Pages

Sunday, April 17, 2022

Alih Tiang TNB

Fasa mengalihkan tiang TNB yang tertangguh sejak projek lebarkan jalan akhirnya terlaksana hari ini. Cik Rasul yang cari kontraktor dan dipersetujui oleh keluarga yang terlibat.

4 tiang akan dialihkan kedudukan agar tidak mengganggu jalan yang dilebarkan. 2 di depan rumah Cik Rasul dan setiap satu di rumah kita dan Cik Ujang.

Kos untuk alih tiang RM600 sebatang. Jadi RM2400 dan bila dikongsi 3 keluarga maka masing-masing perlu bayar RM800.

2 buah jentera digunakan dengan beberapa orang pekerja kontraktor.

Mereka mula awal dalam jam 9 pagi macam tu. 

Boleh main bola depan tu hahahah

Tiang depan rumah kita setelah dialihkan.
Fibre Unifi tu sangat sensitif. Tersentuh sikit pun dah hilang line.
Mujur Isnin kontraktor TM datang dan betulkan semula.

Depan rumah ni betul-betul tanah berbatu. Lama juga mereka gerudi tanah untuk masukkan tiang.

Masa ni belum habis lagi tapi dah nampak lebih lapang tanpa tiang yang tak align sebelum ni.
Tiang depan rumah Cik Man dan Nenek Masi tak ubah sebab jalan sudah 10 kaki.

Fasa seterusnya buat longkang.
 

8 comments:

  1. Nampak luas kat situ...so takde la mengganggu nanti..mahal gak kos alihkan tiang erk...

    ReplyDelete
  2. Longkang penting untuk pengaliran air.

    ReplyDelete
  3. murah kos alih tiang...apsal kat tempat saya sampai 7k lebih ye

    ReplyDelete
  4. Alihkan tiang panggil TNB atau kontrak?Sebb td pergi tnya TNB anggaran 1 tiang 1000 ringgit jugak..mahal betul

    ReplyDelete
  5. macm mne nak cal tukang alih tiang ye

    ReplyDelete
  6. area hulu langat batu 14

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum... Kos alih tiang tu sekali dgn kos alihkn wiring kabel yg masuk ke rumah ke? Maksud sy, panjang kabel dia kan dh berubah. Atau kos yg nie kena tambah lain?

    ReplyDelete