Rasa sambal nasi lemak kat sini menten sedap.
Inilah laluan yang lori 10 tan merempuh 11 kereta semalam di persimpangan lampu isyarat Alam Budiman, Persiaran Mokhtar Dahari. Kesan kemalangan masih ada. Laluan sama Kak Widad ulang alik ke tempat kerja.
Good luck Pentaksiran Diagnostik Akademi (PDA) SBP 2026 yang akan bermula Isnin 12/10/2026
Ada Dunkin Donut baru buka sebelah Tealive. Meriah lah sikit KTM Sungai Buloh kalau lebih banyak kiosk makanan dibuka.Pagi ni ibu bekalkan Wafi nasi putih, kangkung tumis dan ayam buttermilk. Ibu asingkan kuah. Sarapan ibu sediakan fish tofu cheese, masuk dalam air fryer je. Bungkuskan juga untuk Wafi makan dalam tren.Semalam lepas Maghrib mereka bertiga ambil ibu di ofis. Lega sikit report yang due semalam dah setel. Yang lain tunggu ibu masuk ofis hari Selasa. Ni bawa Wafi makan di Black Canyon. Dia rindu nak makan Prawn Fried Rice. Kakak pun dah terikut² Wafi pilih menu yang sama. Dah jadi signature dish untuk diorang.Wafi nak beli wardrobe freshener Lovely Lace. Masuk sini memang mudah teracun.Cerita Sabtu 3/10 : Berjaya juga goreng ikan jeket style Suria Amanda.. resepi arwah Mak Pah. Sedap kombinasi kunyit dan bawang putih tu. Semoga pahala terus mengalir buat arwah atas kebaikannya. Ibu regukan dengan masak lemak bok choy+cendawan. Sambal tu ibu beli masa di Jogja.Cerita Ahad 4/10 : Kak Widad nak cari seluar kerja. Masuk je Uniqlo.. malas nak survey tempat lain. Mujur yang dia nak ada kat situ. Sambil² tu ibu survey winter jacket juga.
Dinner terus kat Black Canyon. Sebelum balik tapau Mon Beef Roti buat kudap² malam.
Terima kasih sentiasa bahagiakan ibu ayah juga adik².
Mudah²an Allah sentiasa memberkati hidup Bami.
Ibu keluar ofis lepas Maghrib. Nak cepat beli fastfood. Belikan Bami ayam panggang Bakers Cottage dan KFC untuk Widad buat buka puasa. Dah ibu sampai lewat kelaparan lah dia. Ada juga eggtart, ni ibu yang teringin.
Dah berapa hari pun masih tak luak.
Done update blog dengan tenang di LTSAS. Masa last datang sini terganggu betul dengan hal kerja. Walau kali ni ke Ganu bukan bercuti tapi pergi dalam keadaan yang lebih tenang.
Ehhh... hari ni 10.10
BASS Nikah
Shopee ada murah?
















Kak Widad spesen je dengan anak2 Cie ni suka makan dengan tangan. Jarang guna sudu.
ReplyDeleteKihkih.. sepesen ya... jenis tak hirau orang pandang pelik...
DeleteNi ritu pekerja resto dah simpan semua cutlery sebab dah lewat jadi lambatlah nak letak sudu garpu. Kawi pulak dah lapar.. apalagi.. bedal je lah makan pakai tangan😂. Lagipun dia memang suka makan pakai tangan je. Adik dia masih sabar tunggu sudu.
Suspen betul tengok lori langgar 11 kereta baru-baru ni. Good luck Wafi untuk PDA. Sedap nampak goreng ikan jaket. Happy birthday abang imi. Moga cemerlang dunia akhirat
ReplyDeleteTu lah... yang kereta² bahagian depan kalau nampak macam tak boleh buat apa.
DeleteAamiin² YRA, terima kasih Mulan🥰
Belated Happy Birthday Bami 🎂
ReplyDeleteAnd happy graduation 🎓
Fi hifzillah utk Wafi, Akk & ayah
Aamiin² YRA
DeleteTerima kasih PH🥰
Nasi lemak di bungkus kaw Kaw memang sukaaaaa saya kak 😍😍😍😍. Nanti nak makan sana lagi lah.
ReplyDeleteYa Allah ada korban jiwa tak tabrakan beruntun tuh? 😭😭.
Eh pewangi yg kakak kasih untuk saya kemarin, saya nak jadikan pewangi mobil saya. Tapi karena yang lama belum habis, jadi belum saya pasang lah. Memang sedaaap wangi lovely lace ini kan 😍😍. Botol pun cantik
Ikan digoreng pakai kunyit dan bawang putih terbayang sedaap. Apalagi makan dengan sambal. Sebenarnya kunyit dan bawang putihnya saja, aduk ke nasi pun dah sedap sangat
Aiiiih Bami dah 26?? Saya pikir awal 20 kak. Bentar lagi dah 30 nih. Lebih tua Bami atau Widad? Selamat ulang tahun Bami... Semoga makin diberkati Allah. Dapat jodoh yang baik ☺️
Takde kemalangan jiwa tapi ada 2 orang parah. Pewangi yang kakak bagi letak kat mobil tak kuat sangat ke nanti baunya... sebab kakak tak boleh letak pewangi dalam kereta.
Delete26 dah dia.. lahir tahun Dragon 2000😁. Aamiin... Aamiin YRA🥰
Bami lebih tua, Widad adik.
DeleteAlhamdulillah, semoga baik2 semuanya
ReplyDeleteAamiin.. Aamiin YRA. Terima kasih wak🥰
DeleteBami sebaya dengan adik Linda yang bongsu.. budak lahir tahun 2000.. kiki
ReplyDeleteHappy belated birthday Bami, moga berjaya dalam bidang yang diceburi.. tahniah atas majlis graduasinya..
Boleh la ibu tenang² nak shopping.. hahaha.. berapa lama tu stay Terengganu?
Terima kasih Linda🥰
DeleteTak shopping kot.. macam tak sempat je.. esok pagi balik, ambil cuti sehari je.
Terbang lg dia... Happy belated birthday Bami.. Dh nk convo.. Lama tk singgah black canyon
ReplyDeleteTerpaksa MT 😁 dan terima kasih😍
Delete