Malam ni masak nasi goreng buah dabai. Ada leftover nasi semalam. Pagi tadi dah masukkan dalam peti sejuk. Sebenarnya plan goreng nasi bubuh sekeping fishcake je lepastu nak goreng telur. Godek² freezer kot jumpa hidupan laut😁. Takde. Baru teringat buah dabai yang sudah beku beli kat Serikin tempohari. Bolehlah campur.
Tengok dalam chiller ada seketul ayam goreng Sabtu lepas beli untuk Wafi tapi tak makan. Ada dalam plastik lagi. Cukuplah bahan² tambah juga cauliflower. Buat pedas biar marem.
Picit kasar sikit biar terasa buah dabai ni. Guna 8 biji je... tak boleh bubuh banyak²... sayang. Buah kayangan dan susah nak jumpa😁.
Alhamdulillah untuk rezeki malam ini.
Wah Cuya tak pernah rasa lagi nasi dengan dabai..
ReplyDeleteKena pergi Sarawak lah gitu Cuya, boleh cari dabai tu. Tapi yang akak baca ia bermusim pula.
DeleteBoleh geng dgn Mak Cella ni Kak :D
ReplyDeleteSy tak pernah makan @ jumpa buah dabai ni... Mesti sedap sbb jadi kesukaan ramai.
Ini 1st time buat sendiri. Ritu makan nasi goreng kat Kuching tak pandai nak rasa lagi. Sedap sebab rasa lemak-lemak tu.
Deletesedap ke kak? sbb kat sini nasi goreng dabai diorg guna dabai yg dh dijeruk masin sbb tu sy x brp suka order di kedai.. kalau di umh mkn dgn nasi goreng jugak tp x campur sekali dgn nasik... jd lauk tp asing nasi goreng
ReplyDeletekeseluruhan rasa nasi tu dah jadi nasi goreng biasa.
DeleteOwhlaaa ye ke... ingat guna dabai biasa rupanya yang jeruk bila buat nasi goreng. Akak pun tak pernah tau ada yang jeruk. Rasa dabai ni still maintain lemak2. Kalau akak asingkan gamaknya asben tak makan, bila dah campur dia pun tak perasan ada dabai dalam tu😅
ye kak... dabai jeruk dijual dlm botol kalau kt supermarket... tp sy lebih suka yg fresh... x suka masin sgt... encik asben x mkn ke dabai? hahaha
Deletesalam kenal kak.. buah dabai tu ape ek? tengok gambar nasi kat atas tu td tetibe teringat masak nasik x tekan masak.. :P.. terus g tekan.. Alhamdulillah ..
ReplyDeletedone follow.. follower ke 48.
ReplyDeleteDah pernah cuba nasi goreng dabai ni tapi tak berapa gemar buah dabai ni masuk dalam nasi. Mungkin tak biasa makan.
ReplyDelete