Pages

Tuesday, November 21, 2023

Kamera Untuk Wafi

Sebelum balik rumah haritu Wafi beritahu nak beli kamera untuk dibawa ke asrama. Bolehlah nak ambil gambar buat kenangan. Kamera dibenarkan bawa atas tanggungjawab sendiri. Ye laaa... kan handphone tak boleh bawa, bila dibenarkan bawa kamera seronoklah sikit.

Ibu keluarkan digital camera yang ibu ada kot lah Wafi boleh bawa.

Bila tunjuk kat Wafi macam tak berminat pula. Tambahan pula bila ibu check macam dah tak function je. Mungkin bateri dah tak boleh pakai. Kamera zaman tu bukannya rechargeable. USBnya pun ibu dah tak ingat letak mana. Last sekali pakai masa nenek bawa umrah 2017. 

Ibu pun semenjak dah ada HP camera tak ada lah nak pakai kamera ni. Sayang pula bila ia terbiar dalam almari sahaja.

Demi memenuhi kehendak Wafi, ibu cari  kamera di Kedai Gambar Setia City Mall.

Seperti yang dijangka, kedai pun dah tak jual kamera digital tu. Yang banyak kamera polaroid dan kamera DSLR. Wafi taknak lah polaroid yang terus print gambar sebab tak boleh tengok semula gambar yang diambil. DSLR memang totally tak boleh lah.. tak sesuai. Penjual suggest Go-pro tapi still tak sesuai sebab banyak sangat accessories.

Ada pula kamera kanak-kanak, myFirst Camera 2... ini sahaja choice yang ada. Memang betul-betul for kids 😁. Tengoklah kaler dia tu hehe

Wafi setuju je sebab tak ada choice lain.

Ibu ambil gambar kamera ni dari google sebab terlupa nak ambil gambar kamera yang dibeli.

Wafi nak yang ini. Tapi tak ada stock.

Bolehlah yang ini pun, pink tapi more to peach.
Kamera 8 megapixels.
Bolehlah ambil gambar HD dan video.


Ini bahagian belakang, sama macam kamera digital biasa. Cuma Wafi perasan tak ada flash.
Ibu kata ambil di tempat terang je lah, malam kena letak lighting sendiri!

Kamera ni waterproof.

Sesuailah untuk kanak-kanak yang mahu memiliki kamera sendiri.

Bila check kat Lazada pun ada jual.



Harga kat kedai murah sedikit.

Ibu tambahkan lagi SD card 32GB dengan harga RM59. Bolehlah ambil gambar dengan lebih banyak.
Walau rasa harga SD card mahal kat situ, beli je lah. Tak mahu ibu dok cari-cari kedai lain nak compare harga.

Ibu minta Wafi pakai dulu, kot ada kamera digital yang lebih "maskulin" nanti baru beli.

16 comments:

  1. Comelnya kamera tu. Oklah untuk dibawa ke asrama, memang sekarang susah nak jumpa kedai jual camera digital kecuali untuk action camera. DSLR pun dah tak laku sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang guna HP yang canggih pun dah dapat gambar yang cantik lagi2 boleh edit tak perlu DSLR.

      Delete
  2. alahaiiii...comelnya la kamera tu...acik SA pun berkenan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik beli nanti anak-anak buah acik yang cheeky tu terlebih gembira.. yeayyy.. mamalong bagi kamera 😁

      Delete
  3. pernah nampak digicam my firstcamera tu di fb ada org share... comel... tp kualiti gambarnya x sure pulak macam mana..

    teringat dulu-dulu mmg sy gila digital camera.. sy dulu pernah ada yg sony.. mmg clear dan cantiklah gambarnya... tu pun beli masa dah keja.. masa tu br keja, apa yg sy nak, sy beli je.. balas dendam kan guna duit sendiri.. masa tu mmg rajin & tranfer gambar... letak di blog, di multiply, friendster... skrg ni semua guna hp je senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamera ni 8 megapixels, rasa ok je lah cuma tak boleh compare dengan kamera handphone atau digital kamera lain.
      Betul, sekarang guna HP je boleh terus transfer ke medsoc yang kita mau.

      Delete
  4. cantik. mmg uniq camera dulu2 ni kan.

    ReplyDelete
  5. Compact kamera ni. Boleh la ambil gambar kawan2 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah tujuannya. Biar ada kenangan duduk di asrama

      Delete
  6. Iih cantiiiik warnanya 😍😍😍. Saya pun jadi suka ... 🤭

    Betul Bu, saya sendiri dah tak nak bawa kamera DSLR, mirrorless tiap kali traveling. Cukup hp saja 😄. Makanya tiap kali ganti hp, saya selalu pilih yg kameranya bagus. Untuk dokumentasi selama traveling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang rasa lebih ramai yang guna HP sahaja untuk travel. Mungkin masih ada yang bawa DSLR untuk yang mahu lebih kepuasan.

      Delete
  7. Desain kameranya lucu, cocok untuk anak-anak. Hasil potret dan videonya apakah bagus kualitasnya?

    Betul juga sekarang ini malas bawa-bawa kamera, karena kamera hp sudah bagus kualitasnya.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum tengok hasil videonya bagaimana. Mungkin biasa-biasa sahaja dan tidak secantik guna HP canggih.

      Delete
  8. comelnya kamera wafi..rasa macam nak beli untuk Pia juga la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti Pia masuk asrama, umi belikan yang digital biasa. Ini sebab last minit beli jadi takde pilihan.

      Delete