Malam ni Kawi cuba resepi dari rancangan Mangkuk Tingkat bersama Ili.
Gigih kol 11 nak buat juga.
Popiah Pisang
Bahan-bahan
1. Pisang berangan
2. Kulit popiah
3. Gula perang
4. Coklat chip
Cara-cara
1. Potong pisang bulat2.. Campurkan gula perang dan gaul.
2. Letakkan atas kulit popiah dan taburkan sesudu kecil coklat chip.
3. Lipatkan dan goreng sehingga keperangan.
Simple tapi sedap... manis2 gitu.
Esok paginya pun buat lagi tapi ibu lah yang buat padahal sebelah malam tu Kawi cakap nak bangun cepat buat.. hurrmmmmm
Sebelum tu ada sedikit kesedihan di hati Kawi sebab puncanya taknak ke tuisyen sebab banyak homework.. ok lah.
Tapi bila dia nak ikut ibu hantar ayah ke Klang Sentral ibu tak kasi lah sebab kata ada homework.
Dah dia pun bersedih teresak2.
Sebelum maghrib tu ibu dah keluar... Balik singgah beli pisang sebab teringat Kawi dan Wafi nak try resepi tu.
Bila ibu sampai rumah, Bami cakap Kawi gi tuisyen.
Ok lah.. dalam dia marah dan bersedih tu pergi juga. Ibu ambik lah kat tempat tuisyen... dari jauh nampak Kawi keluar dan dia perasan kereta ibu... tangan Kawi buat Yess sambil senyum.. sejuk hati ibu sebab Kawi dah tak marah. Masuk kereta cakap nak singgah kedai.. ok lah turutkan juga sebab nak beli jiwa kan hahaha...
Kawi masih baby ibu tau.
Walau jiwa senang memberontak (anak kedua kannn hehe) tapi hati ada taman.
No comments:
Post a Comment