Pages

Saturday, July 20, 2019

Bon Odori 2019

The girls happy sangat dapat join festival ni.
Dari last year cakap nak pakai kimono.
Last 2 weeks baru teringat pasal Bon Odori ni. Kalut gak cari kat shopping online. Yang cantik2 tu pre order.. ada yg 20 hari shipping.

Nak sewa jauh2 lah pulak butik tu. Until Cik Elis bagitau ada jual bundle kimono kat One City Mall. Tu yang bergegas ajak Imran tolong drive sebab ayah balik kampung.

 Sukses lah juga cara pakai tu.. memang kena google... kalau salah pakai dah lain function. Lipatan kiri paling atas untuk function biasa tapi kalau kanan di atas maksudnya untuk ziarah kematian.

Ada nampak kami happy😂
Masa di hotel Wafi dah macam nak tak nak pakai kimono tu. Ada je yang tak kena.
Ibu dah siap2 bawak baju extra takut panas. Sebab dalam tu pakat tshirt nipis.

Alhamdulillah.. kami sampai pun dah jam 6 pm.. cuaca panas Malaysia lah gitu.

 My little petunia😀

 Masa ni orang tak ramai lagi. Style budak2 sekarang ambik gambar tutup mata😁

Obi/bengkung tu tak berapa kemas.. patut dalam tu bubuh macam plate baru nampak kemas.. itu pun bila tengok youtube.

Banyak gerai2 makanan disediakan yang basically semua makanan jepun... pilih je ikut poket 😀
Bagi gerai yang tak halal ada diletakkan tanda "non-halal" besar2.
Nak beli makanan memang kena bersabar sebab beratur panjanggggg...
Ibu beli yang tak beratur... senang.. takde nak berpanas2.

 Piknik tepi padang.

 Ni yang ibu beli... ada juga cotton cheese cake.
Ayah pun ada beli juga tapi tak ambik gambar lah pulak.

 Instant ribbon.. tengok fesyen lain pun lawa2 lah sangat.

 Girls join the dancing kat bawah.. ikut je dancer kat atas pentas tu.
Ramai join dan semua happy. Ibu tukang ambik gambar😀

Bon Odori ni anjuran Japan Club Kuala Lumpur, Japan School Kuala Lumpur, Embassy Japan dan co join beberapa persatuan lain.

Ini kali ke 43 diadakan di KL tapi bertempat di Stadium Matsushita Shah Alam. Sambutan terbesar di luar Jepun. Juga diadakan di Penang.

Sebelum balik sempat bergambar dengan si comel.. kawi suka sangat mekap budak tu.

Ibu sangat suka dengan pengurusan Bon Odori ni... MENEPATI MASA.
Opening drum jam 7 pm.. memang sharp... begitu juga lain2 program.. memang ikut jadual. Festival habis jam 9.30 pm. Time tu juga dia habis dan malapkan.lampu sedikit demi sedikit.. jadi ada masa untuk pengunjung bergerak.. tak de lah yang nak lepak lama2.

Kemudahan kotak sampah memang banyak dan teratur. Tandas dan surau surau sementara juga disediakan.

Bas percuma ke KTM juga disediakan dan untuk yang parking di kilang2 berhampiran yang disediakan sehingga jam 10.30 malam.

Jalan balik memang congested tapi moving. This year since kami duduk hotel... balik jalan kaki je dalam 1.3 km. Pergi kami ambik Grab RM7 sahaja. Balik lebih baik jalan sebab lebih mudah.

Ok.. itu sahaja coretan Bon Odori tahun ini.
Jika ada kelapangan kita join lagi tahun hadapan.
Insyaallah.

No comments:

Post a Comment