Pages

Thursday, May 10, 2018

Rakyat telah memilih

Alhamdulillah... detik yang perlu dikenang dalam sejarah negara apabila kerajaan baru dibawah Pakatan Harapan telah terbentuk hari ini apabila menang majoriti.

Tun Mahathir telah dilantik menjadi Perdana Menteri yang ke-7 sekaligus menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali. Di usia 93 tahun, Tun M menjadi PM yang tertua di dunia semasa perlantikannya.

Sebagai rekod :
PM 1 - Tunku Abdul Rahman
PM 2 - Tun Abdul Razak
PM 3 - Tun Hussein Onn
PM 4 - Tun Mahathir Mohamad
PM 5 - Tun Ahmad Badawi
PM 6 - DS Najib Razak
PM 7 - Tun Mahathir Mohamad

Alhamdulillah.. ini lah pilihan rakyat. Semoga kerajaan baru dibawah PH akan menjalankan tugas dengan baik seperti yang telah dijanjikan.

Oh ya... Barisan Nasional yang memerintah selama 60 tahun pasti akan menjadi pembangkang yang hebat. BN direhatkan (or tewas) oleh rakyat. Bagi peluang pada PH ya.

Majlis angkat sumpah sebagai PM dan menyimpan rahsia negara di hadapan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong.

Semoga Tun diberi kesihatan yang baik untuk memimpin negara.

No comments:

Post a Comment