Pages

Sunday, November 19, 2023

Wafi Pulang Semula Ke Asrama

Wafi dah seminggu balik ke asrama. Balik pada pagi Hari Isnin pagi menaiki ETS ke Sungai Petani.

Dah lama tak sediakan sarapan untuk Wafi. Rutin beberapa tahun.
Pagi tu ibu buatkan roti sosej dan roti sosej goreng dan teh-o. Wafi nak simple je untuk dibawa balik ke asrama. Nanti sampai di asrama boleh lah makan. Dalam train Wafi taknak makan.

Bila nak balik asrama mana ada selera, makan roti separuh je.

Jam 8.30 am kita bertolak dari rumah. 9.20 dah sampai tapi relax dulu dalam kereta di parkir. 9.45 baru naik ke terminal.

Sampai kat atas macam biasa lah drama syahdu.

 Pujuk elok-elok.

Itu pun nak lewat-lewat turun ke platform.
Aishhh.. tertingagal train pulak nanti.
10.10 am baru Wafi turun.

Bila Wafi turun platform kami pun turun juga nak tengok train berlepas. Sementara tunggu train, nampak Wafi berbual-bual dengan seseorang. Wafi whatsap ibu, dia tanya kakak sebelah turun kat mana, katanya Arau. Wafi kata masa balik sini haritu auntie sebelah seatnya pun tanya benda yang sama. turun kat mana. Copy lah tu.. baguslah Wafi, sikit-sikit kurangkan rasa malu dan build up confidence.

Sampai SP tu, ada uncle teksi yang kami dah chartered dan bayar online awal-awal akan ambil Wafi di stesen KTM dan hantar ke sekolah.

 

4 comments:

  1. NAsib ada ETS kan... xdelah lama sagat di atas jalan.. jimat masa... x lama lg cuti sekolah... sikit je lagi wafi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur sangat sekolah Wafi di tengah bandar dan berdekatan dengan stesen KTM.

      Delete
  2. Senang bila dah ada ETS...memudahkan..bagus wafi..build up confidence ye...

    ReplyDelete
  3. Saya belum bisa bayangkan kalo nanti anak2' saya dah waktu nya sekolah jauh ☺️. Antara kuatir juga, tapi memang mereka perlu merasakan tinggal mandiri di asrama. Supaya bisa belajar sosialisasi dan memupuk rasa percaya diri.

    ReplyDelete