanya padahal banyak ibu tengok.. pulut pulak tu.
Lapar pun yer kot.
Sebelum ni asyik beli nasi kerabu.
Kalau kat pasar pagi Shah Alam, memang tu ler bekfes yg ibu ambik.
Ibu memang suka kalau anak2 makan pelbagai jenis makanan.
Dan everytime pegi mana2 negeri kat Malaysia ni, memang ibu galakkan anak2 cuba masakan famous mereka.
Kat Melaka dulu, ada nasi ayam bebola. Menarik selain dari asam pedas mereka yang pekat.
Ke Johor, mee bandung Muar takpun nasi beriyani.
Ke Penang pasembor la jawabnya takpun nasi kandar.
Aaaaarrr kalau balik kampung ayah diorang suka laksa takpun mee kuah..
Tu tak lagi juadah halal kaum lain yang sekarang ni merata tempat boleh kita jumpa.
Chinese style, indian style, western style, timur tengah dsb.
Seronok kan dok kat Malaysia ni.. pelbagai juadah boleh kita rasa.
Sambil2 makan tu ingatkan kat anak2 bertuahnya kita dapat makan macam sedangkan ada anak2 diluar sana kebuluran dek ancaman semulajadi, pergolakan, dsb.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment