Pages

Saturday, January 6, 2024

Santai Sabtu

Sabtu yang relax. 
Hari ni nak blogwalking dan update blog je. 

Lewat sikit briskwalk pagi tadi.

Balik tapau vadai je kat restoren mamak Arfa Royale.
Sedap vadai kat situ, lembut dan panas-panas.

Ibu suka makan kosong sebab dah cukup rasa tapi ayah suka makan dengan chutney merah tambah sambal.

Beli juga kopi o ais sorang satu.
Teringin minum manis dan sejuk2!

 

Office Birthday Treat

4/1/2024

Jam 10 am dapat panggilan dari someone katanya ada delivery untuk ibu.

p/s : uniform baru tu besar 😁 jadi ibu terus nampak lebih besar hahahhah (denial mode πŸ˜‚πŸ˜‚)

Terima kasih Kak Widad bagi surprise. Lepas ni kena pesan, takyah hantar apa-apa kat ofis. Ibu malu nak ambik πŸ˜‚. 

Jam 5 pm, bos dan kawan-kawan ofis pulak buat surprise.
Adehhh.. ibu bab2 camni gemuruh tau.

Kawan² Baru

2/1/2024 sepatutnya ada 5 pelajar baru masuk mendaftar di sekolah Wafi.
Kebetulan ibu dah keep in touch dengan ibu2 pelajar ni bila mana mereka dimasukkan dalam grup whatsap untuk pelajar jauh (Selangor/KL). 

Alhamdulillah rayuan anak-anak ini telah diterima dan ramai lagi pelajar memenuhkan SBP di seluruh Malaysia dan mendaftar pada 2/1/2024. Kawan-kawan baru Wafi ni parents mereka ada dalam grup telegram Tuan Hashim itu yang kami dapat maklumat lebih cepat. Terus masukkan dalam grup. Senang nak share info anak-anak jauh.

Salah seorang ibu share dalam grup gambar ni.
Masa nak ke koperasi beliau tegur Wafi sebab nampak nametag. Ibu ada beritahu mereka tentang Wafi.  Sebelum tu ibu dah pesan kat Wafi ada 5 orang pelajar akan daftar dan semua dari Selangor. Bolehlah tegur-tegur bila mereka masuk.

The best part, salah seorang darinya classmate Wafi masa di SAMNI dan mereka berkawan baik walaupun belajar sama 2 bulan lebih je. Kawan ni akan daftar esok.

Insyaallah lepas ni Wafi boleh balik PB bertiga. 
 

Friday, January 5, 2024

Bersama Cinta Hati di Hari Ulang Tahun Kelahiran

Malam tadi ayah bawak ibu makan untuk celebrate hari lahir ibu. Petang balik kerja ibu singgah rumah. Saje lah tanya nenek.. ingat tak hari ni hari lahir kita?
Sure lah nenek tak ingat hahahha... nenek cuma ingat hari lahir ummi je 😁
11 anak kan hehe..

Ibu ajak nenek sekali. Pesan lepas maghrib ibu ambik, soh nenek siap pakai cantik-cantik😁. 
ehhh.. selalu pun pakai cantik!
Ayah bawak makan kat Andra By Gula Cakery.

Haaa... nenek siap pakai lipstik. Hadiah harijadi dapat lipstik sampai 3 😁
Haritu mengadu lipstik cucu2 buat main, ehhhh... ramai pulak yang hadiahkan barang mekap!

Thursday, January 4, 2024

Bami o Bami

Haritu Abang Imi ada share video assignment kelasnya. Jaranglah nak tengok dia pakai formal. Selalu kat rumah asal boleh je😁

Gamaknya nanti masa kerja pakai smart begini. Barulah sedap mata memandang.

Balik ritu pun badan nampak ada perubahan. Mengecil sikit. 

Mulalah kena kacau dek mak pak sedara..

Ada girlfriend kot?

😲😲😲😲

Wednesday, January 3, 2024

Nasi Goreng Dabai

Malam ni masak nasi goreng buah dabai. Ada leftover nasi semalam. Pagi tadi dah masukkan dalam peti sejuk. Sebenarnya plan goreng nasi bubuh sekeping fishcake je lepastu nak goreng telur. Godek² freezer kot jumpa hidupan laut😁. Takde. Baru teringat buah dabai yang sudah beku beli kat Serikin tempohari. Bolehlah campur.

 Tengok dalam chiller ada seketul ayam goreng Sabtu lepas beli untuk Wafi tapi tak makan. Ada dalam plastik lagi. Cukuplah bahan² tambah juga cauliflower. Buat pedas biar marem.

Picit kasar sikit biar terasa buah dabai ni. Guna 8 biji je... tak boleh bubuh banyak²... sayang. Buah kayangan dan susah nak jumpa😁.

Alhamdulillah untuk rezeki malam ini.
 

Monday, January 1, 2024

Sampai Asrama

Alhamdulillah Wafi dah sampai sekolah. Jam 14.05 pm ibu ayah check out πŸ˜…. Sekarang heading back to Selangor.

Happy tokwan sebab Wafi sudah makin seronok di sekolah.

Keluar dari rumah tokwan tadi dekat jam 11.30 am.

Tadi sampai 2 kali lah Wafi turun naik sebab hantar barang. Ada barang yang taknak guna bawa balik rumah. Akhir tahun sesi persekolahan kuranglah barang yang nak diangkutnya.