Pages

Wednesday, December 14, 2011

Salju Sakinah

Baru habis baca novel islamik tulisan Zaid Akhtar.
Novel ke-2 yang ibu baca ditulis oleh novelis lelaki.
Sebelum ni baca karya Habiburrahman El-Shirazy, Ayat-ayat cinta dan Ketika Cinta Bertasbih

Cam biasa pilihan ibu, cerita berkisar di luar negara.
Sumayyah yang menuntut di universiti, Jordan.
Bekas seorang exco pelajar pintar yang pulang ke Malaysia setelah habis peperiksaan.
Pulangnya ke tanah air, menggalas tugas arwah ayah mengendalikan perusahaan makanan ringan walaupun berpendidikan agama.
Mendapat tunjuk ajar daripada Muazam, pekerja yang diamanahkan oleh arwah ayahnya.
Menjadi penceramah, mentarbiah kaum wanita ke jalan kebaikan.
Tentang kakak sulung dan abang ipar yang terjerumus dalam ajaran sesat.
Abang ipar, Tok Ayah Mit dan pengikut yang mati dipanah petir (nauzubillah) ketika pulang dari ‘menurun’ di kubur wali. Kononnya, ibadat tak perlu perbuatan, hanya niat sahaja.
Tentang kisah masyarakat disekelilingnya yang bersifat hasad dengki, cemburu.
Juga Luqman, bekas rakan sekelas yang cuba memilikinya.
Sumayyah yang terpaksa pulang semula ke Jordan kerana terkandas satu paper walhal terdapat kesilapan teknikal.
Terpaksa ke sana semula untuk 4 bulan. Rasa rendah diri dan malu apabila terpaksa mengulang semula. Tapi kuat semangatnya kerana rakan2 yang masih menyokong dan memberi dorongan.
Rupanya, ada hikmah disebalik kegagalan itu.
Bertemu pula dengan Naufal. Walhal sebelum ni pernah sekali menjadi panel sebuah forum.
Islamik sungguh pertemuan yang dirancang oleh rakan baik Hakimah & Hakimi.
Bertemu berdua tapi disebalik tabir dan mengimbas kembali pertemuan pertama kali mereka.
Mendapat restu dari kedua belah pihak untuk berkahwin di sana.
Digelar pengantin salji, sebab masa diorang kahwin tu salji turun pertama kali untuk musim tu.
Tapi part kat Jordan tu dah tak banyak.
Happy ending… cam biasa.
Novel yang mudah dihayati. Santai.

4 comments:

  1. Patutla ada rog tu cam nak nagis je semalam ..sedih la tu :)

    ReplyDelete
  2. hehe... tu novel lain
    jgn mare ada 3 lagi on the row.
    jadi kalo mata org merah tu jgn plak nak pujuk hokeh!

    ReplyDelete
  3. Faiz, syima pun ada jugak buku Salju Sakinah ni! :-)

    ReplyDelete
  4. buku lama tapi saya baru beli dan baca hihi..

    ReplyDelete