Pages

Monday, September 9, 2019

Terowong Sungai Lembing

7.8.19
Lepas ambik Bami di Poli, kita menghala ke Kuantan. Sebelum tu singgah di Terowong Sungai Lembing yang dulunya adalah lombong bijih timah.
 Terowong ni dibawah kelolaan Majlis Perbandaran Kuantan.

 Harga tiket.

 Jadual operasi. Kami sampai dalam jam 1.30.pm. Bolehlah masuk sebab Sabtu.. jadi tiada waktu rehat.

 Naik keretapi lombong.. dalam 100 meter je.. sayang.. lupa nak ambil gambar keretapi. Lepastu kenalah berjalan kaki. Jangan risau... dinding2 lombong telah dibina.. begitu juga ada saluran udara dan air cond. Cuma bila dah sampai ke dalam, berpeluh juga lah.

 Gelap sikit.

 Yang ni kena naik tangga.. kemudian turun balik. Tangga agak curam.

 Pelombong2 dulu hanya berseluar pendek sebab dalam tu panas. Mereka akan bekerja selama 4 jam sebelum ditukar kepada kumpulan yang lain. Ini disebabkan kekurangan oksigen.

Belakang tu jauh lagi.. tapi untuk tujuan muzium, MPK buka beberapa ratus meter sahaja.

Penerangan yang mudah difahami di beberapa bahagian.

Demo. Berat 20kg.. tak terangkat. Cara untuk memecahkan batu2 sebelum diasingkan timah.

Keluar dah dari terowong.

Dikenali sebagai El Dorado East.
Ceritanya, ada satu masa tu pelombong2 yang tidak diberi gaji telah melombong secara haram pada malam hari. Dalam sehari mereka boleh mendapat dari RM500 ke RM3000. Mereka dapat sehingga RM1 juta dalam beberapa malam sehinggalah kegiatan mereka terbongkar.

Kesan letupan yang mereka buat ada lagi sehingga sekarang.

Kenderaan yang digunakan untuk membawa batu-batu keluar dari lombong.

Di pintu masuk.
Masa ni terasalah panas litlit😎😎

Alhamdulillah..
Checked✔

No comments:

Post a Comment