Pages

Thursday, September 5, 2013

Pulut Kuning & Rendang Ayam

Buat pertama kalinya dalam hidup ibu menyediakan rendang. hahaha... memang tak masuk akal kan.
Ibu masakan rendang ni takde lah favourite sangat. Makan gitu-gitu jer. Itu yang tak rasa keperluan untuk mencuba.

Entah nape hari Isnin lepas tetiba teringin makan lemang dengan rendang bila baca blog masakan.
Nak berhenti beli lemang semata2 macam malas jer. Solusinya tukar kepada pulut kuning la.

Resepi pun ingat2 lupa masa tolong maktok sediakan rendang masa raya hari tu.

Pucat sket sebab ibu tak letak banyak cili kering. Takut pedas plak. Rasa ok kot dan boleh diperbaiki hihi... 1st time kan, so what do you expect (sedapkan hati).

Faktor pencahayaan la... kat sini tak nampak sangat kuning. Lembik sket macam ditanak padahal ibu kukus.
Rendam pulut pun 1/2 jam jer. Terlebih santan.

Malam tu jam 11 malam semua dah masak.
Ibu dengan rasa tak bersalah menjamu tekak yang sangat teringin.
Alhamdulillah...

Wednesday, September 4, 2013

Ketiadaan Air dan Family Raya Open House 2013

Hari Jumaat lepas, balik ke rumah Cik Ana beritahu air takde. Adeh.. tong ada satu jer tak cukup plak untuk mandi-manda dan masak memasak.
End up, balik rumah atuk. Kat rumah atuk air masih keluar walau tak laju. Lagipun rumah atuk ada tong yang besar. Malam tu berkampung kat rumah atuk dengan harapan malam atau awal pagi dah ada air.
Pagi2 balik rumah pun air tak keluar juga dan projek untuk membuat kek2 dan beberapa juadah lain terpaksa dibatalkan bila memikir nak basuh peralatan dsb.
Jadi, ibu hanya buat Puding Cokelat dan juga Trifle untuk Open House keluarga kat rumah arwah moyang malam tu.
Untuk menyertai rombongan majlis akad nikah jiran ibu di masjid pun terpaksa dibatalkan sebab tak selesa dengan keadaan.
Alhamdulillah, tengahari tu air semakin kuat di rumah atuk walau pagi tu stop juga. Dapatlah keluarga masing-masing memasak juadah yang dirancang.


Petang tu sempat ke rumah ex-schoolmate/unimate di Meru. Pegi pun dah lewat sebab nak menunggu hujan yang lebat tengahari tu.

Malam tu pun majlis berjalan sepert yang dirancang. Gerai kami ada wedges, nugget, ketam stick, pudding coklat, trifle juga ais krim.



Aiman sedang sibuk menyusun wedges.

Tak larat la nak angkat Wafi.

Keluarga lain ada yang menyediakan mee/bihun sup, mee kari, nasi impit, rending, kuah kacang, kuih muih, buah-an, ikan bakar dsb.

Khemah air nun dihujung sana.

Tak banyak snap gambar sebab sibuk melayan tetamu yang sama2 memeriah majlis.
Majlis habis dalam jam 1.00 am
Syukur, walau awalnya ketiadaan air yang merisaukan, Allah memudahkan apa yang dirancang.

Tuesday, August 27, 2013

Berbuka di luar

Ibu masih lagi mengganti puasa yang tertinggal. Haishhhh... orang lain dah habis puasa enam pun.
Sebab ABC tak boleh lah mulakan dari awal huhuhu... 

Tadi masa kat ofis teringin plak makan udang goreng tepung.. tak patut kan waktu2 puasa pun teringin makan udang.
Itulah gara2 masa lunch hour buka blog masakan. Petang tadi ibu baca blog www.aziejaya.blogspot.com
Petang sebelum keluar ofis ibu telefon ayah untuk makan kat luar malam ni.

Lewatlah sket keluar sebab nak habiskan kerja yang ibu kena submit esok.
Keluar pun selepas solat maghrib. Sebelum tu ibu dah berbuka dengan roti + sardin sebagai alas perut.
Bami tak join sebab letih sekolah dari pagi jadi tapawkan sahaja untuknya.

 Appertizer untuk Wafi, keropok udang beli kat kedai depan.

Udang goreng tepung yang diidamkan... tapi tak sesedap kat Muara & Jeram sebab digoreng dengan kulit sekali :(


Somtam.

Ada juga sup ekor dan daging goreng merah. Juga nasi putih untuk ibu.
Yang lain order nasi goreng USA.

Wafi order mee goreng... wahhhhh... dah pandai order sekarang yer.

Tengok....
Licin pinggan dia.

Sebab makan pada hari berpuasa, makan pun tak boleh banyak. 2 keping udang jer mampu dijamah.
Kenyang cepat tapi kepuasan tu kurang.
Nantilah kalau dah habis puasa ganti barulah boleh outing dan makan yang lain sket :))


Sunday, August 25, 2013

Syawal ke-18

Bersambung lagi raya hari ni.
Keluar jam 2 pm. Hujan turun dengan lebat sepanjang jalan ke Puncak Alam.
Singgah beli payung dulu since dalam kereta pun takde simpan.

Open house officemate ayah. Ayah mertua kawan ayah tu tokey popiah basah.
Kenyang makan popiah yang moist sesangat. Ada bakso, mee sup, laksa dan mee kuah.

Anak sedara dan mak sedara.
Entah apa yang dimalukan oleh dua remaja ni bila disuruh bergambar rapat2 sket.
Muhrim jer pun :)

Lokasi ke-2 ke rumah Cik Cha pulak di Prima Damansara.
Sambung lagi makan. Ada ayam bakar, mi kari, laksa & spagheti dan beberapa juadah lain yang tak sempat dirasa dek kenyanggg.... erkkk Alhamdulillah.

Alya Qaisara sudah mengamuk nak tido.
Kat sini dah tiga keluarga berkumpul sebab kami nak ke Kg Melayu Subang pula untuk beraya di rumah adik atuk, nenek Nok.

Cik Biela dah kekenyangan.

Kat sini dijamu mi goreng, laksa dan bihun goreng.
Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak.

Kami gerak balik jam 8.30 tadi.
Esok nak kerjaaaaaa
Huwaaaaaaaaa

Saturday, August 24, 2013

Syawal ke-17

Hari ni ibu kerja 1/2 day tapi petang perlu meneruskan misi beraya yang tak habis lagi.
Rumah pertama ke rumah atuk & nenek Long kat Sungei Way.

Konvoi 3 buah kereta.
Cik Nora & Syafiq follow kita since Cik Otin kerja.

Cik Fatin dan Kawi duduk kat belakang. Kena bersempit sket dalam keratalah sebab meeting point kat rumah atuk long baru boleh squeeze ke kereta2 lain.

Kawi cam biasa jadi baby sitter.

Mak2 dara yang sedikit hover.
Ayah bawak lens besat tu pegilah ambik gambar!!!

Atuk pulak jadi baby sitter sementara Cik Elis makan.
Ada sup cendawan dengan roti, juga nasi impit dan kuah kacang.

Atuk Long ni adalah abang nenek yang sulung dari 7 beradik.

Lepas asar, ke rumah ke-2 pulak. Besan nenek di Sg Ramal Luar, Kajang.
Wafi macam biasa, masuk kereta terus nyonyot.

Wafi kata nak bergambar ngan atuk. Pastu malu2 plak.

Kami dihidang dengan mi goreng dan buah-buahan selain kuih raya.
Gambar kanan tu Wafi yang tolong ambik.

Lepas maghrib, bertolak ke rumah abang Sazme di Sungai Kantan.
Abang Me ni anak angkat atuk.

Dijamu lagi mi goreng dan juga sate Wak Yadi.
Tak perlulah kami ke makan sate Willie, yang dah tutup pesanan petang tu juga :(

Gambar atuk dan nenek juga Abang Sazme dan isteri.
Last gambar semua.

Jam 9 lebih singgah pulak rumah Cik Ami.
Dijamu lagi bubur jagung dan kuih2 raya.

Cik Amir masakkkkkk....sedappp,,,
Alhamdulillah... rezeki lagi.

Ok... malam bertolak hampir 11 malam dan jam 12.30 baru sampai rumah dek tersesat jalan balik.
adoiiiiii......

(pre-dated & time entry)

Thursday, August 22, 2013

Memenuhi Undangan Raya Rumah Terbuka BIMB

Setiap tahun dapat jemputan majlis rumah terbuka BIMB ni.
Biasanya diadakan di Sime Darby Convention Centre.
Bos ibu tak dapat pergi kali ni atas sebab2 tertentu. Maka kami berlima lah pergi.
Keluar pun lewat sket, 1.30 petang tadi.
Alhamdulillah, jalan ok. 1/2 jam dah sampai.

Bersama rakan sekerja, Yati & Amy.

As, Mat (satu2 nya lelaki dalam Finance & Accounts Dept) & Yati.
Masing2 dress-up!, ibu takde lah.. biasa2 jer. Baju raya pun 2 pasang je sebab malas nak jahit.
Ulang yang tu jer :(

Alamakkksss.... kain ibu panjang sangat lahhh... tak dapat tunjuk kasut tumit hijau hahahha...

Wednesday, August 21, 2013

Pesen yang budak kecik jer berani buat!


Ntah lah kalau si Wafi ni. Ada2 jer dia nak buat.
Ni nak beraya sebenarnya. Lepas keluar dari bilik air.
Kat kepala tu kain baju kurung.
Nampak kat tepi pipi yang bam-bam tu????
Panty Wafi...hohoho... ada sesapa berani buat????



Comel tak saya????

Ada2 jer lah Wafi nih!