Pages

Wednesday, January 30, 2013

Fruit Tart

Ok.. haritu cuti sempena Maulidur Rasul dan pepagi yang hujan lebat gitu ibu buat tart buah2-an. Orang lain sedang enak menyambung tidur ibu plak terlebih rajin sket sebab nak melayan anak tekak teringin makan tart ni. Buat crust dulu sementara buah2 beli kat Urban Fresh, SCM tengahari tu.

Sebab saiz acuan cuma 4.5 cm jadinya kecik jer lah boleh letah buah2-an. Stoberi yang dibeli pulak jenis besar2 terpaksalah potong 4 ada tu 6 sebab nak letak lagi kiwi dan anggur.

Lagi bagus kalau masa nak makan baru letak filling untuk menikmati kesegaran buah.

Crust tu ibu guna resepi kat bawah sementara kastard ibu ikut resepi CMG.

TART SHELL

Bahan A:
200 gm mentega
100 gm gula aising - saya kurangkan sikit
1/4 teaspoon esen vanila 

Bahan B:
1 biji telur

Bahan C:
420 gm tepung gandum / superfine
1 tablespoon susu tepung 


Cara :
 Pukul A hingga lembut.. kemudian masukkan B.
Teruskan pukul hingga gebu & berkrim - saya guna whisk je.
Masukkan C dan gaul rata - teruskan gaul hingga mendapat doh yg lembut & licin.
 Ambil sedikit doh & tekankan ke dalam acuan tart - cucuk dasar tart shell dgn garfu.
Bakar dalam oven dengan suhu 170c selama 12 - 15 minit @ sehingga keperang2an.
Keluarkan dari acuan & sejukkan dahulu sebelum diletakkan filling.
*Adunan ini akan dapat dalam 65 biji shell.

FRUIT TART
By : CMG Dapur Tanpa Sempadan

Bahan Tart
150 gram tepung halus atau tepung gandum
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Kastard
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega
ita tambah secubit garam ~ sikit aje

Hiasan
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit coklat susu atau coklat masakan ~ dicairkan
Piping jelly ~ untuk mengilatkan buah
Croquant secukupnya (bertih jagung kisar) ~ yg ni ita  ganti gula icing

No comments:

Post a Comment