Pages

Friday, October 4, 2013

Boys Over Flowers

Dah lama tak menulis sebab sibuk dengan drama korea.
25 episode BOF dapat tengok dalam masa 7 hari.
Bila hari cuti dapatlah tengok 5-6 jam hahaha...
Siapkan kerja rumah lepas tu lepak depan laptop sambil Wafi bergayut.
Yang best sebab tengok cd langsung takde gangguan.
Gangguan mata jer.
Last cd 5 1/2 hours tu ibu pulun start dari jam 10 pm hingga 3.30 am.
Haha... puas even Wafi pun tak cari ibu nak menetek.
Mesti bagi chance kan.

Wafi pun dah terikut2.
Ada satu pagi tu bangun2 dari tidur dia nak tengok korea katanya.
Haiyyahhhh... ibu nak keje lah.

Dan yang paling kelakar ada satu pagi yang lain dialognya berbunyi
"Ibu, malam tadi kita tak tengok korea kan"
Alololo... kiut sangat bunyinya. Malam tu memang tak tengok sebab tidur, ngantuk sangat.

Ekceli, ni cerita lama 2009. CD tu pun dah lama Cik Amie pinjamkan tapi tak sempat nak tengok selepas Full House.

Cerita tentang 4 orang jejaka grup F4 yang kaya raya dan ternama.

Kim Jun, Kim Beom, Lee Min-Ho, Ku Hye-Seon & Kim Hyun-Jung

Heroin, Jan-di (tak dapat gambar yang best la)
Seorang yang optimistik, ceria dan bersungguh2.


Ji-hoo, hensem kan hihi
Dia ni suka kat Jan-di dan selalu tolong Jan-di
Sorang yang sangat pendiam sebab latar belakang dia yang hidup dalam kesunyian setelah kematian ibu bapa dan ditinggalkan datuknya (dulu presiden).
Walaupun ending dia tak dapat Jan-di tapi karektor dalam cerita ni best sangat dan sangat kasihan.


Jun-pyo, yang Jan-di suka.
Dia ni ketua grup F4, besar kepala tapi sangat setia.
Tak minat lah sebab dalam citer ni rambut dia bergulung2 haha... takde motif.

Yi-jeung, seorang artis tembikar. Akhirnya bercinta dengan Ga-eul, best friend Jan-di.


Woo-bin, seorang yang lucu dan berhati lembut walaupun ayah dia ni kira mafia.
Takde banyak cerita pasal dia ni laa...

Alaaa... banyak sinopsis, boleh baca.
Ibu suka follow dramafever.com


No comments:

Post a Comment