Pages

Saturday, September 25, 2021

Projek Melebarkan Jalan : Hari 2

Ayah update di grup tanah yang pekerja mulakan kerja seawal jam 8 pagi.

Masa kami sampai rumah pekerja masih korek tanah bukit.

Hamboiiiii.... sebatang pokok mangga dah terbaring depan rumah. Ini bakal jadi korban. Susah gak nak tanam semula sebab nak kena korek tanah pula. Tanah keras plak tu.

Jam 12 tengahari mereka henti tugas dulu sebelum sambung semula jam 1.30 pm.

Depan rumah Cik Ujang hampir rata.

Cabaran hari ini :-

1. Fiber optik Unifi terputus terkena jengkaut. Dah buat report.... Isnin lah dijangka dibaiki.

2. Saluran paip perlu dipindahkan segera. Cik Rasul minta pekerja Indonesia buatkan saluran paip sementara di bahagian belakang rumah. Saluran paip sebelum ini dah tak boleh digunakan lagi. Kontraktor Syabas dah datang tengok untuk alihkan meter paip.

Semalam lagi saluran paip bocor terkena jengkaut juga. Mujur Cik Rasul cepat bertindak minta pekerjanya sambungkan dulu.


4 comments:

  1. Tentu selesa kalau dah siap jalan baru nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sementara nak selesa tu tanggung seksa gak huhu..

      Delete
  2. Allaaaaa.... kesiannya fiber optik unifi putus pulak.
    Memang cabaran betul tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengamuk jugalah inche suami hahaha.. mujurlah jiran sebelah ni kerja kat TM. Beliau lah banyak bantu buat report dan dapat feedback segera.

      Delete