Pages

Thursday, November 30, 2023

Bila Anak-anak Cuti Semester

Abang Imi dan Kak Widad sudah hampir seminggu cuti semester. Seminggu mereka cuti Bami sampai Khamis malam manakala Kawi sampai Jumaat pagi minggu lepas. Pertama kali Kak Widad naik bas dan perjalanan lebih 8 jam. Balik memang collapse. Ibu ayah pun tak sempat nak tengok abang kakak sebab Jumaat tu kami bawa nenek berjalan. Kak Widad ada sedikit sedihlah bila balik rumah ibu ayah takde. Mujur Bami balik juga, adalah teman kat rumah. Kawi siap dapat pakej demam lagi. Ibu minta Bami tengok-tengokkan kakak, belikan makanan dan ubat.

Petang semalam lepas office baru sempat keluar dengan Kak Widad sebab Jumaat ni dah nak balik semula ke Unisza. Kami ke Setia City Mall je.

Kak Widad nak cari kasut untuk ke kelas. Kasut yang dipakai sekarang ni buatkan sakit kaki. Katanya nak yang murah-murah je. Nampak kat Cotton On dan Kawi berminat.

Beli design ni sebab nampak klasik dan satu lagi design lain.
Biasalah nak menarik pelanggan, beli sepasang RM79 beli dua RM90
Dalam fikiran rugi tak beli 2 sebab beza RM11 dapat satu lagi kasut. Pandai diorang buat marketing😁

Berdua je keluar sebab Abang Imi pulak demam. Ikut plan Bami pun nak ikut sebab nak cari barang juga.

Dinner di Ah Cheng Laksa.
Kali ni ibu ambil set Curry Mee dengan air longan manakala kakak ambil Assam Laksa junior size.

Lepas tu baru masuk Urbanfresh cari makanan untuk dibawa ke kolej. Sempat lagi Kawi masuk MCvogue cari baju tapi ibu tunggu dalam kereta je. 
 

8 comments:

  1. Alahai sekejap sangat cutinya, jadilah buat melepas kerinduan. Mee kari nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni memang sekejap sangat. Schedule ibu pulak tight tak dapat ambil cuti lebih.

      Delete
    2. Pertama kali makan mee kari di Ah Cheng Laksa ni memang kena dengan tekak.

      Delete
  2. eh cantek la kasut tu.. macam renda2 heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Renda2 ni style orang-orang lama tapi mujur Kawi setuju dengan pilihan ibu. Retro gitu hehe

      Delete
  3. Seronok dapat habiskan cuti bersama walaupun masanya singkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena utilise masa yang ada. Kasihan nak ajar keluar malam, assignment tak siap pula.

      Delete
  4. Hai Dik Syafiqa, selamat berkenalan. Macam tu sebelah dengan Unisza anak sulung kami. Kawi di Besut. Abangnya di kampus Gong Badak.

    ReplyDelete