Risau berlaku banjir seperti sebelum ini, jadi semalam ibu isi petrol dulu yang tinggal 5 bar. Jam 7 pm bos ibu pesan jangan balik lewat sangat takut banjir. Jadi lepas Maghrib je lah balik.
Betul banjir.. tapi bukan di Meru, tempat kerja ibu.
Kali ni di Bukit Kapar, tempat tinggal sendiri..
Semalam hujan lebat sampai kawasan tadahan air melimpah umpama kepala air di beberapa penjuru ke arah UiTM Puncak Alam/HASA, Penjara Juvanile dan Bukit Cherakah. Ada beberapa jalan nak ke Bukit Kapar dinaiki air.
Ibu sampai rumah jam 8 malam.
Cik baya petang dah bagitau rumah masuk air di Bukit Cherakah separas betis. Tak boleh nak buat apa pun sebab air masih lalu. Black-out lagi tak berani nak on suis.. Jadi Cik Baya nak balik rumah nenek. Nak keluar tayar kereta pulak tiba-tiba bocor mungkin langgar batu tajam masa lalu banjir balik dari kerja di HASA.
Keadaan luar dan dalam rumah Cik Baya.
Cik Man pulak ambil Alya kat TBS.. lagi lambat nak balik. Kiranya ibu lah yang paling dekat untuk rescue mereka. Kalau ikut 2.5km je nak ke rumah Cik Baya tapi sebab banjir terpaksa cari alternatif lain.
Masa nak keluar Jalan Rebung, ada budak-budak jaga jalan. Mereka advise jangan lalu sebab air naik juga di persimpangan Jalan Kempas dan traffic light Jalan Bukit Cherakah.
Bila patah balik tu ibu dah nak nangis. Kesian kat Cik Baya dan anak-anak. Tambah-tambah lagi Zara dan Aqib berdua je kat rumah, Cik Cha dan Cik Zamri jauh kat Sekinchan dan Melaka.
Ibu divert ke Meru dan Kampung Budiman kemudian hala ke jalan dragon back Bukit Cherakah. Alhamdulillah jalan-jalan tu semua ok takde langsung naik air.
Singgah dulu mamak sebelum balik rumah ibu sebab masing-masing tak makan lagi.
Zara cerita Aqib kejut dia bila air dah naik sikit lagi atas katil. Masa tu mereka berdua je kat rumah. Blackout, internet tak ada pulak. Nak call Cik Cha pun tak boleh.
Aqib pulak call SOS polis.. tak tau lah nombor apa, katanya takde sapa jawab. Lepastu diorang berdua masuk dalam kereta yang tak bergerak tengok je air lalu. Dina tanya... call polis, polis boleh buat apa ya... adoiii lah Dina.
Dahlah cuma 2 rumah je area tu.
Pertama kali banjir jadi mereka blurr tak tau nak buat apa.
Jadi malam tadi family Cik Baya dan Cik Cha tidur rumah ibu, jadilah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Masjid dah jadi PPS juga.
Cik Cha samapi rumah jam 1 lebih, masa tu ibu dah tidur. Dari Sekinchan tu sempat Cik Cha balik rumah sekejap ambil baju-baju yang untuk dipakai. Mujur lah ada baju-baju kering yang disimpan di tempat lebih tinggi.
PPS ke-2, rumah Cik Ujang/Cik Ana.
Cik Ana sebelum ke sekolah dah siapkan makanan berat.
Jadi semua makan kat situ.
Ibu sempat buatkan air teh je pagi tadi. Ada dah roti juga kat rumah.
Nak masak-masak pun tak sempat, kalut nak pergi kerja. Malam tidur lewat jadi kemain liat nak bangun.
Ni tadi Cik Baya ada urusan hospital Alya pastu Angah pulak ada UKK.
Lepas solat Jumaat baru bersihkan rumah.. nanti adik beradik yang lain datang gotong royong.
Tadi pun Tok Ketua Kampung sudah turun padang bersama team untuk bersihkan rumah mereka berdua. Air surut, tinggal selut.
Bila hujan lebat dan air pasang besar beginilah jadinya.
Keadaan sekarang.
Alhamdulillah rumah kami tak banjir sebab di kawasan tinggi cuma akan jadi masalah untuk keluar masuk bila jalan dan longkang besar dinaiki air.
Wafi sampai on time di KTM semalam dan kakak ambil. Mereka berhenti rehat dulu di surau berhampiran EPF HQ sebab jalan masih jammed.
Sampai rumah dekat jam 10 malam.








Semoga di permudahkan segalanya. Musim2 hujan ni macam2 risiko jadi kena berwaspadalah kan. Nampaknya tak leh nak healing2 jauh. erm...
ReplyDeletepantai timur pun dah mula risau ni hujan dari malam tadi...Allahuakbar kesiannya tengok rumah Cik Baya tu penuh lumpur,moga dipermudahkan semuanya
ReplyDelete