Pages

Friday, July 11, 2014

Nasi Ayam Ringkas


Resepi nasi ayam ni ibu ambil dari blog kak Azie, cuma ada sedikit ubahsuai pada sambal cili. Resepi yang ringkas tapi hasilnya memang sedap. Terima kasih kak atas perkongsian. Semoga kak Azie sentiasa sihat dan dirahmatiNya.

Nasi Ayam Cik Su

Kuah Sup
1 ekor ayam - buang kulit dan potong 4
1 biji bawang besar kuning - hiris
3 bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
Sup bunjut
Sedikit bawang goreng
Daun sup
Garam

Tumis bawang hiris, halia dan sup bunjut sehingga wangi. Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering. Masukkan air secukupnya dan rebus sehingga ayam masak. Masukkan bawang goreng, garam dan sedikit perasa. Tutup api dan keluarkan ayam. Semasa hendak dihidangkan, tabur daun bawang/daun sup.

Nasi Ayam
Beras - basuh dan tos
Air rebusan ayam
Daun pandan
Masukkan air rebusan ayam dan daun pandan, kemudian masak dalam rice cooker sehingga nasi masak. Setelah nasi masak, buatkan 2 lubang pada nasi dan masuk 2-3 sudu besar mentega ke dalamnya. Tutup semula dengan nasi. Akhir sekali, kacau rata. 

Sambal Cili
12 - 13 biji cili merah
2 biji buah tomato
3 sudu besar cuka
3 sudu kecil garam halus
4 sudu besar gula pasir

Masukkan kesemua bahan di atas di dalam blender dan kisar sehingga hancur. Ibu masakkan atas api kecil sebab takmau rasa mentah cili. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 

Sambal Kicap
Kuah sup
Kicap cap kipas udang

Satukan kuah sup dan kicap secukupnya. Masakkan di atas dapur buat seketika.

Ayam Goreng
Ayam rebus - angkat dan tos
Kicap
Lumur ayam dengan kicap dan goreng di saat hendak dihidangkan. Angkat dan potong ayam mengikut suka hati. Siap untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment