Wak Sitah ni antara keluarga/jiran terdekat yang ibu kenali sejak dari kecil. Ada anak yang sebaya ibu tapi telah meninggal dunia beberapa belas tahun dahulu. Al-fatihah buat Suhana Bt Amat, BFF.
Perginya arwah tanpa mengetahui penyakit yang dihidapi dari peringkat awal.
18.05.2014 bersamaan 18 Rejab 1435, salah seorang adik atuk, iaitu atuk saudara kepada rawiwa, Atuk Goden pula telah kembali ke rahmatullah meninggalkan sepupu2 ibu yang 3 orang. Atuk Goden ni muka memang iras atuk dan sentiasa tersenyum.
Atuk Goden ni jugalah yang kadang-kala menjemput dan menghantar Bami dan Kawi ke sekolah.
Perginya arwah kerana penyakit hati yang telah dideritai selama bertahun2.
Semoga syurga tanpa hisap bagi kalian dan ditempatkan bersama2 orang yang soleh.
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment