Pages

Showing posts with label Exercise. Show all posts
Showing posts with label Exercise. Show all posts

Sunday, July 6, 2025

Ahad Dah....

Hari Sabtu hari yang paling bahagia sebab esoknya Ahad masih ada satu hari lagi untuk berjimba-jimba.
Bila Ahad.... alaaa.... lagi berapa jam lagi nak ke hari Isnin. Itu sebab kalau boleh Ahad nak rest betul-betul.
Pagi tadi dengan keadaan yang agak malas, lepas solat Subuh gigih lah juga briskwalk kat Dragonfly park. Sabtu pagi tak dapat keluar sebab nak setelkan beberapa perkara.

Saturday, June 14, 2025

BW | Nasi Kerabu | Dentist

Rutin briskwalk Sabtu pagi di tasik Puncak Bestari. Jam 7 am mula berjalan. Ada 3 orang je masa tu. Dah lama tak pergi sini semenjak Dragonfly park dibuka. Nampak tak terjaga, rumput pun tidak dipotong. 

Hari ni ada peneman. Anak kucing ikut sambil mengiau².. pergi²... saya takde makanan. Anak kucing ni dengan mak dia, tak tau mana datang tapi nampak sihat dan bulu cantik.

Saturday, December 7, 2024

Santai Sabtu

Sepatutnya pagi ni nak briskwalk kat Taman Tasik Shah Alam. Sekali tak jumpa pulak kad touch n go dalam kereta Kak Widad masa dalam perjalanan. Divert terus ke Central Park Setia Alam. Boleh je kalau nak ke Shah Alam tanpa guna jalan tol, cuma jauhlah sikit nak pusingnya.

Taman Setia Alam ni ramai Chinese auntie dan uncle yang buat senaman pagi. Ada beberapa grup seperti tai-ci, praise dance, senamrobik dan ada yang santai² buat exercise secara perlahan.

Exercise ni pertama kali ibu lihat. Ada 3 orang di setiap bulatan. Mereka akan bergerak perlahan mengelilingi pokok sambil tangan sebelah didepangkan ke arah pokok. Ada arahan berbahasa Inggeris dan berlatarbelakangkan bunyi air dan kicauan burung. Ada beberapa pokok yang sudah ditandai dengan bulatan.

Kalau taknak kena cahaya matahari yang banyak eloklah briskwalk di sini. Cuma trek tak besar... sekali pusingan dapat 1.2 km sahaja. Jadi kena pusing 4.5 kali baru dapat 5km.

Banyak pokok² tua.

2 kali ikut trek luar taman di tepi jalan besar
Setelah berjimba² 2 kali weekend, kena juga gigihkan diri keluarkan peluh.

Balik Kak Widad nak cari gerai/kedai jual laksam tapi tak jumpa. Mungkin kena ke area Setia Taipan tapi malas pula nak pergi jauh. Makan je apa yang ada di Warung Che Amah.

Ibu ambil soto RM8

Kak Widad ambil mi goreng separuh (ehhh.. tak sampai pun ½) berharga RM3. Sambal paru RM1.50

Bila tengok harga kat papan tanda, mi goreng RM6😳😳

Kuih sepotong RM1 (terkujat juga masa nampak harga kat kaunter)

Fuhhhh... terasa kayangan betul harga makanan kat Setia Alam ni.

Saje nak letak sini lunch ibu kat kantin syarikat hari Rabu lepas. Lauk tongkeng ayam goreng 3 ketul, udang dan sayur peria baru RM6. Ibu jarangkan lunch kat ofis sebab lebih suka nap dari makan tapi sebab dah lapar, turun juga ke kantin. Kantin tak bolehlah jual mahal sebab ada subsidi air dan elektrik. 

Sebenarnya semalam plan dengan Bami dan Kawi hari ni nak pergi cari Nasi Lemak Wanjo. Dah beberapa kali Kawi request. Bila fikir² balik malaslah nak jalan jauh walau Bami kata bukan ibu yang drive pun. Kawi pun lepas sarapan dah mengantuk, nak balik rumah sambung tidur. Bami plak semalam kan demam jadi biarlah hari ni tambah rehat. Lagipun esok nak balik Unisza.

Pagi ni berjaya menyemai pokok pandan. Balik tadi terus singgah rumah nenek, cabut 4 pokok dan tanam dalam pasu kat rumah. Sebelum ni ada je pokok pandan memang hidup subur, gemuk dan daun lebar². Disebabkan terlalu banyak dan kawasan jadi sejuk, itu yang ular masuk rumah. Terpaksa buang semua. Tanam kat tepi parit, pun sama... gemuk² tapi terpaksa dibuang sebab nak buat parit besar. Lepastu malas dah nak tanam. 

Masalahnya setiap kali nak masak kena petik kat rumah nenek... kadang kita nak cepat. End-up memang kena tanam juga lah ni. Harap bila akarnya dah banyak nanti bolehlah pindahkan kat tanah.

Saturday, November 9, 2024

Riadah Sabtu Di Eco Ardence

Pagi ni morning walk di sekitar tasik Eco Ardence. Ini pertama kali riadah di sini sengaja mencari route baru. Tasik ni tak besar hanya 1 km satu pusingan. Terpaksalah buat 5 pusingan untuk dapatkan 5km. 

Masa pusingan ke 4 sengaja jalan ke luar taman sebab bila dah 3 pusingan tu agak bosan. Bila keluar taman sama gak jaraknya hanya 1km sahaja.

Depan tu rumah² kayangan.

Disebabkan pertama kali datang taman ni 1st round ibu ambil gambar dulu. Lagipun masa ni tak ramai lagi orang.

Tasik buatan. Walaupun air tasik berwarna teh susu tapi tasiknya bersih.

Ini laluan luar tasik.

Geng² senaman tari. Masa ibu lari ada muzik ala² cerita Bruce Lee ibu tak ingat tajuk apa. 

Gambar ni dah tak tersusun aturannya. Leceh nak susun sebab guna HP. 



Depan tu kondo mewah. 

Ehh.. ada plak itik kat sini.
Taman ni mesra haiwan jadi adalah few pengunjung bawa anjing berjalan².

Pagi yang cool.

Kawi dah pesan lepas ni taknak riadah kat sini lagi dah sebab bila taman kecil kena pusing banyak kali agak membosankan. Kawi kan biasanya briskwalk/jog 7-10 km.

Mungkin lepas² ni BW di Taman Tasik Shah Alam atau Eco Grandeur je. 
 

Saturday, October 19, 2024

Riadah Di Taman Tasik Shah Alam

Malam tadi Kak Widad ajak jogging pagi ni. Ibu dengar kat Setia Alam. Keluar rumah jam 6.30 am. Tadi bila dia drive ibu pelik kenapa tak masuk simpang ke Setia Alam. Rupanya nak ke Shah Alam. Adehhh.... ibu kurang gemar sebab nak ke sana pun dekat 20 minit. Ikut je lah sebab ini pertama kali Kak Widad nak ke sana. Nanti dah pandai pergi lah sendiri macam kat Taman Tasik Seksyen 7 hari tu. 

Taman Tasik Shah Alam ni terbahagi kepada 3 tasik buatan.
  • Tasik Barat
  • Tasik Tengah
  • Tasik Timur
Ibu bercadang untuk briskwalk je sambil tu ambil gambar. Ini pertama kali pusing tasik. Sebelum ni hanya tertumpu kat satu tempat di tepi tasik. Hari ni kita ronda-ronda sambil ambil gambar. Masa kami sampai tak ramai orang lagi. Mungkin juga hari Sabtu.

Saturday, August 24, 2024

Teman 10 Ribu Langkah

Pagi ni ibu ambil Cik Ami di rumah nenek dulu sebelum ke Dragonfly Park. Dah pesan  6.45 am ibu sampai.. ehhh.. tak siap plak lagi😬
Kak Widad tak dapatlah join sebab pagi ni jam 6 pagi dah ada di kedai.

Cik Ami ada misi... masuk cabaran 10 ribu langkah sehari yang dianjurkan oleh Kementerian. 

Berbuah dah mangga kat taman ni. Elok plak kat tengah² laluan buahnya tu.

Rasanya buat 5 pusingan tu. Capailah target hari ni sampai terlebih jadi 13 ribu langkah.

Ibu maintain 3 pusingan je😅

Cukuplah untuk hari ini.


Sunday, August 18, 2024

Dagu Berlapis

Disebabkan bila ambil gambar asyik tengok dagu sendiri berlapis atau double chin, ibu tertarik dengan artikel di bawah.

Baca di sini

DAGU berlipat atau double chin biasanya adalah antara kesan fizikal ketika seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan. Bagaimanapun, ada pula yang berbadan kurus tetapi dagunya berlapis!

Dagu berlapis sebenarnya adalah lapisan lemak yang terbentuk di bawah dagu. Berikut adalah beberapa penjelasan mengenai masalah itu kepada mereka yang berbadan kurus dan cara menghilangkannya.

Badan kurus tapi ada double chin!

Terdapat beberapa penyebab kepada masalah itu termasuklah;

1. Keturunan

Ada sesetengah orang akan mengalami perkara itu disebabkan faktor keturunan dan biasanya ia akan menurun daripada satu generasi yang lain.

2. Peningkatan usia

Tidak kira sama ada seseorang itu gemuk atau kurus, dagu berlipat merupakan perkara biasa seiring dengan pertambahan usia seseorang. Sejajar dengan peningkatan usia, tubuh secara semula jadi akan kehilangan otot secara perlahan-lahan.

Kekenyalan kulit juga semakin berkurangan sejajar dengan peningkatan usia. Keadaan tersebut boleh membuatkan munculnya kulit yang mengeleber atau kendur di bawah rahang dan menyebabkan dagu seseorang berlipat.

3. Garis rahang tidak sekata

Penyebab dagu berlipat juga boleh disebabkan daripada bentuk garis rahang yang tidak sekata atau seimbang.

Cara menghilangkannya!

Cara menghilangkan double chin perlu disesuaikan dengan penyebabnya, antara lain;

A. Menggunakan pelembap wajah yang mampu menegangkan otot leher yang kendur dengan kandungan bahan seperti vitamin C, teh hijau atau kolagen.

B. Urutan pada bahagian leher dapat merangsangkan penghasilan kolagen sehingga kulit lebih kenyal.

C. Senaman adalah paling berkesan dalam mencegah dan mengurangkan masalah double chin anda.


Akhir ceritanya... kena bersenam. 

Adehhh....

Saturday, August 17, 2024

Briskwalk Dengan Kak Widad

Pagi ni keluar awal sikit, jam 6.40 camtu. Sampai Dragonfly Park masih tak ramai orang lagi.


Tertarik pula ibu pada rumput yang disimbahi cahaya lampu ni. Cantik bila dilihat dari jauh.


Matahari baru nak naik. Bila dah naik cepat je terang.

Jam 8 pagi dan panas.

Seperti biasa jalan 3 round tasik.

Bila kami keluar dari taman, semakin ramai yang sampai.

Saturday, July 6, 2024

Sarapan Pagi Di Warung Che Limah

Hari ni Sabtu tak berapa nak santai... pack pulak aktiviti hari ini.

Mulakan dengan briskwalk di Dragonfly Park. Berdua dengan Kak Widad.

Lepastu ke Jalan Iskandar cari sayur kampung juga sarapan. Baru teringat Kak Widad ajak makan di Warung Che Limah. 

Warung ni dah viral 2-3 tahun lepas tapi baru sempat pergi. Last week singgah tapi dah lewat dan hampir tutup. Masa keluar parking staff beritahu makanan sudah habis.

Tadi sampai hanya ada 2 orang pelanggan sedang beratur. Bolehlah nak tunggu sebab ada pelanggan sudah selesai.

Saturday, May 25, 2024

Briskwalk dan Santai Sabtu

Pagi ni berjaya bawa kaki ke Eco Grandeur untuk keluarkan peluh. Last briskwalk bulan February.. lama betullah leklekan.

Masa tu kan ada fisio jadi ibu kurangkan aktiviti luar lepastu puasa dan raya. Dah seronok relax² pagi tak perlu briskwalk rasa bersalah pula😁

Otw balik beli nasi lemak, topup karbo😅. Kalau beli kat luar nasi lemak ni antara yang tersedap. Secukup rasa. Kali ni ibu ambil sambal kerang. Beli 2 dan 1 biasa. Rupanya Wafi dah suka kerang.. jadi terpaksalah ayah makan yang biasa. Ibu pun dah lupa sejak bila Wafi makan kerang sebab sebelum ni tak suka as kerang tu nampak macam mata dan terkedip² bila hidup🙃

Saturday, April 6, 2024

Rawatan Fisioterapi

Ibu sudah menjalani 7 kali rawatan fisioterapi untuk sakit lutut ibu. Yang ke 7 pada 23/3/2024
Ada lagi satu sesi, nantilah lepas raya buat.
1st terapi pada 6/1/2024.
Sepatutnya seminggu sekali tapi disebabkan jadual yang tak menentu itu yang drag sampai bulan Mac 😆

2 minggu sebelum terapi terasa sakit lutut di bahagian pelipat terutamanya bila nak turun sujud. Rasa macam ada bunyi² kat atas lutut tu. Bila malam terasa nyeri di bahagian lutut. Sama pula bila bangun pagi.

Sama juga kalau masuk tandas cangkung. Bila nak bangun tu terasa seksa. Terpaksa bangun pelan² dengan  menampung tangan ke lantai atau dinding. Kalau guna tandas public memang ibu pilih tandas cangkung. 

Ibu rasa sakit lutut ni start dari balik Terengganu bulan October tahun lepas. Masa kat homestay tu ibu baring meniarap sebab layan HP. Masa tu terasa lutut tu terkehel. Tapi masa tu tak sakit apa². Lepas dari tu kadang² sakit bila naik dan turun tangga. 

Sehari sebelum ke Kuching ibu dapatkan rawatan di salah sebuah klinik di Bandar Bukit Rajah.
Nahhh... 3 jenis pain killer ibu dibekalkan. Dari yang ringan sampai yang kuat. Ambik je lah buat standby. Kalau tak sakit tak perlu makan.
Masa kat Kuching tu walau berjalan jauh tak ada pula sakit lutut. 
Hamboiii.. bila berjalan tak terasa pun sakit eh 

Samalah juga, bila ibu buat briskwalk atau jogging tak ada pun masalah.

Bila nak solat baru mengada nak sakit lututlah.
Samalah kalau duduk dalam kereta lama-lama, mulalah lutut rasa kebas.
Mulalah stress, dok mikir takkan sampai nak kena buat pembedahan atau masukkan gel dalam lutut atau rawatan perubatan lain. Ibu google lah apa yang perlu dilakukan jika lutut sakit. Ada nampak rakan FB post yang beliau mendapatkan rawatan fisioterapi bagi masalah lututnya.

Why not ibu cuba!


Physio centre yang paling dekat di Hillpark bersebelahan Hospital UiTM Puncak Alam.
Ibu dapatkan temujanji dahulu.

Saturday, November 18, 2023

Santai Sabtu

Hari ni boleh lah update blog. 2-3 minggu ni rasa sibuk.. entah apa yang disibukkan pun tak tahu. Ingat hari ni nak update blog, ada beberapa gambar masuk draft.

Sabtu pagi kalau tak ada apa program, ibu akan keluarkan peluh, jalan sikit-sikit. Ajak ayah macam biasa alasan nak sambung tidur. Maklumlah.. setiap hari sebelum 5.30 am dah keluar rumah, balik by 9 pm. Bila cuti ambil kesempatan untuk berehat. 

Ibu pergi sendiri je lah macam biasa.

Pagi ni ibu briskwalk di Dragonfly Park, Eco Grandeur. Few weeks masa Cik Baya tunjuk gambar route.. eh macam rama-rama, cantik. Rupanya bentuk pepatung. Drive about 15 mins dari rumah.

Saturday, October 14, 2023

Jom Sarapan

Pagi ni sempatlah keluarkan peluh. On the way balik Kak Widad pesan belikan kuih-muih je untuk sarapan. Ibu singgah warung berhampiran rumah. Situ ada dijual pelbagai menu sarapan pagi dan kuih muih. 

Ibu beli beberapa jenis je yang digemari di rumah.

Ada karipap sardin, karipap kentang, pulut panggang, popiah sira, kuih bom dan keria. Keria tu 2 pcs tapi Kawi dah makan satu.

Harga kuih di sini masih 60 sen sekeping.

Ni wajib ambik kalau beli di gerai tu. Getuk keladi.

Kopi Vietnam yang Cik Wada bagi.
Semerbak betul kopi ni.
 

Saturday, September 23, 2023

Berkebun

Hari ni berjaya morning walk.
Sendiri je sebab Kak Widad taknak join.

Balik singgah restoren di Puncak Alam beli nasi lemak.

Sampai rumah sapu-sapu daun kering dan kumpulkan dulu. Petang nanti kalau kering bolehlah bakar.

Lepas tu pindahkan pokok-pokok ke tanah. Macam kasihan je tak membesar sebab dah terlalu lama duduk dalam pasu.

Pokok ada beberapa je sebab bukan passion ibu nak jaga dan rajin bercucuk tanam.

Gemburkan tanah pokok limau purut dan tukar tanah pokok kunyit.

Pokok mangga ni dah keluar beberapa buah. Harap tak lupa macam kejadian di sini.

Pindahkan pokok buah mata kucing.

Pokok kesum dah beberapa minggu duduk dalam parit.
Cik Biela yang bagi.
Nampak cergas perkembangannya.
Sikit hari lagi dah boleh petik. Tunggu banyak daun ya.

Ibu sengaja tandakan dengan botol dan batang golf supaya Cik Awie nampak bila meracun rumput.

Limau kasturi pun baru pindahkan.
Buah makin banyak. 
Sebelum ni pun lebat buahnya.

Pokok kari ni haritu banyak daun dan subur. Daun-daun hijau.
Kebelakangan ni macam banyak luruh daunnya. Itu sebab ibu pindahkan ke tanah.

Semoga kamu berdua membesar dengan sihat ya.
Pokok rumput belakang tu kemain sihat dan membesar dengan jayanya.
Kemungkinan dapat khasiat baja dari kebun sayur jiran sebelah 😁

Ni rambutan baru petik dari pokok Cik Ujang.
Semakin banyak yang sudah merah.
Rambutan Gula Batu.
Tapi awas.... inche semut banyak!