Majlis ni pada 22.11.2014, sehari selepas tamat sesi persekolahan 2014.
Trick tahun ni dah plan awal semenjak habis mini konsert 2013. Masa tu kan Wafi tak nak naik atas pentas dan mengada2 nak kat ibu je.
Jadi tahun ni ayah hantar jam 8.00 ke dewan SRA Bukit Kapar Barat dan pulang semula untuk fetch ibu. Ibu cakap kat Wafi yang ibu work. Dari awal tahun dah cakap yang ibu work during the mini konsert tu.
Ibu menyusul hampir jam 9.00 pagi.
Tu pun duduk tengah2 dalam dewan takut Wafi spot ibu hehe...
Ada beberapa lagu yang dinyanyikan. Semangat betul anak2 syurga ni. Juga Asmaul Husna yang dibacakan juga oleh ibu bapa.
Ada persembahan medley 4 Tahun tapi ibu tak dapat download dalam ni.
Ibu macam tak percaya yang Wafi menari dan menyanyi dengan baik.
Bila di rumah tak de pulak nak praktis bila kami suruh dia tunjuk.
Berjalan atas pentas dengan yakin untuk menerima hadiah bagi 4 tahun.
Kat sini baru Wafi spot yang ibu ada. Senyum jer nampak ibu. Perghhhh... nasih baik dia tak turun dari pentas dan dapatkan ibu.
Bersama Zulaika, BFF. Kawan gelak, kawan gaduh, kawan main....
Ika ni anak cikgu di atas yang bagi hadiah untuk anak2 4 tahun.
Bila emcee umumkan acara persembahan kemuncak, ibu tak cam siapa yang berada atas pentas sehinggalah ayah beritahu yang Wafi ada di situ.
Makaihhhh... macam tak percaya pulak yang Wafi masuk tarian zapin.
Bangga betul sebab totally different from last year. Kali ni her confident level 100%. Step yang sangat baik. Suka ibu tengok. Nanti ibu tengok macamana nak download video tarian zapin tu kat sini.
Ni dah nak habis acara. Parents pun dah ramai yang keluar tengok anak2 syurga mereka. Tahu jelah.. anak2 ni bukan boleh duduk lama. Dok main kat luar pulak.
Masa ni ayah sampaikan hadiah untuk pelajar terbaik.
Tak sabar nak tunggu persembahan tahun depan. Wafi di umur 5 tahun.
No comments:
Post a Comment