Pages

Monday, May 25, 2020

Cerita malam raya😛😛😛


Mau tersenyum bila tengok pic yang Cik Baya share ni. Buat kenangan. Panggilan bercampur aduk sebab ni share dalam grup Shohari Clan bilamana umi bertanya apa kisah di malam raya yang havoc sangat.


Begini ceritanya😅😅

Ami nak balik kajang... lepastu handphone amira tak tau ler ke mana hilangnya.. amira cakap dah bagi kat mama. Sedikit kekalutan lah gitu.. dah lah malam nak mencari pulak.. lepastu hp takde nombor.. nak dial tak boleh.

Jadi amir telah membuat pengumuman.. sapa jumpa dapat RM50. Masa dengar tu ai is.. malas lah nak cari2.. (wada pun sama🤭🤭). Tapi belek2lah juga bawah kusyen.. kesianlah nengok ami kalut2.. nanti stress lah pulak diorang laki bini.

Semua yang kat depan mulalah mencari pencarian.. ai is gi dapur nak minum... rupanya yang kat depan soh amir "upkan" lagi hadiah.. dengarnya jadi RM51.

Kat dapur ai tengah minum... zara tanya "hp sapa ni makngah". Ai pun apa lagi.. ambik hp yang terletak di tepi sinki dan zasssss dengan bangganya tunjuk kat amir... fuhhhh boleh claim hadiah tawaran RM50... wang besar ni.. rezeki 1 syawal..

Tetiba zara datang depan.. dia claim dia yang nampak dulu 🤭🤭🤭 aiseyyy... musnahlah harapan makngah😭😭😭

Tapi berjaya juga makngah dapat hadiah RM50 + RM5=RM55 dari amir. Setelah sesi claim mengelim... dengan hibanya... makngah terpaksa kongsi RM50 tu dengan zara uhukuhuk😜😜😜

Pada masa yang sama amir telah menghadiahkan RM5 kepada mereka yang memberi effort dalam pencarian hp amira.

Setelah duduk2 sambil tengok gambar bukti tuntuan hadiah... muncul pula satu lagi entiti iaitu ciknora... dia cakap mula2 dia dah perasan ada hp kat tepi sinki tu... tapi tu lah.. dia tak ngalbo sebab sedang urus yummy... tapi di gambar bukti tuntutan fuhhh.... macam dia saksi utama... sambil terkezutttt dan terpinga2lah lah yummy melihat keaadaan mamanya😁😁

Maka dengan hati mulia (kahkahkah) makngah pun serahkan RM5 pada cik nora.. rupanya mereka yang lain terutamanya cikcha  perasan bahawa makngah ada lebih RM5 dari zara menjadikan RM30.. aduhhhh sempat lagi diorang kira hasil kutipan makngah😅😅😅😅

Untuk lebih adil dan tak diungkit sampai raya tahun depan maka RM5 diserahkan pada yummy 🤣🤣🤣

Begitulah cerita *HP AMIRA* pada 1 Syawal 1441H.

1 comment: