Pages

Saturday, December 31, 2016

Hari Orientasi Tahun 1/2017 SK Bukit Kapar

Fuhhh... berdebar2 selama beberapa hari menunggu saat ini.
Apatak nyer bila countdown.. banyak sangat alasan Wafi untuk tidak ke sekolah.
 
 
Macamana kalau dapat cikgu garang?
Kita mana pandai matematik.. darab kita tak belajar lagi!
Nanti kita nangis
Sapa nak kawan dengan kita kat sekolah?
 
 
Adoiii... stress ibu camni tau!
Malam tadi minta tido awal.
 
 
Pagi ni bangunkan ada mood kurang baik.. ehhh.. macam biasa.
Tapi dah pesan... nanti jumpa Adam, Zara & Syafiq sebab mereka akan daftar pra-sekolah.
Oklah.. cepat sikit siapnya pagi ni.
Jam 7.20 dah ready. Baju, kain, tudung... semua pakai sendiri.
Cepatnya kamu membesar nak oiii... :'(
 

 
 
Ready to go.
Sesi pendaftaran 7.45 - 8.15 am.
7.40am kita baru gerak. Awal lagi.
Tak sampai 5 min dah sampai pun.
 


Bulan 10 haritu ada Ujian Diagnostik.
Saringan kemasukan kelas.
Alhamdulillah.. dapat kelas 1 Azam.
Sekelas pula dengan BFF, Nurnayli Najwa.
Rakan sejak baby lagi di Taska Pintar Sayang.. kemudian Tadika Pintar Sayang.
Sama2 juga mendapat Anugerah Kecemerlangan Pelajar.
Harap anak2 ini dan anak2 syurga yang lain terus cemerlang dunia dan akhirat.

Guru kelas 1 Azam.. yang ke-2 dari kiri, Puan Rozana Busro.
Teringat Cikgu Rahmah masa ibu darjah 1 Kuning 1980 dulu.
Masa murid2 di kelas untuk sesi, ibubapa ada sesi taklimat pula. Masa ni adalah cikgu lain yang bantu dalam kelas.
Lepas majlis perkenalan, bayar pula yuran sekolah di Dewan Merak ni.
Kemudian ambil buku teks dan aktiviti di Unit SPBT.. Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS).. (hebat nama).
Dan diberitahu unit SPBT SKBK telah menjuarai anugerah SPBT selama 3 tahun berturut2 bagi daerah Klang.ehh.. ke kebangsaan.. adoiii lupa plak.

Dah selesai urusan, ambil Wafi di kelas. Nampak tak air tin tu... hamboii... siap belanja kawan lagi.
Esok sekolah nak belanja kawan lagi.. amboii... kopak lah ibu macam ni.
Cakap padanya.. hari ni je.. esok sekolah dah tak boleh minum air manis. Minum air kosong macam yang ibu bekalkan tiap2 hari.


Waahhhhh.. red dragon.
Ni antara aktiviti masa di kelas orientasi. Sambungkan titik2 dari huruf jawi.


Berdebar pula menunggu hari Selasa.
Semoga semua dipermudahkan olehNya.

No comments:

Post a Comment