Pages

Saturday, May 30, 2020

Jemput2 sukun

Sukun biasanya digoreng atau dibuat kerepek. Ibu suka sukun yang sedikit masak, jadi bila digoreng ia agak manis. Boleh juga dimakan bersama sambal kicap.

Masa puasa ritu nenek bagi sukun tapi tak sempat goreng. Raya ketiga teringin makan  bila tengok dah lembik. Isi masih elok.

Jadi last choice adalah dibuat cekodok@jemput2@jompot. 


Resepi Jemput Sukun

Bahan-bahan
1. 1 biji buah sukun yang betul2 masal dan lembik
2. Tepung
3. Garan
4. Gula (jika suka)
5. Soda bikarbonat @ yis (jika suka kembung)

Cara-cara
1. Campurkan bahan di atas.. tepung bubuh sikit je. Gula dan soda tak bubuh sebab manis dah cukup. Kalau suka lebih manis tambahkan gula 2-3 sudu. Boleh rasa dulu sebelum goreng.

2. Goreng hingga keperangan.. masa angkat memang elok bulat kembong lama2 dia kecut. Yang ni ibu tak bubuh pun soda bikarbonat atau yis.

Cubalah... sedap.
Anak2 first time makan. Diorang kata pelik. Sorang makan sebiji ke🙄

Bami plak tanya... ibu goreng jompot tempoyak... hadoiiii lah anak!

Tuesday, May 26, 2020

Tragedi 2 Syawal


Hari ni tak ke mana.
Ibu dah start puasa.
Kawi ajak keluar sebab nak driving.
Ok la.. kita ke Kuala Selangor lepas asar.
Sampai Pasir Penambang, patah balik dan cari kedai makan. Siap makan dan tapau, singgah rumah nenek.

Nenek kan suka tosei..

Sambil2 tengok M3

Jam 10.30 pm balik rumah. Kawi bawak kereta.
Kat selekoh Jalan Kempas, bila masa nak masuk tetiba gedegangggggg

Boleh pulak Kawi langgar divider jalan.
Alasannya tak nampak sebab malam dan ada motor.

Yang pelik.. macamana boleh tersasar sampai ke depan.

Tak tau lah bumper depan kereta macamana... esok je lah tengok..

Esok sambung leter.
Rasa macam kasar sangat plak dia bawak terutama bila tang corner.

Wafi siap nangis2 dalam kereta.

Kawi sampai rumah cakap trauma... tapi gelak2..

Haishhhh.. esok je lah sambung gerammmm.

Monday, May 25, 2020

Cerita malam raya😛😛😛


Mau tersenyum bila tengok pic yang Cik Baya share ni. Buat kenangan. Panggilan bercampur aduk sebab ni share dalam grup Shohari Clan bilamana umi bertanya apa kisah di malam raya yang havoc sangat.


Begini ceritanya😅😅

Ami nak balik kajang... lepastu handphone amira tak tau ler ke mana hilangnya.. amira cakap dah bagi kat mama. Sedikit kekalutan lah gitu.. dah lah malam nak mencari pulak.. lepastu hp takde nombor.. nak dial tak boleh.

Jadi amir telah membuat pengumuman.. sapa jumpa dapat RM50. Masa dengar tu ai is.. malas lah nak cari2.. (wada pun sama🤭🤭). Tapi belek2lah juga bawah kusyen.. kesianlah nengok ami kalut2.. nanti stress lah pulak diorang laki bini.

Semua yang kat depan mulalah mencari pencarian.. ai is gi dapur nak minum... rupanya yang kat depan soh amir "upkan" lagi hadiah.. dengarnya jadi RM51.

Kat dapur ai tengah minum... zara tanya "hp sapa ni makngah". Ai pun apa lagi.. ambik hp yang terletak di tepi sinki dan zasssss dengan bangganya tunjuk kat amir... fuhhhh boleh claim hadiah tawaran RM50... wang besar ni.. rezeki 1 syawal..

Tetiba zara datang depan.. dia claim dia yang nampak dulu 🤭🤭🤭 aiseyyy... musnahlah harapan makngah😭😭😭

Tapi berjaya juga makngah dapat hadiah RM50 + RM5=RM55 dari amir. Setelah sesi claim mengelim... dengan hibanya... makngah terpaksa kongsi RM50 tu dengan zara uhukuhuk😜😜😜

Pada masa yang sama amir telah menghadiahkan RM5 kepada mereka yang memberi effort dalam pencarian hp amira.

Setelah duduk2 sambil tengok gambar bukti tuntuan hadiah... muncul pula satu lagi entiti iaitu ciknora... dia cakap mula2 dia dah perasan ada hp kat tepi sinki tu... tapi tu lah.. dia tak ngalbo sebab sedang urus yummy... tapi di gambar bukti tuntutan fuhhh.... macam dia saksi utama... sambil terkezutttt dan terpinga2lah lah yummy melihat keaadaan mamanya😁😁

Maka dengan hati mulia (kahkahkah) makngah pun serahkan RM5 pada cik nora.. rupanya mereka yang lain terutamanya cikcha  perasan bahawa makngah ada lebih RM5 dari zara menjadikan RM30.. aduhhhh sempat lagi diorang kira hasil kutipan makngah😅😅😅😅

Untuk lebih adil dan tak diungkit sampai raya tahun depan maka RM5 diserahkan pada yummy 🤣🤣🤣

Begitulah cerita *HP AMIRA* pada 1 Syawal 1441H.

Sunday, May 24, 2020

1 Syawal 1441H

Alhamdulillah.. 30 hari berpuasa, hari ni kita raikan kemenangan mengawal nafsu lapar dan dahaga.

Seperti saranan KKM, program ziarah ditetapkan pada hari raya pertama, 20 orang pada satu2 masa bergantung pada keluasan rumah, penjarakkan sosial dan jaga kebersihan.

Dah plan nak pergi rumah nenek jam 10.30 am. Jadi adalah masa nak bergambar-gambar dan wish hari raya dengan tokwan di Kulim.

Pagi tu sempat munjong kat jiran terdekat. Masak rendang daging, nasi tomato, ayam masak merah, jelatah dan kukus ketupat palas.

Kali ni guna tripod kamera yang diubahsuai.



Favourite spot.

Pertama kali solat sunat aidil fitri di rumah dan ayah jadi imam dan bacakan khutbah.

Jam 11.15 am baru sampai rumah nenek... terlajak bergambar😆

Nenek sedih plak kali ni.
Kali ni ummi tak dapat balik sebab PKPB tak benarkan merentas negeri.

Selamat Hari Raya
Maaf zahir dan batin

Semoga ibadah puasa kita diterima Allah.

Wednesday, May 13, 2020

New Norm

Bismillahirrohmanirrohim.
Officially masuk ofis hari ni.

Tuesday, May 12, 2020

#day56/56 PKP : Last day

Yeahhh.. patut hari terakhir PKP sebelum mula kerja dan tambah PKPB untuk 4 minggu lagi.
Ingat boleh meronggeng tapi ada panggilan kerja kohf kohf😛

Jam 9 am sampai ofis.
Banyak pulak kereta pekerja.
Mebi mereka dah start kerja sebab dah ada delivery.

Bertenggeklah kat ofis sorang2 selepas collegue balik jam 3.

Alhamdulillah before 5.30 setel.. bolehlah balik sebelum production staff clock out. Nak kena beratur ambik temperature.

Balik singgah beli kuih muih untuk berbuka. Kawi dah siap masak ayam kurma dan sayur cauliflower goreng.

Lepas buka collapse.. sambil tunggu Wafi buat kerja PPI dan kerja sekolah agama.

Fuhhhh... boleh tak taknak kerja..
Macam dah seronok pulak duduk rumah🤣🤣🤣

Monday, May 11, 2020

#day55/56 PKP : Menu lagi

Pagi ni keluar dengan Kakak Widad sebab katanya dah lama tak keluar.
Oklah... keluar cari sayur kat kedai sebelah tahfiz. Lepas tu ke Meru cari bahan seni Wafi. Lajak pulak ke Giant Klang Sentral.
Cuak juga sebab ini kali pertama pergi ke pasaraya besar.

Dok lah sanitise beberapa kali. Ada abam2 askar, polis dan rela berjaga kat tepi pintu masuk. Kan masih lagi dalam fasa PKPB. Anak2 kecil tidak dibenarkan masuk. Tak ramai pun kat giant tadi. Tak perlu beatur pun. Mungkin kami sampai masih agak awal.

Pelanggan dinasihatkan agar segerakan urusan belian dalam tempoh 20 minit. Kami pun takdelah nak bersantai2 dalam tu. Capai barang yang diperlukan dan bergegas keluar.

Balik relax dan selepas zohor bantu Wafi buat kerja seni PPI.

Jam 5 lebih baru masuk dapur masak. Ingat nak buat popiah kentang tapi dah penat. Goreng bihun je lah untuk berbuka puasa.

Dah hampir nak masuk kerja mebi ni last entry jika esok tak rajin update.

Masuk sini menu berbuka 9 hari. Kalau banyak tu adalah yang jiran bagi. Biasa ada lauk, sayur dan kuih sejenis je.




Hari ke 13 & 14 tak ingat tapi Kawi yang masak sebab ibu kerja. Balik pun macam dah penat tak sempat nak ambil pic.
Sorry ye Kawi.





Sunday, May 10, 2020

#day54/56 PKP : Lanjutan PKPB

Hari ni Ramadhan ke 17.
Kali ni sidang media kami tengok tv tanpa suara. Guna tv lama sebab entah kenapa tv merajuk. Lama sangat PKP kot. Nonstop usage.

Seperti yang dinyatakan oleh PM pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dilanjutkan selama 4 minggu sehingga 9.6.2020

Copy paste :-

INPUT PERUTUSAN PERDANA MENTERI

- Selamat memyambut Nuzul Quran
- Pelaksanaan PKPB berjalan lancar dan teratur
- Rakyat mematuhi SOP yang ditetapkan dan sektor ekonomi sudah dibuka
- Mereka yang terkandas di kampung dan di kampus sudah dapat bergerak dan ramai sudah mula bekerja.
- 6.64 juta (43.6%) sudah kembali bekerja.
- Pendapatan yang dibelanjakan dapat jana ekonomi negara.
- Kes C19 kekal rendah dan terkawal dengan kadar kesembuhan juga tinggi.
- Berita baik - Dalam kajian oleh agensi penyelidikan di Singapore - Malaysia di tempat keempat tahap kepuasan hati rakyat kepada usaha kerajaan tangani C19.
- Hampir seluruh mukim dan zon dapat jadi status hijau
- 1,112 (94.4%) - kategori hijau
- 4 zon masih merah.
- Penduduk kawasan hijau - jangan terlalu bebas dan bergerak ke sana sini anda belum selamat - C19 adalah musuh senyap.
- Langkah perlu diambil untuk tangani wabak ini.
- Rakyat mahu kerajaan terus ambil langkah wajar
- PKPB disambung sehingga 9 Jun 2020 - 4 minggu lagi.
- Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai - larangan pergerakan antara negeri - Perjalanan balik kampung tidak dibenarkan.
- Stesen TV dan radio bolehlah mainkan lagu Dendang Perantau sesekali.
- Ziarah menziarahi dibenarkan - had maksimum 20 orang pada satu-satu masa.
- Elakkan berada di tempat yang sesak. Jarakkan diri dengan tetamu.
- Solat di masjid - tatacara sedang diperhalusi untuk dikeluarkan SOP
- Perjalanan rentas negeri - ada pasangan suami isteri berjauhan - Kelonggaran diberikan kepada suami / isteri jumpa keluarga.
- BPN - ada rungutan yang gagal terima atas pelbagai sebab - Tempoh  rayuan BPN dilanjutkan ke 31 Mei - boleh hadir sendiri ke kaunter LHDN - Rayuan yang munasabah boleh diluluskan.
- 2.3 juta permohonan BPN sudah diluluskan - RM1.7bilion
- PKPD akan dilaksana di kawasan terjejas.

Saturday, May 9, 2020

#day53/56 PKP : Rewang dan Nasi Ambeng

Jam 10 am baru sampai rumah nenek untuk rewang buat nasi ambeng.
Nenek nak munjong (hantar juadah makanan untuk jiran dan saudara terdekat).

Pagi buat preparation bahan-bahan untuk dimasak.

Hari sebelumnya nenek dah buat serunding dan sambal tahun.

 Mula-mula buat ayam masak kicap diikuti dengan sayur kacang panjang+tempe+kentang+suhun dan goreng mi besar.
Masak ramai-ramai. Nenek pantau je.

Buat bungkusan pulak untuk diagih-agihkan.

 Nasi ambeng makan dalam dulang.. ni boleh share 2-3 orang.
Air tembikai mabeles Cik Biela jual.

 Ni lah rupa nasi ambeng yang siap dibungkus.
Yummehhh..

 Wafi gembira sangat sebab hari ni 1st time dapat keluar tengok jalan.. adehh.. kan PKP masa boleh keluar. Sekarang satu kereta boleh 4 orang jadi bagi dia chance. Balik rumah nenek je.

Dapatlah dia gomol-gomol si Irdina.
Bukan main bahagia😆

Friday, May 8, 2020

#day52/56 PKP : Happy Hour

Lepas terawih nampak Cik Baya post Iman main bunga api. Terus teringat bunga api tahun lepas ada lagi. Lemau sikit tapi boleh main lagi.

Kawi panggil Adam and the gang.
Meriahlah malam ni.
Habis je main bunga api, Adam keluarkan mercun roket pulak.
Berdentum2 bunyi.
Harap jiran tak marah... hahaha... barulah rasa nak raya.

Berkali-kali ambik video.. ada je yang tak kena.
Ada yang tak terbakar.
Ada yang naik ikut arah lain.
Ada yang dah naik tapi tak meletup.

Adeh... senak perut gelak.
Tunggu bunga api yang baru dari Cik Hannis.
Pelita pun tak pasang lagi tahun ni.

Thursday, May 7, 2020

#day51/56 PKP : Ofis lagi

Pagi ni masuk ofis sebab ada stock take before delivery. Ambik sample je lah since ada breakdown communication.
Sabar je lah.

Again, stay sampai petang walau boleh balik awal. Kat rumah pun takde buat apa kan, jadi dapatlah setel kerja sikit-sikit.

Sampai rumah Kawi dah siap ayam margerin chicken.. sori dik... butter tak beli2. Ibu topup goreng kangkung belacan dan tauhu begedil.
Kuih takde hari ni. Dah penat.

Malam lepas terawih moreh coklat Kinder Bueno, Pepero dan Tobleron hamper dari ofis.
Syukur.

Kawi ada bakar biskut coklat chip. Jadi.. walau guna margerin cap Pelangi. Sebab PKP kita beli margerin kilo je.. Planta atau Daisy kiv dulu🤭

Wednesday, May 6, 2020

#day50/56 PKP : Persediaan

Lagi 6 hari officially ke ofis.
Lepas Wafi habis buat kerja sekolah, terus pergi car wash untuk cuci kereta. Hampir 2 bulan kereta tak mandi😎

Kena disinfeksi dulu eh.. dah lah kereta park betul-betul pintu masuk production.

Setel kereta pergi kedai baju. Cari baju basahan Wafi.. boleh lah tambah2 uniform covid dia tu. Juga anak2 baju yang perlu ditukar🤭

Dalam jam 3 bergegas pula ke ofis. Ada urusan kerja yang perlu diselesaikan. Fuhhh... mujur ofis dekat.

Bagitau @ inche jalan rebung bila dah sampai ofis sebab ada kelas online.
Sibuk benar eh.

Dah alang2 siapkan lah kerja sikit-sikit sampai jam 5.30 pm. 13hb nanti takdelah stress sangat.

Sampai rumah, Kawi dah siap masak. Alhamdulillah. Ibu beli kuih2 je dan air teh ais sedap di Jalan Limau.

Rasa penat pulak.
Maybe sebab terkejar-kejar.

Harap boleh bertahan next week.
Hekeleh... dah nak dekat jubli perak kerja🤣




Tuesday, May 5, 2020

#day49/56 PKP : Video Call


Ni memang diorang terlebih keje kan.. dok video call. Lepas tu asyik recomnecting. Maklumlah duduk tepi hutan. Line macam siput sedut.

Masa ni tengah basuh ayam kat dapur. Bila diorang call, lari lah gi bilik sebab nak cari tudung.. padahal adik beradik kan.. lupa plaks. Sebenarnya nak cover uban🤣🤣🤣

Lepastu langsung tak boleh dengar.. tengok video diorang sengih-sengih je.
Ai is gerammmm.

Tunggulah nanti bila Unifi masuk.
Tengah queue.

Monday, May 4, 2020

#day48/56 PKP : Mula Bekerja

Hari ni badan2 kerajaan dam sektor swasta memulakan kerja seperti biasa tapi masih perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Untuk syarikat kami masih belum dibuka kecuali beberapa kakitangan yang perlu merancang dan menyediakan SOP.

Insyaallah akan beroperasi pada 13.05.2020.

Ibu hanya menunggu panggilan pada bila-bila masa.

Semoga yang bekerja hari ni sentiasa menjaga jarak sosial dan kebersihan diri.

Semalam sempat ke Puncak Alam mencari juadah berbuka. Ramai yang tidak peduli dengan social distancing. Dalam kereta melebihi 2 orang. Anak yang kecil2 dibawa keluar. Harap semua baik2 belaka.

Kuih agak mahal. Sepeket onde2 berharga RM2.50 sebab pernah buat.. rasa tak berbaloi dengan harganya. Beli satu je dan Kawi kata tak best sangat pun.

Nak buat lah tu hari ni🤭

Sunday, May 3, 2020

#day47/56 PKP : Menu buka 9 hari

Hari ni Ahad.. tak tau nak update apa kat blog ni hahhaa.. sebabnya nak cukupkan update blog sepanjang PKP. Lepas ni dah masuk kerj memang suram lah blog.

Masukkan je lah pic menu sepanjang 9 hari berpuasa. Pic pun suram je sebab ambik pun dekat nak maghrib.

Kebanyakannya masak sendiri. Ada juga yang jiran2 bagi. Tukar2 juadah.

 Ni sahur.. buka tak ambik gambar pun. Ayam masak merah dan tumis kangkung.



Kerang Cik Ana bagi.

Lemak jantung pisang + udang Cik Ana bagi. Murtabak ayah beli sebab kebetulan pergi Puncal Alam.

Keladi goreng Cik Ana bagi.

Day 7 tiada gambar sebab beli KFC je. Sampai pun ngam2 waktu berbuka. Ayah ada beli popiah dan air soya.

Popiah jiran Emy bagi.

Cik Ana bagi creampuff dan nasi ambeng.

Saturday, May 2, 2020

#day46/56 PKP : Murtabak ringkas

Teringin pula nak buat murtabak. Bulan puasa adalah inche jalan rebung beli itupun jauh di Puncak Alam sebab kebetulan ada urusan di sana.

Godek2 resepi bahan semua ada kecuali rempah kurma...ahhh...takpe... masak apa yang ada.


Resepi Murtabak

Bahan-bahan
1. 3 biji kentang (potong dadu)
2. 1 peket ayam/daging cincang
3. 1 biji bawang holand (potong dadu)
4. 4 ulas bawang putih (dicincang)
5. 2 SB rempah kari
6. 2 SB rempah kurma (takde stok tambah kari je)
7. Garam, gula dan serbuk secukup rasa
8. 4 biji telur
9. Kulit popiah (saiz sedang)

Cara-cara
1. Rebus kentang sehingga empuk.
2. Masukkan bawang putih.
3. Masukkan rempah kari dan kurma biar mendidih.
4. Masukkan ayam dan biar betul-betul masak.
5. Masukkan bawang holland separuh je dulu.
6. Perasakan garam, gula dan secukup rasa.
7. Masak hingga pekat dan bila dah ok sejukkan dulu.

8. Telur dikocok sikit dalam mangkuk.
9. Ambik mangkuk lain dan tuang setengah telur dan masukkan inti separuh dulu sebab nak test kepekatan campuran.
10. Masukkan bawang holland yang separuh tadi dan gaul rata.
11. Sudukan dalam 2 sudu inti dalam kulit popiah dan lipat menjadikan segi empat sama.
12. Panaskan kuali nonstick dan bubuh minyak sedikit.
13. Goreng hingga keperangan dan boleh angkat.


Adunan ini boleh dapat dalam 16 keping mini murtabak. Kids kata sedap hoyayy.. diorang makan macam tu je tapi ibu ayah makan dengan jeruk bawang, all times favourite.

Resepi jeruk bawang merah

Bahan-bahan
1. 2 biji bawang merah besar
2. Sirap rose F&N
3. Cuka
4. Garam dan gula
5. Air masak

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan. Perasakan masam, masin dan manis
2. Perap dalam 1 jam bagi semua bahan meresap.

Resepi ni agak2 je. Kalau takde sirap F&N apa2 brand pun boleh. Kalau ada ibu sirap just lebihkan gula.






Friday, May 1, 2020

#day45/56 PKP : Hari Pekerja

1 Mei setiap tahun akan diadakan sambutan Hri Pekerja. Tahun ni tiadalah sambutan hanya PM sahaja berucap di TV. Seperti biasa pekerja akan bercuti pada hari ini. Oh ya... sebelum ini zaman-zaman ibu sekolah ia di panggil Hari Buruh.


Hari Pekerja tahun ini pada PKP maka duduk rumah juga mengadap TV je sebab kita pun berpuasa pada hari ke 8.

PM mengumumkan yang 4.5.2020 iaitu hari Isnin pekerja boleh bekerja semula di semua sektor tapi bersyarat.

Restoran dan kedai juga akan dibuka juga bersyarat. Banyak lagi sektor kerjaan dan swasta akan dibuka.

Harap semua yang boleh keluar ni terus buat penjarakkan sosial dan menjaga kesihatan.

Ibu masih menunggu memo dari ofis untuk bekerja semula sebab mereka akan mengeluarkan SOP untuk pekerja patuhi.

Tempat-tempat keagamaan dan rekreasi masih ditutup. Sekolah, kolej dan universiti juga belum dibuka.

Tetiba rasa macam eh.... seronoknya duduk di rumah. Rasa taknak pergi kerja pulak🤣🤣🤣