Berdua dengan mommy Mia ke SP naik ETS jam 10.24 am dari Sungai Buloh.
Ada Iftar Perdana petang tu.
Selalu timing yang sama hantar anak, kali ni mommies pulak yang naik ETS.
Ikut plan asal ibu, ayah, Bami dan Kawi nak naik kereta je tapi sebab ibu gang pergi solo jadi lebih baiklah berdua je. Boleh lah Bami berehat hari Ahad sebab Isnin nak start intern.
Bukan selalu kan naik ETS jadi kita spam lah gambar lebih.
SP Central Hotel ni hotel 3 bintang je.
Harga bilik RM92.00
Mommy Mia book bilik tanpa tingkap sebab nak jimat hahaha.. kalau nak tengok view jalan raya boleh gi lobby 😂
Kemudahan asas semua lengkap. Rating pun bagus.
Nampak ramai juga customer hotel ni. Parking hotel ample.
Dekat dengan Jam Besar SP. Malam meriah sebab ada Bazar Ramadan.
Ahad pagi balik jalan kaki je lalu bangunan-bangunan ni. Stesen KTM sebelah kiri. Kiranya stesen ni ada 2 pintu masuk, ini pintu masuk belakang. Cuma jenuh kena panjat tangga lalu jejantas 😁
Sampai bilik rehat sekejap dan bersihkan diri.
Auntie Wanie kata kopi kat sini sedap.
Udah ibu teracun download apps dan beli kopi.
1st order dapatlah Buy 1 Free 1.
Wafi nak Tealive Roasted Milk Tea with Grass Jelly tapi jelly habis. Terpaksalah ibu ambil boba.. pada ibu kurang sedap.







Ye kak Kenangan Coffee tu sedap & banyak offer. Selalu ada voucher. Lipis takde rugi la banyak voucher exp gitu je.
ReplyDelete