Alhamdulillah hari ini 6.10.2021 ibu dapat salinan geran tanah.
Kenapa salinan bukan original?
Geran ini adalah geran bersama yang ada 5 bahagian.
Nama ibu adalah 1/5 bahagian dari sejumlah 1/2 ekar. Ia tidak boleh dipecahkan lagi memandangkan tanah ini berstatus tanah pertanian.
Geran original dipegang oleh salah seorang dari 3 beradik yang memilik 3/5 bahagian tanah.
Jika perlukan original untuk apa-apa urusan, boleh lah dapatkan dari beliau.
Boleh juga dapatkan salinan dari Pejabat Tanah.
Setelah hampir sebulan akhirnya siap sudah urusan tanah.
Masa ibu tandatangan Borang Pindahmilik 14A, ia bertarikh 9.9.2021
Bukan tiap-tiap tahun kan beli harta hahahahah
Alhamdulillah.. syukur ke atas Allah.
Walau tanah sekangkang kera... insyaallah semoga ia dapat memberi manfaat.
Ada yang bertanya berapa harga tanah bersaiz 48 x 92 kaki ini?
RM70,000.00
Semasa tandatangan Borang 14A ia perlu dibayar terus.
Nangis!
Pejam mata je lah keluarkan duit... nak tunggu EPF akaun kedua lagi dua tahun.
Taknak lepaskan peluang yang ada. Entah bila dapat rezeki beli tanah lagi kan.
Ada rezeki top-up lah duit yang digunakan.
Kos-kos lain
1. Duti setem RM700
2. Bayaran daftar Pejabat Tanah RM200
3. Upah urusan RM800
Jumlah keseluruhan RM71,700
Alhamdulillah... masa keluarkan i-Sinar, i-Citra & i-Lestari memang letak tepi je... manalah nak tau dapat digunakan untuk beli tanah.
Perancangan Allah adalah sebaik-baiknya.
Nota kaki : ada seorang kenalan FB membeli tanah seluas 1/2 ekar berharga RM50,000 di Perak. Fuhh... telan air liur. Kalau harga begitu di Selangor mesti ramai yang nak. Kalau nak banding tanah yang ibu beli hanya RM10k sahaja satu lot jika beli di sana huhuhu.. reda sahaja dengan rezeki masing-masing.
No comments:
Post a Comment