Pages

Monday, November 18, 2013

Cerita lembu atuk

Sebelum ni atuk ada bela 2 ekor lembu jantan & betina.
Beberapa minggu lepas yang betina mati sebab terlebih air.
Tinggallah lembu jantan tu, sian dia dok sorang2.
Lembu2 ni oun atuk Godin & nenek Ina yang sama2 tolong bela sebab atuk dan nenek tak larat.
Semalam lembu jantan tu terpaksa kena sembelih sebab dah sakit kaki terbelit tali 2 minggu lepas.
Ok lah daripada terseksa lembut tu kan.

Sebahagian dari daging lembu tu dimasak untuk tahlil kat rumah atuk Godin.
Masak palembang & juga dibuat sup.
Sedap betul lembu fresh ni. Lembut gitu. Lembu ni pun kira remaja lagi.
Yang lain tu dibahagikan untuk yang tolong2 potong.

Selamat sudah. Lepas ni takde lah nenek kena gi kebun tarik lembu dan Bami takde lah juga masuk parit tarik lembu.
Sedih pun sedih sebab atuk beli lembu2 tu dengan kasih sayang.

Ibu tak rasa atuk akan beli lagi dengan keadaan kesihatan atuk sekarang ini.

No comments:

Post a Comment