Sunat berbuka dulu dengan kurma tapi anak2 di rumah tak berapa nak makan kurma ni.
Jadi sebagai alternatif, ibu bagi anak2 ibu ni kismis.
Wah!!! Semua suka termasuk ayah!
Antara khasiat kismis
(ni ibu google jer)
a) Menajam minda. Gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.
b) Antioksida. Kajian mendapati fenol yang terdapat dalam kismis adalah antara sumber yang membolehkan ia dikategorikan sebagai antioksida. Antioksida melindungi tubuh daripada radikal bebas selain menjaga kesihatan kulit.
c) Gigi sihat. Jangan membiarkan kemanisan dan rasa melekit kismis menipu anda. Kismis tidak menyebabkan kaviti dan penyakit gusi, bahkan mempromosi gigi yang sihat kerana mengandungi asid oleanolik. Asid ini sangat efektif dalam membunuh bakteria.
http://homefamilysite.com/blog/khasiat-buah-kismis/
d) Kajian juga mendapati kismis yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
e) Khasiat daripada kismis juga boleh mengurangkan risiko strok dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit organ dalam badan.
f) Kismis mengandungi fiber dan asid tartaric. Ia juga baik untuk kesihatan tulang dalam badan anda.
Sekarang ni kismis dah jadi snek untuk anak2 ibu juga sebagai vitamin.
Baby pun suka sangat.
Tiap hari bekalkan ke school.
Kismis ni lebih baik dari junk food (jajan2 cam cikedis, kentang goreng, jeruk, gula2 dsb.) yang banyak kandungan garam, gula, monosodium glutamate, pewarna, pengawet dsb.
Hari tu sibuk ttg ramai murid sekolah dah obesiti.
Takmo lerr nanti BMI anak2 ibu tak menunjukkan bacaan yg sepatutnyer…
Tempohari ada dengar2 kalo BMI anak2 tak bagus, ibu2 kena gi sekolah (ala2 soal siasat)..
eeeee…. Tak koser ibu!
Kismis jenama apa? Saya tak suka kismis yg ada biji tapi kekadang terkena jugak.
ReplyDeletetakde jenama pun. beli yg timbang kati kat pasar.
ReplyDeleteRM5 utk seminggu. byk gak. drpd beli yg kotak2 tu mahal sket. beli yg kuning @ hitam tak jumpa bijik plak.
~ibu rawiwa~