Pages

Thursday, March 2, 2017

Abah : Penghargaan buat mereka

Bismillahirrohmanirrohim.
Hari ni dah 2.3.2017

Lagi 2 hari genap abah meninggalkan kami.
Hari ni terasa nak menulis... beberapa hari dah sibuk dengan year end closing.
Lepas ni sibuk pula dengan auditor.
Elehhh... macam tak biasa hihi...
 
Hari terakhir majlis tahlil abah, kami adik beradik decide untuk pergi ke klinik dan wad abah duduk sebelum ni.
Kira lawatan muhibbah ler gitu. Jadi sebelum pergi, eloklah bawa buah tangan sedikit untuk doctor dan staf.
Sepantas kilat whatsapp Shida Hilmi, homebaker kegemaran.
 
Ni haaa.. rombongan Cik Kiah... bersama Cik Biela, mak, ummi, Izzatun dan Isyraf.
 
 
Kad ni pun on the spot buat. Minta ustazah ummi buatkan since tulisan cikgu-cikgi ni kan cantik memolek. Mula2 memang nak cari Thank You card  di kedai stationery sebelah SMK Meru, tapi takdelah pulak. Pagi2 mana nak cari.. malas plak nak ke mall. Beli je lah kertas tebal bercorak yang biasa student buat folio tu. Tambah sket dengan rama2.. haha.. padahal banyak lagi patern.. tapi sesuai ler dengan tema munge2. Tulis pun dalam kereta je... belakang badan Izzatun jadi mangsa.. nasib lerrr.. nak cepat.

Kepada tu... kami tambah juga doctor juga kakitangan semua..
Ikhlas ucapan daripada kami.
Nampak tak... ikhlas daripada kami sekeluarga..
Tandatangan wakil sahaja... nombor telefon dan alamat jangan lupa hihi..

 
Yang mudah dan sedap... cream puff dan redvelvet cupcake.


Bersama buah tangan dan kad kami hantar ke :-
1. Pusat Dialisis MAIS
2. Wad 8A, HTAR
3. Wad CAPD, HTAR

Kami juga pack kan dalam bekas untuk kakak dan abang guard di 8A & CAPD.

Ni di pintu masuk G2 & G3 yang menempatkan Wad CAPD. Kakak guard ni dah jadi kawan mak.
Yang shift malam pun baik juga, Indian lady.. sebab kami pun sentiasa berbaik2 dengan mereka, kerap juga mereka benarkan kami masuk walaupun bukan waktu lawatan. Tapi tertakluk juga dengan keadaan.. syukur..

 
Ini di Pusat Dialisis MAIS... Walau pun abah dah 2 tahun tidak datang ke sini, misi2 dan pesakit semua kenal abah lagi.. yelahh...10 tahun abah jadi penghuni di sini.
Kebetulan kami sampai dalam jam11 dan memang waktu ni dulu shift abah.. kebanyakan pesakit adalah yang naik van sama dengan abah.
Mereka pun dah tau pemergian abah, sebab pemandu van yang maklumkan.

Tak sempat ambil gambar dengan misi2 dan doctor di 8A dan CAPD sebab mereka pun sedang menjalankan tugas..
Dapat berbual seketika untuk berterima kasih sebab menjaga dan merawat abah sebelum ni pun dah syukur sangat.

Ya Allah, kau berikanlah kesejahteraan dan kesihatan yang baik kepada seluruh warga HTAR agar dapat meneruskan bakti kepada mereka yang memerlukan.

 

No comments:

Post a Comment