Pages

Tuesday, October 25, 2011

Deepavali & tradisi di sini.....

Esok perayaan Deepavali bagi kaum India.
Start semalam rakan & pekerja syarikat sudah mula bercuti.
Sudah menjadi tradisi bagi pekerja2 lelaki yang sedikit nakal untuk membuat sedikit keseronokan dan kekecohan.
Beberapa orang akan tunggu depan pagar sambil memegang sekampit tepung.
Bila rakan2 keluar tak kira bangsa diorang akan tepung tawar...
Habislaaa muka, rambut dan apa je yang sempat ditepung..
Ia hanya sekadar meraikan bermulanya Deepavali di sini.
Tapi semua yang kena takde la marah cume geram jerrr sbb muka udah jadi potehhhh ...
Pihak management pun tak halang sebab buat pun kat luar kilang selepas habis waktu kerja.

Untuk mengelakkan ditepung tawar... ramai yang menunggu dalam kawasan kilang.
Keluar jerr... abih kena sorakkk...
Kalau staf main office takde laa diorang nak wat extreme sangat..
Bagi saya, bila melalui budak2 ni... turunkan cermin keta just say "Happy Deepavali" and diorang rasa sangat happy.
Sambil tu cakapla... "kalo korang kasi tepung, I takmo bayar claim korang..." hahahaha..
Walau berada di mana2 level, sama2 meraikan mereka...

Happy Deepavali & selamat bercuti.

No comments:

Post a Comment