Abang Imi dan Kak Widad sudah hampir seminggu cuti semester. Seminggu mereka cuti Bami sampai Khamis malam manakala Kawi sampai Jumaat pagi minggu lepas. Pertama kali Kak Widad naik bas dan perjalanan lebih 8 jam. Balik memang collapse. Ibu ayah pun tak sempat nak tengok abang kakak sebab Jumaat tu kami bawa nenek berjalan. Kak Widad ada sedikit sedihlah bila balik rumah ibu ayah takde. Mujur Bami balik juga, adalah teman kat rumah. Kawi siap dapat pakej demam lagi. Ibu minta Bami tengok-tengokkan kakak, belikan makanan dan ubat.
Petang semalam lepas office baru sempat keluar dengan Kak Widad sebab Jumaat ni dah nak balik semula ke Unisza. Kami ke Setia City Mall je.
Biasalah nak menarik pelanggan, beli sepasang RM79 beli dua RM90
Dalam fikiran rugi tak beli 2 sebab beza RM11 dapat satu lagi kasut. Pandai diorang buat marketing😁
Berdua je keluar sebab Abang Imi pulak demam. Ikut plan Bami pun nak ikut sebab nak cari barang juga.
Kali ni ibu ambil set Curry Mee dengan air longan manakala kakak ambil Assam Laksa junior size.
Lepas tu baru masuk Urbanfresh cari makanan untuk dibawa ke kolej. Sempat lagi Kawi masuk MCvogue cari baju tapi ibu tunggu dalam kereta je.