Pages

Friday, September 11, 2026

Nenek Healing Sampai Ke Siam

Ibu masukkan cerita nenek yang baru balik rombongan Cik Kiah ke Kelantan-Patthalung-Songkla-Hatyai-Kedah.

Kawan masjid nenek ajak join sekali ikut rombongan Masjid A Syakirin, Gombak Batu 6. Kiranya kakak kawan neneklah yang orang Gombak.

Pergi 4hb sampai 8hb.. tapi malam semalam baru sampai sebab kawan nenek ajak balik kampung dia kat KL tidur sana, siap beli buah kat Pasar Chow Kit. Kemain kampung kat KL tapi rumah sendiri kat kampung😅

Ibu share je lah gambar yang ada berdasarkan itinerary yang nenek bagi. Gambar pun random je tak ikut susunan.


Hamboiiii nenek... jalan sakan tak ingat rumah😆

The building in the background appears to be the historic Talo Mano Mosque, also known as the Wadi Al-Hussein Mosque, located in the Bacho District of Narathiwat Province, Thailand.

Apa nak susah.. kita google je😆

Sampai 2 eh cameraman nya.
Kalau dah pegang bunga teratai merah mesti kat Patthalung (Thale Noi)

Nenek sebelah kiri sekali pakai topi koboi hitam. Kemain lagi... tu mesti beli kat sana. Tak ada lah pulak gambar penuh tasik yang dipenuhi teratai merah.

Ni antara tempat yang mereka pergi.


Museum of Ancient Quran Manuscripts located in Narathiwat, Thailand


Pakaian matchy²


Custom, Immigration & Quarantine (CIQ) Complex, Sungai Golok

The historic Krue Sae Mosque, also known as Masjid Kerisek, located in Pattani, Thailand.

The historic Talo Mano Mosque, also known as the Wadi Al-Hussein or 300 Years Mosque, located in Narathiwat Province, Thailand.

Macam muzium pun ada.

Entrance Masjid Wadi Al-Hussein

Bahagianya... shopping ler tu

In front of the Su-ngai Golok Boundary Post (ด่านพรมแดนสุไหงโกลก) located at the Thailand-Malaysia border in Narathiwat Province, Thailand, opposite Rantau Panjang in Kelantan, Malaysia.


Naik tuktuk.


Nenek tu mesti baru beli beg kan... entah² semata² untuk berjalan.

Kwanjai Bamboo Garden in Phatthalung Province, Thailand.

Apalah yang dibelinya tu.

Zawiyah Nasiriyyah, an Islamic learning center located in Kuala Nerang, Kedah, Malaysia, associated with Tuan Guru Mohd Nazrul Bin Hj. Abd Nasir.

Kat luar tu mungkin bas yang dichartered.

Tak sure kat mana tapi ni mesti kat Siam.

Lagi gambar kat Kwanjai Bamboo Garden.
Mungkin macam kat Kyoto lah ni.

A serene sunrise or sunset over a calm body of water with an arched wooden pedestrian bridge in the background, resembling the scenic views found at Thale Noi Lake. 

The Thale Noi Non-Hunting Area in Phatthalung Province, Thailand, featuring a modern black architectural archway and water buffalo statues.

The welcome sign for Kwanjai Bamboo Garden (Suan Phai Khwanjai), located at the eco-friendly Pa Phai Sang Suk Bamboo Market in Khuan Khanun District, Phatthalung Province, Thailand. 

Talat Pa Phai Sang Suk (also known as the Bamboo Forest for Happiness Market or Kwanjai Bamboo Garden) located in the Khuan Khanun District of Phatthalung Province, Thailand

The Central Mosque of Songkhla.

Masjid ni nenek dah pernah sampai masa kami bawa jalan² ke Hatyai dulu.


Murtadha Dakwah Centre (MADAD) terletak di Sungai Petani.

Ulang alik ke Sungai Petani, ibu belum pernah sampai lagi. Insyallah suatu masa nanti nak singgah juga.

Simpan sini.. kot lah masa akan datang ibu dah pencen nak ikut geng masjid pergi rombongan🥰

🌳🕌 🚎🪷🎋🌅
*4 hb Sept - 8 hb 2026*
POTANI, SONGKLA, HATYAI, PHATTHALUNG N SG PETANI/KUALA NERANG
BUS VVIP 
HOTEL BILIK (2 ORG) 

*ITINERARY /PERJALANAN*

*4HB SEPT 2026*
BERKUMPUL DEPAN MASJID A SYAKIRIN GOMBAK
JAM 9.30 MLM
BERLEPAS JAM 10 MLM

*5HB SEPT 2026*
5.30 PAGI +-
TIBA D MASJID CINA RANTAU PANJANG UNTUK SOLAT SUBUH N MANDI
7.30 PAGI GERAK KE BORDER
CHEK I IMIGRESEN 
SARAPAN PAGI (SENDIRI) 
*BERTOLAK KE MUZEUM AL QUR'AN
*MASJID TUA TELOK MANAK 
*SEK TAHFIZ N AL QURAN USTAZ DR HJ SIDEK AL POTANI 
MAKAN TENGAHHARI
*ZIARAH MASJID KERISIK
*ZIARAH MAQAM SYEIKH *ABD SOMAD PALEMBALI
*ERAWADEE SHOP
*HATYAI CITY TOUR
MAKAN MALAM (SENDIRI)

*6HB SEPT 2026*
PHATTHALUNG
SARAPAN PAGI D HOTEL
BERTOLAK KE *PHATTHALUNG (THALE NOI)
MENAIKI BOAT MENYUSURI LAUTAN BUNGA TERATAI
BERGAMBAR MERCU *KFAFTANGAN BULUH D SAMPAO
BERGAMBAR D JAMBATAN *TERPANJANG MERENTASI TASIK YG TERKENAL
LAWATAN KE DE LONG *GARDEN (BAMBOO GARDEN) ALA JAPAN
MAKAN TENGAHHARI
(DLM PACKAGE)
*BERTOLAK BALIK KE HATYAI
*ZIARAH MASJID SONGKLA (TAG MAHAL)
*FLOATING MARKET
MAKAN MALAM
(PACKAGE)
BALIK HOTEL
ACARA BEBAS
*ASEAN NIGHT MARKET

*7HB SEPT 2026*
BREAKFAST (PACKAGE)
CHECK OUT
*CITY TOUR THANYADA VILLAGE
*NORA PLAZA /KACANG
*SINGGAH DANOK MEMBELI BELAH
MAKAN TENGAHHARI 
(PACKAGE) 
*IMIGRESEN /PULANG KE MALAYSIA, MENUJU KE *HOTEL SRI MALAYSIA 
SG PETANI
MAKAN MALAM D HOTEL
(PACKAGE) 
CHEK I N REHAT, ACARA BEBAS

*8HB SEPT 2026* 
BREAKFAST (PACKAGE) 
CHECK OUT
*MENUJU KE PANTAI MERDEKA
ME BELI BELAH MAKANAN KERING
*MENUJU KE KUALA NERANG 
*ZIARAH PONDOK
TG USTAZ SHEIKH ZAINOL ASRI
*TG SHEIKH NASRUL PAKAR HADITH NUSANTARA
MAKAN TENGAHHARI 
(SENDIRI) 
*BERTOLAK PULANG KE KUALA LUMPU BERSAMA KENANGAN MANIS SEPANJANG PERMUSAFIRAN KITA
INSYAA ALLAH 
*SEMOGA ALLAH BERKATI DAN RAHMATI SEPANJANG PERMUSAFIRAN KITA
ALLAH HUMMA AAMIIN ❤️🌹🥰

Alhamdulillah... nenek selamat pergi dan balik.
Ibu tak sempat sembang lama secara VC tadi dengan adik beradik lain dan belum sempat balik ziarah nenek.

Tapi tadi nenek ada bagitau kawan² ajak ke Vietnam pulak.
Opo orak kesel sikele mak🤗🤭
 

23 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki nenek dan kawan-kawan sihat dan dapat bermusafir tengok negara orang. Best tengok geng masjid buat trip macam ni. Selagi sihat dan ada kudrat, teruskan aktiviti menjelajah dunia ye nenek dan kawan-kawan. Semoga menjadi trip Vietnam nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki nenek bermusafir sampai luar negara dengan kawan².. nampak pun happy beno.

      Delete
  2. Happy la nenek jalan-jalan dgn kawan. Masjid tu tak jauh la dari SG. Kalau tau boleh ikut nenek ahak :p

    ReplyDelete
  3. Wow bestnya itinary dia. Dulu pernah join group ngaji kak jal naik kereta pi mlm sampai pdg besar. Seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh.. best tu.. perjalanan larut malam, pergi pulak Padang Besar. Heaven lah membeli belah.

      Delete
  4. Lepas tu masuk Thai naik van. Van kita biasa je tapi van ketua perghhh dalam dia melilau lampu meriah suasana. Perjalanan jauh nak sampai sampai kan 3 kali berhenti rnr Thai cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. betul².. van depa liplap liplap.
      Oo RnR diorang cantik eh... saya gi Hatyai cam tak benti rnr pulak.

      Delete
  5. OK ke masuk Thai sekarang seriau juga dgn adegan Bom Dan tembak tu. Semuga rakyat Malaysia Di lindungi bila masuk siam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beberapa minggu sebelum pergi tu berita pasal bom.. Insyaallah semua selamat di sana.

      Delete
  6. Happy betul nenek dan kawan- kawan pi berjalan ye...seronok betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok lah berjalan dengan kawan² yang ngam. Nampak semua ok.

      Delete
  7. Hahahaha tergelak saya baca, kampung di KL, rumah di kampung 😅🤣. Macam mana tuh.

    Sakit sangat dengan nenek, sebab masih kuat berjalan. Saya berdoa di saat saya setia nenek, saya tetap semangat dan kuat traveling .

    Cantiiiiknyaaa. Belum kesini saya . Tiap ke Thailand asik Bangkok, Chiang Rai, Chiang Mai. Nak juga eksplor Thailand lagi . Cuma kalau dari JKT, tiket kesana mahal sangat kak 😅.

    Aiiih bagusnya ada museum Alquran. Jadi ingat museum Alquran raksasa di Palembang.

    Nenek beruntung sangaaat, masih ada banyak kawan yg memang suka traveling. Kalau macam saya, cuma sedikit teman traveling saya kak 🤣🤣🤣. Itupun susah sangat nak sesuaikan waktu dia dengan waktu saya 😅.

    Puas hati nenek berbelanja di saa yaa 😍😍. Thailand tuh memang surga shopping .

    Saya pikir2 mungkin kalau ke Pattani berangkat dari Penang atau KL lebih murah yaa, apalagi bisa via darat. Dibanding saya terbang dari Jakarta.

    Tak kesal sikile 🤣🤣. Kalau traveling semua okay. Nanti balik traveling baru kesal 😂😂

    Dulu saya mendengar kata KESAL saat dengan suami yg orang Jawa. Saya pikir dia marah. Ternyata kesal dlm BHS Jawa maknanya letih 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan mak tu duduk kat area rumah kami... kitorang kan duduk kampung. Suaminya beli tanah kat sini. Rumah mak ayahnya pula kat KL.. rasanya area Gombak. Kiranya dia orang bandar tapi menetap di kampung.

      Insyaallah di usia 77 tahun nnenek sihat dan kuat untuk bermusafir.

      Betullah.. rasa dari Penang @ KL lebih murah untuk ke Pattani. Kiranya cam Fanny transit dulu.

      Hehe.. betul.. kesel maksudnya letih.

      Delete
  8. Wah nenek, jauh berjalan dengan kawan-kawan. Masa ni lah nenek dapat me time dengan kawan-kawan jalan jauh sikit kan. Best shopping dan banyak tempat menarik nenek pergi. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pesan takyah shopping banyak² siapa nak tolong bawa. Sekali balik bagitau ada beli minyak sampai RM500. Tak ingat minyak apa tapi beli untuk anak². Mungkin macam minyak panas. Dah shopping dengan kawan².. sorang beli semua nak beli. Mak kata kawan² ada yang pinjam duit Baht... ganti RM.. adoiii makkk... rugi😅

      Delete
  9. Curlasss nenek tau!! Ada geng sume pun bole jalan kan.. jamaah alsyakirin sume pun aktif².. pernah lepak masjid tu, tengok diorg punya papan buletin, perghhh byk betul xtvt diorang.... semoga nenek diberi kesihatan yang baik berpanjangan ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin YRA🥰
      Oo patutlah... agaknya ramai yang pencen dan educated dah tu jenis aktif memang banyaklah program boleh dibuat.

      Delete
  10. Masya-Allah, happy nenek, dapat jalan² sampai ke Siam, dengan kawan². 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali terlepas ke negara jiran memang suka lah. Biasanya rombongan naik bas jalan² dalam Malaysia je.

      Delete
  11. Mcm tarikh yang sama MIL dengan adik beradik dia ke Thailand juga.. ke minggu sebelum tu.. follow trip mcm ni juga..

    ReplyDelete
  12. Seronok la nenek jenjalan. Siap ada plan next trip ye.

    ReplyDelete
  13. Amboi nenek syok healing tu.. Ada geng ngajak best la

    ReplyDelete