Pages

Showing posts with label Tanah. Show all posts
Showing posts with label Tanah. Show all posts

Friday, February 13, 2026

Tambah Simen Konkrit Tepi Rumah


Malam tadi Cik Rasul ada tanya kat grup Lot, siapa nak simen konkrit. Cepat² lah ayah accept untuk tambah kat tepi rumah.

Sunday, April 17, 2022

Alih Tiang TNB

Fasa mengalihkan tiang TNB yang tertangguh sejak projek lebarkan jalan akhirnya terlaksana hari ini. Cik Rasul yang cari kontraktor dan dipersetujui oleh keluarga yang terlibat.

4 tiang akan dialihkan kedudukan agar tidak mengganggu jalan yang dilebarkan. 2 di depan rumah Cik Rasul dan setiap satu di rumah kita dan Cik Ujang.

Kos untuk alih tiang RM600 sebatang. Jadi RM2400 dan bila dikongsi 3 keluarga maka masing-masing perlu bayar RM800.

2 buah jentera digunakan dengan beberapa orang pekerja kontraktor.

Mereka mula awal dalam jam 9 pagi macam tu. 

Boleh main bola depan tu hahahah

Tiang depan rumah kita setelah dialihkan.
Fibre Unifi tu sangat sensitif. Tersentuh sikit pun dah hilang line.
Mujur Isnin kontraktor TM datang dan betulkan semula.

Depan rumah ni betul-betul tanah berbatu. Lama juga mereka gerudi tanah untuk masukkan tiang.

Masa ni belum habis lagi tapi dah nampak lebih lapang tanpa tiang yang tak align sebelum ni.
Tiang depan rumah Cik Man dan Nenek Masi tak ubah sebab jalan sudah 10 kaki.

Fasa seterusnya buat longkang.
 

Tuesday, October 19, 2021

Projek Lebarkan Jalan

Progres 2 minggu lepas baru sempat nak update.



Masa ni kerja-kerja kasar sudah selesai.

Tinggal modify sikit.
Ratakan jalan guna bajak sahaja.
Tak ambil gambar sebab sebelum jam 7 pagi sudah mulakan kerja dan ibu bergegas ke ofis.

Tanah yang tinggal ni untuk ditolak ke bahagian yang tidak rata.

Selesai sudah... beberpa hari lalu cuaca sangat panas dan tanah kering. Kereta lalu lalang jadi jalan ni dah mampat.

Malam tadi pula hujan turun, tanah kembali lembut. Kena ikut laluan asal dahulu.

Ini Cik Ujang tolong buatkan paip baru.. entah kenapa tiba-tiba air tak keluar. Nak check paip lama menyusahkan pulak sebab nak kena cari bawah tanah. Tanah tu dah lah tanah bukit, keras.

Korek je tanah buat laluan paip baru.

Beli segulung senang.. mana nak tambah paip boleh guna.

Mula-mula nak panggil kontraktor buatkan paip baru... bila quote dia minta RM5K
Cik Ujang kata mahal sangat... kongsi 4 rumah dah RM1,250. Cik Ujang kata dia cuba buatkan... bayarkan je duit barang. Upah kami kongsi-kongsi lah.

Alhamdulillah... selesai urusan paip.

Next phase alihkan tiang TNB dan Unifi.


 

Friday, October 8, 2021

Projek Lebarkan Jalan - Hari ke 15



Hari ni hari terakhir bajak buat rough work.
Selepas ini ratakan jalan pula.
 

Wednesday, October 6, 2021

Tanah : Siri 3


Alhamdulillah hari ini 6.10.2021 ibu dapat salinan geran tanah.
Kenapa salinan bukan original?
Geran ini adalah geran bersama yang ada 5 bahagian.
Nama ibu adalah 1/5 bahagian dari sejumlah 1/2 ekar. Ia tidak boleh dipecahkan lagi memandangkan tanah ini berstatus tanah pertanian.
Geran original dipegang oleh salah seorang dari 3 beradik yang memilik 3/5 bahagian tanah.
Jika perlukan original untuk apa-apa urusan, boleh lah dapatkan dari beliau.
Boleh juga dapatkan salinan dari Pejabat Tanah.

Setelah hampir sebulan akhirnya siap sudah urusan tanah.
Masa ibu tandatangan Borang Pindahmilik 14A, ia bertarikh 9.9.2021

Cik Fatin kata konvo ke😁😁

Simpan buat kenangan.
Bukan tiap-tiap tahun kan beli harta hahahahah

Bak kata Wak Ana setelah menyampaikan salinan geran ini... malam ni geran boleh bawa tidur.

Alhamdulillah.. syukur ke atas Allah.
Walau tanah sekangkang kera... insyaallah semoga ia dapat memberi manfaat.

Ada yang bertanya berapa harga tanah bersaiz 48 x 92 kaki ini?

RM70,000.00

Semasa tandatangan Borang 14A ia perlu dibayar terus.

Nangis!

Pejam mata je lah keluarkan duit... nak tunggu EPF akaun kedua lagi dua tahun.
Taknak lepaskan peluang yang ada. Entah bila dapat rezeki beli tanah lagi kan.
Ada rezeki top-up lah duit yang digunakan.

Kos-kos lain
1. Duti setem RM700
2. Bayaran daftar Pejabat Tanah RM200
3. Upah urusan RM800

Jumlah keseluruhan RM71,700

Alhamdulillah... masa keluarkan i-Sinar, i-Citra & i-Lestari memang letak tepi je... manalah nak tau dapat digunakan untuk beli tanah.
Perancangan Allah adalah sebaik-baiknya.

Nota kaki : ada seorang kenalan FB membeli tanah seluas 1/2 ekar berharga RM50,000 di Perak. Fuhh... telan air liur. Kalau harga begitu di Selangor mesti ramai yang nak. Kalau nak banding tanah yang ibu beli hanya RM10k sahaja satu lot jika beli di sana huhuhu.. reda sahaja dengan rezeki masing-masing.

Saturday, October 2, 2021

Projek Lebarkan Jalan - Hari ke 9

Progress hari ini.


Tiba-tiba ada longgokan tanah kat depan rumah. Rasanya ini tunggu lori datang ambil.

Cik Ujang sedang repair paip yang bocor.
 

Friday, October 1, 2021

Projek Lebarkan Jalan : hari ke 7 & 8

Progres sehingga hari ini.

Hari ke-7

Hari ni, hari ke-8

Pandangan menghala ke jalan besar. 
Bajak dah ke depan semula sebab tanah bahagian belakang dah korek untuk diratakan.

Pandangan menghala ke jalan belakang
Pokok pandan yang bakal terkubur.

Biarkan yang pakar sambung balik!

Parit ni bakal dtimbus dan dibuat parit yang lain di sebelah kanan sedikit.
 

Wednesday, September 29, 2021

Projek Lebarkan Jalan - Hari ke 3-6

Dah beberapa hari hujan. Ada hari yang kontraktor tak dapat bekerja. Tanah lembik dan lori tak boleh naik.

Ini hari ke-5
Sudah korek hingga depan rumah kami.

Gambar hari ini. Lepas hujan.
Huhuhu.. sedih tengok jalan masuk.
Ini sebelah rumah Cik Ujang.
Depan rumah Cik Rasul pun sama berselut.

Ini betul-betul depan pintu masuk tengah.
Lecaknya kemain lagi.

Pagi tadi ibu terpaksa singgah rumah nenek dulu basuh tayar.
Ok lah sikit tengok kereta tu.
Semalam berselut kat tayar tu. Masa keluar kereta kat parking ofis, beberapa rakan ofis tegur sambil tunjuk-tunjuk ke arah tayar..

Dah kenapa tu kak?

Adehhhh... orang buat jalan depan rumah dik

Dahlah petak parking kereta ibu betul-betul menghadap pintu masuk kilang dan pekerja akan berkumpul di situ setiap pagi untuk morning briefing.

Esok dan hari mendatang kalau lecak lagi memang hari-hari lah kena singgah rumah nenek dulu.
Dah ibu kena keluar awal jam 7 am.

Ahad haritu, pekerja kontrak Cik Rasul tolong buatkan saluran paip sementara sebab saluran paip yang ada sudah tertimbus tanah dan ada sebahagian yang bocor. Kos untuk pasang paip pvc termasuk upah dalam RM540.

Tuesday, September 28, 2021

Pasar Malam

Semasa nak keluar ofis, Kawi rekues ibu belikan keropok lekor untuk minum petang. Ibu teringat hari ni ada pasar malam di Batu 8. Dah beberapa bulan tak pergi pasar malam. Kan MCO. Bolehlah ibu cari kuih-muih untuk minum petang. Sementelah Kawi dah masak untuk dinner jadi tak perlulah beli banyak-banyak.

Gerai sayur ada beberapa yang dibuka. Banyak gak ibu beli sayur, sampai RM30.

Gerai makanan yang ibu nak tak buka pula. Gerai tak banyak yang buka seperti 2 tahun lepas.

Gerai keropok lekor pun tak ada.

Ibu beli lah beberapa jenis makanan.

1 cucuk kepak ayam bakar madu RM7

1 cucuk tongkeng bakar madu RM5.

Bami kata macam makan waktu buka bulan puasa.


Taufufah RM2/pack

Beli 3, RM5


Tongkeng goreng RM1/3 pcs (beli RM5)

Cendawan goreng RM3/pack

Putu bambu (RM3/5 pcs) tak sempat nak ambil gambar sebab Kawi dah ambil.

Ini je lah yang Ibu beli. Bak kata Bami, kalau gerai makanan banyak buka mesti ibu beli lagi banyak.

Ya.. memang... sesekali ibu ke pasar memang akan beli pelbagai jenis makanan.

Craving lah gitu kekdahnya.

Semoga lebih banyak gerai dibuka pada masa akan datang.

Sama-sama bantu menjana pendapatan peniaga kecil.

Saturday, September 25, 2021

Projek Melebarkan Jalan : Hari 2

Ayah update di grup tanah yang pekerja mulakan kerja seawal jam 8 pagi.

Masa kami sampai rumah pekerja masih korek tanah bukit.

Hamboiiiii.... sebatang pokok mangga dah terbaring depan rumah. Ini bakal jadi korban. Susah gak nak tanam semula sebab nak kena korek tanah pula. Tanah keras plak tu.

Jam 12 tengahari mereka henti tugas dulu sebelum sambung semula jam 1.30 pm.

Depan rumah Cik Ujang hampir rata.

Cabaran hari ini :-

1. Fiber optik Unifi terputus terkena jengkaut. Dah buat report.... Isnin lah dijangka dibaiki.

2. Saluran paip perlu dipindahkan segera. Cik Rasul minta pekerja Indonesia buatkan saluran paip sementara di bahagian belakang rumah. Saluran paip sebelum ini dah tak boleh digunakan lagi. Kontraktor Syabas dah datang tengok untuk alihkan meter paip.

Semalam lagi saluran paip bocor terkena jengkaut juga. Mujur Cik Rasul cepat bertindak minta pekerjanya sambungkan dulu.


Friday, September 24, 2021

Projek Melebarkan Jalan : Hari 1

Seperti yang dipersetujui, hari ini bermulalah kerja-kerja pelebaran jalan di lot 4028.

Jalan masuk
Sehari sebelum projek pelebaran jalan.

Dari rumah Cik Ujang.

Mesin bajak parking depan halaman jiran, ayah Nayli.

Kerja-kerja awal. Dimulakan dari depan jalan besar.


Bajak sedang beraksi.

Pokok mangga ni bolehlah dipindahkan ke tempat lain.

Cik Ujang pun pening kat mana nak pindahkan pokok ni pulak.
Belakang rumah dah ada 3 batang pokok rambutan.
Ibu minta Cik Ujang tanam kat tanah ibu yang baru tu tapi masalahnya nak kena korek pulak. 
Pokok-pokok dahlah besar dan berat.
Kalau susah mungkin terpaksa dikorbankan juga.
Sayang pokok jengkol/jering sebab sekarang sedang berbunga. Tak dapatlah ia menambah zuriat hehehe...

Mangga ni pun sayang... dah buah beberapa kali.. buah besar-besar.
Harap dapat diselamatkan.

Cik Ujang jadi mandur hari ni sebab ada di rumah jadi bolehlah tengok-tengokkan.
Cik Rasul pun ada yang akan jadi pemerhati tetap kerja-kerja yang dibuat.

Tarik tanah tepi rumah arwah Atuk Miswan. Samakan level dengan tanah Cik Rasul.
Pokok-pokok tu pun bakal menjadi korban.

Baru tarik tanah beberapa kaki sahaja.

Dari depan rumah Cik Ujang.

Setakat hari pertama gitulah.

Banyak lagi kerja-kerja yang akan dijalankan.
Sekarang clearkan pokok-pokok dahulu.
Lepasni ambil tanah yang berlebihan.
Ratakan jalan.
Korek longkang.
Ini antara kerja-kerja kasarnya lah.

Kos untuk kerja-kerja ini RM9,000.00 dan dikongsi bersama mengikut keluasan bahagian masing-masing. 
Tanah lot 4028 adalah seluas 3 ekar dan dibahagi kepada 6 bahagian.
Setiap bahagian seluas 1/2 ekar maka kos yang perlu dibayar adalah RM1,500.00
Ibu dan Cik Ujang akan kongsi pula RM750 seorang.

Kerja-kerja selepas ini adalah :-

Alihkan tiang TNB.
Alihkan tiang Telekom.
Alihkan piping air.

Kemudian baru arrange untuk tambah batu-batu dan konkrit jalan.
Buat longkang/pasang kelongkong batu.

Banyak lagi kerja yang perlu dibuat.
Cik Rasul kata untuk bagi jalan betul-betul elok maybe 6-12 bulan.

Risau gak sekarang dah musim hujan.
Kemungkinan lecak tu memang besar.