Pages

Friday, May 1, 2020

#day45/56 PKP : Hari Pekerja

1 Mei setiap tahun akan diadakan sambutan Hri Pekerja. Tahun ni tiadalah sambutan hanya PM sahaja berucap di TV. Seperti biasa pekerja akan bercuti pada hari ini. Oh ya... sebelum ini zaman-zaman ibu sekolah ia di panggil Hari Buruh.


Hari Pekerja tahun ini pada PKP maka duduk rumah juga mengadap TV je sebab kita pun berpuasa pada hari ke 8.

PM mengumumkan yang 4.5.2020 iaitu hari Isnin pekerja boleh bekerja semula di semua sektor tapi bersyarat.

Restoran dan kedai juga akan dibuka juga bersyarat. Banyak lagi sektor kerjaan dan swasta akan dibuka.

Harap semua yang boleh keluar ni terus buat penjarakkan sosial dan menjaga kesihatan.

Ibu masih menunggu memo dari ofis untuk bekerja semula sebab mereka akan mengeluarkan SOP untuk pekerja patuhi.

Tempat-tempat keagamaan dan rekreasi masih ditutup. Sekolah, kolej dan universiti juga belum dibuka.

Tetiba rasa macam eh.... seronoknya duduk di rumah. Rasa taknak pergi kerja pulak🤣🤣🤣

No comments:

Post a Comment