Pages

Tuesday, December 6, 2011

Sekitar birthday Nurin

Ibu tunjukkan kakak widad blog auntie syima tentang jemputan birthday kakak Nurin.
Kakak widad laa yang dok peringatkan ibu selalu.
Tak boleh lepaskan jemputan ni sebab auntie syima kan pandai baking2.
Rumah pun tak berapa jauh (walaupun tau tol batu 3 tapi nak masuk tak tau haha, sib baek cik elis pandu arah)

 Strawberry shortcake... cantik, kalerful, sedapppp... (first time pun tengok karektor ni)

Birthday girl, Nurin. (Ni mesti cakap I love Afiq, hehehe cute jer)

Kegemaran abang imi, mashmallow + coklat.
Ntah berapa banyak masuk perut dia yang haritu bagai nak slim tapi tak jadi hahaha...
Hidangan hi-tea. Ada nasi lemak yg sedap.. 2 bungkus ibu ngap, roti jala dgn kari mantappp, cara berlauk, karipap, sandwich, kuih tako, nugget, fishball.. semua ibu rasa, ehhhh bukan rasa, makan beria sebab tak lunch lagi. Pagi dah heavy breakfast.. (sebenarnyer ibu malas nak masak untuk lunch hahaha... cakap kat anak2 kita makan kat rumah auntie syima jer)

Clown ni nama pendek dia Labu... nama panjang Laaaaaaaaaaaaaaaaabuuuuuuuuuuuuuu.
Yg pakai topi tu adik Nurin, Nazlin. Keletah betul.. teringat ayat dia.."this is my house and I know where to get the thing...", masa tu nak cari syiling 5sen & 50 sen.

Abaikan gambar ibu yang terpejam mata. Nampak tak lukisan abstrak kat belakang tu. Cantikkan.
Sebenarnya ibu baru perasan bila tengok balik gambar2.

Ni masa potong kek. Cup cake pun ada.
Nak tau kesedapan cup cake tu... tunggu entry akan datang.

Ni lah dia auntie syima (yang sebelah kanan) dengan kawan dia.
Auntie Syima dan uncle Ayedt ni dulu classmate ayah masa kat matrik UUM.
(Terima kasih syima, ayedt kerana menjemput kami)

Ni kat depan rumah mereka.
Ayat kakak widad & abang imi "kenapa kita tak duduk rumah macam diorang"
Ayat standard ayah "nanti adik dengan bang mi belajar pandai2, dapat keje elok2, belilah rumah macam tu"
hahaha...

opsssss..... sampai ke dapur sudah.. ayah nak dapatkan aura.
Tahun depan ayah kata nak belikan satu untuk ibu... adehhhh fengsannnnnn....

5 comments:

  1. Kami yang patut berterima kasih sebab Faiz dan BB sudi datang. Jemputlah datang lagi.... Rasa tak puas borak dengan Faiz!!

    ReplyDelete
  2. Faiz,
    Gambar last skali yang warna merah menyala tu gadget apa?

    Cakap dengan Imi & Widad .... dulu aunty TH kecik2 tinggal kat kampung pun teringin nak tinggal rumah teres,nampak macam orang kaya. Tapi bila dah merasa tinggal rumah teres, nak tinggal kat kampung semula. Dapat sebijik macam rumah uols, bahagianya !!!

    ReplyDelete
  3. Syima, insyaallah...
    tulahh.. tak smpt borak lama.. host sibuk hehe..

    ReplyDelete
  4. Fiza, yg menyala tu mixer Kitchen Aid yg sgt femes utk org yg baking2.
    Yg baru nak belajar ni pake yg rege 100 hengget jer huhuhu...

    imi ngan widad tu obses rumah yg bertangga.. bagi diorg rumah yg bertangga tu cam lambang kekayaan. kalau nak pegi umah kawan, mesti tanya rumah diorg camner? ada tangga tak? adesssss....

    ReplyDelete
  5. Hehehe kelakar imi dengan widad ni..... Yang sebenarnya, rumah diaorang tu la rumah impian tau..... Luas mata memandang......boleh bercucuk tanam sambil berbudi pada tanah...... Kat bandar pulak tu...... Hai....kami yang bertanah di kampung boleh mimpi ajela........ Tak pun kena tunggu tua esok baru boleh ada rumah macam Faiz dengan Bulat. Tu la kan... Pepatah mat salleh pun ada cakap.... The grass is always greener....on the other side......

    ReplyDelete