Hari ni boleh lah update blog. 2-3 minggu ni rasa sibuk.. entah apa yang disibukkan pun tak tahu. Ingat hari ni nak update blog, ada beberapa gambar masuk draft.
Sabtu pagi kalau tak ada apa program, ibu akan keluarkan peluh, jalan sikit-sikit. Ajak ayah macam biasa alasan nak sambung tidur. Maklumlah.. setiap hari sebelum 5.30 am dah keluar rumah, balik by 9 pm. Bila cuti ambil kesempatan untuk berehat.
Ibu pergi sendiri je lah macam biasa.
Pagi ni ibu briskwalk di Dragonfly Park, Eco Grandeur. Few weeks masa Cik Baya tunjuk gambar route.. eh macam rama-rama, cantik. Rupanya bentuk pepatung. Drive about 15 mins dari rumah.
Bila tengok balik Strava apps tu memang nampaklah bentuk dragonfly. Kat hujung atas tu kena ikut laluan jambatan untuk dapatkan bentuk yang sama sayap bawah dragonfly. Next time boleh datang lagi. Tukar-tukar route agar tak bosan.
Ibu ada jumpa sorang brother yang kerap jog dan workout di Tasik Puncak Alam, ada kat sini pagi ni. Beliau tegur say hi tadi.. owh.. ada juga orang yang perasan ibu rupanyaπ
Disebabkan ini pertama kali datang ke tasik, maka ibu ambillah gambar sekitar taman.
Cantiknya kat sini...kalau SA ni sure layan pose banyak2...
ReplyDeleteIsssh cantiiiik tempatnya πππ. Saya pun akan betah briskwalk Kat sini kak. View indah sangat, dan bayangan bridge yg terpantul di danau memang best ππ❤️
ReplyDelete