Waahhhhh... tajuk tak menahan hikhik
Bulan Dec 2016, Tadika Sarjana Pintar Sayang ada menyertai lawatan sambil belajar di Balai Bomba dan Pizza Hut.
Kebanyakan anak-anak yang join adalah anak2 6 tahun dan transit sahaja.
Kali ni Ummi Zai pesan, pakai baju biasa je.. nak cantik2.
Boleh tidur awal dan bangun pun tak perlu dikejut.. ehh ehh
Kalai tak silap trip ni hari Selasa atau Rabu gitu.
Jojo pun nak ikut ke tu.
Amboiii... dengan abam2 bomba yang sado.
Balik tu dok cerita apa yang abam bomba pesan.
Kalau bau gas, buka tingkap, buka pintu.
Jangan main mancis.
Kalau balik kampong, tutup semua suis, cabut plag.
bla..bla..bla
Anak2 juga dibawa menaiki kenderaan bomba. pusing beberapa kali.
Suka lah semua nyer.
Haaaa... lepas tu buat pizza sendiri.
Pengalaman yang sangat berharga buat anak2 ini.
Cuma tak boleh masukkan dalam oven je sebab panas.
Balik tu soh ibu beli tepung, ayam, cheese nak buat pizza.
Adoiii..nanti2 lah nak.
Masa untuk tea break..makan mushroom soup dan garlic bread.
Masa lunch makan kfc.
Since trip ni dianjurkan oleh agen, maka Taski Syafiq pun turut serta.
Mereka yang beruniform. Ramai yang kecik2 lagi ni.
Ni lah pizza kembang yang dibawa balik.
Sorang sepotong.. ayah tak dapat.
Tu pun jenuh mujuk makan cepat sebab kitorang nak rasa.
Nyummmyyyy...
Looking forward to other trip.. harap2 Ummi Zai panggil Wafi join lain kali :-)
No comments:
Post a Comment