Pages

Tuesday, August 19, 2014

Kunjungan rakan-rakan ofis

Syawal 21.
Hampir sepuluh tahun barulah rakan2 ayah dapat berkunjung ke rumah. Ibu pun ambil kesempatan menjemput rakan2 department ibu.
Majlis minum2 petang sebenarnya dan bermula jam 2 - 6 pm.

Ibu sediakan bihun sup. Juga ada kuih ketayap dan popiah goreng yang ibu tempah dari Ana... sedap dan puas hati.

Juga order roti jala.
Ibu masakkan nasi impit bersama sambal sotong. Mulanya nak buat kuah kacang tapi kena ada lauk lain pulak. Jadi, jalan terbaik buatkan sambal jer.

Cukuplah untuk rakan ofis, keluarga atuk dan jiran2 sebelah rumah.
Juga ada rezeki lebih dari Cik Ana, spagheti. Disebabkan baraan Cik Ana tak ramai, jadi banyaklah lebih. Rezeki tetamu.

Selfie bersama Cik As, ofismate ibu yang sama2 berkhidmat hampir 18 tahun.


Ini pula Cik Kamisah, accounts UVISB, tetamu pertama ibu.
Cik As bersama keluarga keciknya.

Cik Rahmat bersama isteri dan anak2, Sofia dan Syawal (tiada dalam gambar).
Kawi bersama Pia yang cheeky.
Kawan Kawi tak dapat hadir pula.

3 orang jer ofismate ibu yang dapat hadir. Yang lain ada komitmen.
Insyaallah lain kali boleh datang gather2 kan...
Rakan2 abang Imi.

Officemate ayah. Lecturer2 muda.
Juga sebahagian dari rakan2 ofis ayah.

Nenek, keluarga Cik Elis dan Cik Ujang.
Cik Baya yang makan tak habis2 hihi... mak buyung lah katakan. Si cumil Alya entah ke mana... dok meronda dalam rumah.
Keluarga Cik Cha tiada dalam gambar sebab ibu dah terlelap sekejap.

Juga, ayah menjemput abi2 dari tahfiz berdekatan tapi seorang sahaja yang dapat hadir.
Selepas maghrib keluarga Pak Tam dari taman sebelah sampai.
Sembang2 sehingga 8.30 mlm.

Baru boleh mengemas dan mencuci2.
Alhamdulillah... majlis kecik2 jer jadi dapat berbual2 dengan rakan2 yang hadir.

Isninnya... ibu cuti untuk berehat2 dan bersantai2 dengan Wafi yang memerlukan kasih sayang.
Hahaha... masa hari kejadian kan dia dok main dengan kawan2 jadi tak dapat ibu nak peluk2.
Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment