Pagi ni keluar dengan Kakak Widad sebab katanya dah lama tak keluar.
Oklah... keluar cari sayur kat kedai sebelah tahfiz. Lepas tu ke Meru cari bahan seni Wafi. Lajak pulak ke Giant Klang Sentral.
Cuak juga sebab ini kali pertama pergi ke pasaraya besar.
Dok lah sanitise beberapa kali. Ada abam2 askar, polis dan rela berjaga kat tepi pintu masuk. Kan masih lagi dalam fasa PKPB. Anak2 kecil tidak dibenarkan masuk. Tak ramai pun kat giant tadi. Tak perlu beatur pun. Mungkin kami sampai masih agak awal.
Pelanggan dinasihatkan agar segerakan urusan belian dalam tempoh 20 minit. Kami pun takdelah nak bersantai2 dalam tu. Capai barang yang diperlukan dan bergegas keluar.
Balik relax dan selepas zohor bantu Wafi buat kerja seni PPI.
Jam 5 lebih baru masuk dapur masak. Ingat nak buat popiah kentang tapi dah penat. Goreng bihun je lah untuk berbuka puasa.
Dah hampir nak masuk kerja mebi ni last entry jika esok tak rajin update.
Masuk sini menu berbuka 9 hari. Kalau banyak tu adalah yang jiran bagi. Biasa ada lauk, sayur dan kuih sejenis je.
Hari ke 13 & 14 tak ingat tapi Kawi yang masak sebab ibu kerja. Balik pun macam dah penat tak sempat nak ambil pic.
Sorry ye Kawi.
No comments:
Post a Comment