Pages

Friday, October 9, 2026

Jogja 2026 - Sarapan Pagi Di Hotel

Hari ketiga dimulakan dengan sarapan pagi di hotel. Bolehlah bangun lewat sikit sebab perjalanan ke wisata seterusnya adalah jam 8 pagi.

Jam 6.30 pagi kami turun ke cafe hotel. Masa ni tak ramai lagi tamu.

Jomlah lihat apa yang disediakan hotel bertaraf 2 bintang ini untuk sarapan pagi.

Ada jus oren dan jus guava di mesin dispenser.

Ayam goreng berempah dan kacang buncis masak garlic.

  • Mee Cermin goreng
  • Nasi Goreng
Acar dan pelbagai jenis sambal.
Sambal tu menarik sangat tapi ibu tak berani nak ambil takut perut tak tahan. Nak berjalan kan jadi lebih baik menahan diri dari makan makanan terlalu pedas.


Bubur Kacang Hitam.
Agaknya kegemaran masyarakat Jogja sebab ada juga dijual atas gerobak tepi jalan.

  • Buah Betik
  • Agar²
Port Roti Bakar 

Bakso kalau tak silap tapi ibu tak nampak daging baksonya.

Ada kopi dan teh.

Keropok kat sini kegemaran nenek. Dua kali ulang makan.

Bamiìiii

Pagi² lagi dah ada nasi putih.

Pinggan ibu. Sebab sedap bertambah ibu ambil sayur dan ayam goreng.


Depan hotel ni ada gerobak yang jual makanan, belakang tu sekolah menengah. Masa ni dah teringin nak try makanan yang dijual tapi kenyang makan. Ingat kalau ada lagi malam nak beli.

Beberapa orang tamu yang ada.
Sengaja kami memilih duduk di tepi untuk melihat luar.

Awal pagi ramai yang jogging & briskwalk di kawasan pejalan kaki. Tak kurang pula yang berjalan kaki ke tempat kerja. Pemandangan yang tak pernah dilihat kat tempat sendiri. Biasa kan kita briskwalk kat taman ataupun kat kawasan kejiranan. Ini mereka briskwalk di tengah bandar.

Panaskan perut dengan sup/bakso.

Sedap semuanya.
Alhamdulillah.

Puashati.
Esok hari last boleh lah makan lagi dengan harapan boleh relax² sebab lepastu nak check out.
 

6 comments:

  1. Semua nampak sedap. Bakso tu mesti enak bangat kan Kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha sedap.. so far makan kat Jogja semua menepati selera.

      Delete
  2. Pukul 6.30 pun kafe masih lengang, bolehlah pilih makanan dengan tenang. Menarik nak tengok pilihan sarapan hotel 2 bintang ni, ada jus oren dan guava lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau tak banyak pilihan tapi cukuplah... itu pun ada yang tak ambil. Nak makan banyak² risau.. satgi nak jalan jauh😅

      Delete
  3. Sedapnya bakso ada di breakfast buffet

    ReplyDelete
  4. Sebagai hotel bintang 2 , buffet sarapan yang mereka sediakan SANGAAAAAT VARIATIF 😍😍😍😍. Biasanya bintang 2 lebih sedikiiiit kak. Bahkan dibuat dalam bentuk set saja. Bukan buffet begini . Baguuus lah hotelnya berarti.

    Sebab, Indonesia nih banyak taman, tapi jauh2. Dan terkadang sepi. Jadi orang2 banyak yang briskwalk di tengah kota, kliling kota begitu saja. Sayapun kalau briskwalk di luar, jarang sekali di taman. Sebab jauh, dan kadang sepi.

    Lebih suka di stadion atau tengah kota

    ReplyDelete