Seperti tahun-tahun sebelum ni, nenek pasti akan munjung untuk saudara-mara, jiran dan kawan terdekat. Munjung ni dari Bahasa Jawa. Kalau BM nya lebih kurang hantar/bagi makanan semasa bulan Ramadhan.
Masa ibu kecil dulu rasa munjung dibuat pada pagi raya atau puasa terakhir, Bila zaman berubah, aktiviti munjung ni dibuat tak kira hari apa dalam bulan Ramadhan.
Nak tunggu adik-beradik rewang kena buat hari Ahad sebab Sabtu ada yang kerja dan ada yang nak shopping raya.
Jam 10 baru ibu balik rumah nenek, Cik Nora dah sampai dulu bersihkan dapur.
Ehhh... ibu mana boleh tengok orang relax-relax je pagi-pagi 😊
Sambal tahun... lahaiii... nengok pun dah teringin nak makan lagi. Ada kulit lembu, cendawan kopeng (telinga) dan daun soh juga hirisan lengkuas muda.
Yang gegirl tolong kat dapur manakala anak-anak buah lelaki dan anak-anak buah kecil tolong sapu dan basuh beranda rumah nenek. Sekali lah tu diorang nak main air, ambil kesempatan.
Oh ya... Alya dan Arissa dapat 9A UPKK baru-baru ni. Alhamdulillah, tahniah buat anak-anak buah makngah ni. Haaa... walaupun dapat 9A, kerja rumah kena tolong juga ya!
Cuma ayam je lah masih on-going goreng. Ni kalau buat nasi ambeng lagi pengsan dibuatnya. Mujur juga cuaca agak redup. Adik-adik lah yang masak sebab mereka sangat power di dapur. Ibu tukang tengok je hehe.. dan kemas-kemas rumah sambil arahkan anak-anak buah tolong buat kerja 😛
Sambal tahun... lahaiii... nengok pun dah teringin nak makan lagi. Ada kulit lembu, cendawan kopeng (telinga) dan daun soh juga hirisan lengkuas muda.
Disebabkan Cik Baya tak buat kerja memasak, maka terpaksalah volunteer packing dan hantar ke rumah-rumah jauh yang tersenarai. Tahun ini nenek bagi nama 31 orang. Adalah juga adik-adik yang bagi kawan sekerja sebab ada yang teringin makan sambal tahun.
Yang dekat-dekat tu bagi je kat anak-anak buah hantar.
Kemain suka mereka pergi ramai-ramai jinjing plastik makanan.
Mak dan pak sedara dah cuci tangan hantar punjungan. Bagi experience kat anak-anak pula.
Bila dah masak untuk munjung, makanan berbuka puasa pun yang sama. Add juga add-on makanan lain seperti murtabak, pizza dan yong tau fu. Dah ramai-ramai, makanannya pun kenalah meriah. Bagi anak-anak seronok berbuka selepas seharian puasa dan tolong buat kerja rumah.
Pertama kali dengar munjung. Menarik juga tradisi macam ni. Kena kekalkan sampai bila2.
ReplyDeleteInsyaallah.. selagi ada kudrat, rezeki dan masa akan diteruskan😊
DeleteBest nya Kak! Elok dikerah dan didedahkan kpd anak² tu agar tradisi ni terus berkekalan 👍🏻
ReplyDeleteCongrats Alya dan Arissa dapat 9A UPKK 🌹
hehe... kerahan tenaga. Alhamdulillah masing bekerjasama. Dah siap kerja baru boleh guna gajet.
DeleteTerima kasih PH atas ucapan buat 2 anak buag.
Sekarang juadah munjung pun dah main tempah katering aje.
ReplyDeleteBetul WP... mana yang mudah. Ada gak yang bagi set sate, nasi arab, lemang dsb.
Deletesaya baru pagi tadi terlintas raya tahun ni nak cuba buat lontong daun pisang...tapi baru pertama kali nak cuba ni risau pula tak menjadi
ReplyDeleteInsyaallah boleh tu Afzan. Asalkan sukatan berasnya betul pasti jadi. Cuma lama lah masaknya. Macam mak akk masak atas dapur kayu je. Gilir² dengan anak buah jaga api.
DeleteAlhamdulilah. Baru je munjung petang tadi. Lepas tu ada yang munjung ke rumah pulak.
ReplyDeleteItu yang menariknya tradisi munjung ni bila berbalas walaupun niat asalnya berkongsi rezeki.
DeleteTak pernah makan sambal tahun tapi dapat rasa sedapnya.
ReplyDeleteBoleh try masak Mulan, ramai juga yang share resepi. Kot pergi kenduri orang Jawa kadang dihidangkan sambal taun juga.
DeleteWalaupun mama ammi jawa tapi ammi tak pernah experience xtvt munjung ni sbb kami kalau balik raya pon dulu sehari sebelum Syawal. Itu pun tak selalu. Biasanya kami raya di Seremban je dan ke Banting pada raya ke2
ReplyDeleteaarŕr... Banting ramai juga orang Jawa tu. Biasanya paling lewat orang munjung pagi raya sebelum pergi solat kalau kat tempat akak. No wonder ammi tak pernah experience kat kampung nenek.
Delete